Tuesday, December 6, 2011

PENING SATU.


Setelah sekian lama, aku kembali. Datang ke sini tatkala kesunyian malam melanda sepi. Membaca kembali karya dan nukilan yang pernah aku coretkan di sini. Bila saja aku membuka semula kunci kepada blogku yang sudah lama ku tinggalkan, aku menjadi 'sakai' dan terkejut dengan perubahan-perubahan yang ada pada blog ini. 

Bila kesakaian merasuki diri, perkara pertama yang aku ingin dekati ialah mengubah muka baru untuk blog ini. Aku ubah, ku ubah dan ku ubah, akhirnya ku 'cancel'. Ku ubah dan ku ubah, akhirnya ku 'cancel'. Seterusnya tiada apa yang berubah.

Perubahan yang ada pada blog ini, memberi peransang kepada aku untuk mendekatkan diriku kembali untuk berblog. Kekangan yang begitu besar, sehinggakan aku malas untuk berblog selama lebih setahun ini ialah capaian internet yang maha menyedihkan untukku bernukilan. Bukannya apa, penggunaan broadband di kawasan kediaman ku agak mendukacitakan. Tapi broadband itu telah lama ku matikan. Aku cuma menggunakan talian WEE-FEE rakyat percuma di daerah aku. Itu pun untuk tujuan kerja dan sedikit bermuka bulu.

bersambung. . .

Sunday, November 29, 2009

FACEBOOK.


Apabila kita berbicara tentang facebook. . .ya, boleh dikatakan (arumbulak) manusia planet bumi kini sedang dilanda virus facebook. Mungkin otai-otai facebook mungkin kini sudah lali dengannya. Aku kini pula dilanda satu bahana yang menyebabkan aku begitu lali dengan benda tersebut. Walaupun belum dikatakan melebihi tahap kronik. Tetapi 'up level' merupakan satu kemestian yang aku lakukan setiap hari. Ya, aku kini addict bermain game-game mini yang diselitkan di dalam facebook. Jika suatu ketika dahulu, aku hanya mengenali 'barn buddy' kini ada puluhan aplikasi yang menyediakan keseronokan sedemikan. Mari aku selitkan, beberapa game FB yang serius aku mainkan.

Sangat Aktif.
1. Vampire Wars
2. Mafia Wars
3. Yakuza Lords
4. Naruto Shippuden
5. Castle Age

Aktif
1. Barn Buddy
2. Gundam Wars
3. Battle of the Band

Dalam sedar tidak sedar, ada beberapa game yang telah aku abaikan, seperti permainan restoran itu, dan game pet itu. Kadang-kadang keterujaan untuk mengejar level otai-otai membuatkan tangan tidak henti mengklik2 menjalankan misi. Sebenarnya game-game tersebut tidak meni upo nyeh, tapi yolah tek.

Friday, November 27, 2009

New Again ( Part I)



Sudah lebih 6 bulan rasanya diriku tidak aktif memblog. Banyak yang berlaku dan sadar tidak sadar kini dunia menghampiri tanggal 2010. Banyak juga perkara yang terjadi kepada diriku dalam tempoh tersebut. Ini bukan fantasi, inilah realiti kehidupan. Dalam tidak sedar, dan sekelip mata diriku kini boleh berada di 3 tempat dalam satu masa. Jika aku Goku, mungkin penggerak sejuruslah yang membawa aku ke sana dan ke mari.

Terlalu banyak yang ingin kuceritakan. Sungguh. Namun aku percaya akan sesuatu yang berlaku punya hikmah disebalik kejadian.

Bersambung. . . .


Monday, April 6, 2009

Percikan luar biasa matahari & Tekad Abg Dom!



apa khabar anda sekalian? harapan ku agar kalian semua sehat sejahtera hendaknya. sudah agak lama aku tidak mengirim entri. jadi entri pertama untuk bulan ini, aku ingin mengulas sedikit sebanyak 2 filem yang ku tonton minggu lepas. Mengetahui (Knowing) dan Pantas & Garang 4 (Fast & Furious 4).


Knowing. Masa aku nongkrong aritu tu cuma ada 4 penonton saja dalam pawagam itu. Kalau aku sorang ja nongkrong kompom nya sik maok bagi aku tengok. Nasib juga bukan cerita hantu. Baiklah. Agak terhibur aku menonton filim ini. Apatah lagi aku memang suka jalan cerita sebegini. Kehancuran dunia. Bermula dengan sekeping kertas yang punya tulisan nombor-nombor yang berlarutan. Rangkaian barisan no. yang ditulis oleh seorang budak 50 tahun lepas merupakan ramalan kepada kemusnahan-kemusnahan yang bakal berlaku pada masa depan. Agak teruja aku menonton tapi aku terpaksa mengorbankan 5 minit ku kerna perutku molah hal indah masa tgh syok menonton. Part paling best bila 'belon' terhempas itu. gila babas. macam real aja.


Dan aku tidak menyangka dan tidak pernah terlintas dalam fikiranku. ada UFO indah dalam ceta tk tek. haha. tp aku sik kesah. ada ufo lagik la aku suka. Dan paling best, endingnya, bumi hangus akibat percikan luar biasa matahari ya tek. musnah semuanya. 4/5 bintang.

Siangnya aku nonton Knowing. Malamnya aku nonton pula FF4 dengan Wak Sugeng. Sebermula cerita saja dah ada aksi luar biasa! hah! Rasakan! Agak seronok menonton filem ini. Ini barulah Pantas dan Garang! Tekad abg dom selepas kematian kekasihnya memang tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya dengan mudah dia melenyek si Fenix dengan kereta nya tek. Masa last scene itu. Terus urang yang menonton di dpn kami itu menyebut 'bye-bye' bila melihat saja watak pak saok itu penyet dipirit keta. Agak seronok jugalah menonton filim ini kerana tiada part yang membosankan (rasanya). Aku pun malas dah nak naip2 ini. Jangan lupa saksikan sendiri ya. Seronok itu. Mesti anda suka akan watak Braga nanti, percayalah! 4/5!

Monday, March 30, 2009

Mac09.


Rangkuman Mac.


1. Penuh Dota.

2. Penuh seri bunga biarpun kadang-kadang ribut pasir melanda.

3. Layan gila2 Tales of the World: Radiant Mythology (PSP).

4. Layan gila2 game Star Wars: The Force Unleashed (PSP).

5. Layan gila2 game The Sims 2: Castaway (PSP).

6. Belum dapat menghabiskan Persona 4.

7. Mengenali seseorang yang amat manis.

8. Punya nickname baru dia bagi.

9. Dragonball Evolution agak mengecewakan.

10. Menyiapkan 4 lagu ikut citarasa sendiri.

11. Encik Sugeng dengan rasminya menutup blog terhangat beliau.

12. Man Utd mengecewakan.

13. Berusaha menyiapkan Demo CME.

14. Aku rasa makin kuat merokok. 20 batang dalam sehari setengah.

15. . . . . . . . . . . . .


(berusahalah!)

Thursday, March 26, 2009

myspace.


Jangan malu-malu untuk mengkritik dan mendengar lagu-lagu kami yang tidak seberapa.
Tambah kami jadi kawan anda.
Kami cuma belia dari pekan terpencil yang gemar bermain muzik.
Salam manis.