Monday, April 6, 2009

Percikan luar biasa matahari & Tekad Abg Dom!



apa khabar anda sekalian? harapan ku agar kalian semua sehat sejahtera hendaknya. sudah agak lama aku tidak mengirim entri. jadi entri pertama untuk bulan ini, aku ingin mengulas sedikit sebanyak 2 filem yang ku tonton minggu lepas. Mengetahui (Knowing) dan Pantas & Garang 4 (Fast & Furious 4).


Knowing. Masa aku nongkrong aritu tu cuma ada 4 penonton saja dalam pawagam itu. Kalau aku sorang ja nongkrong kompom nya sik maok bagi aku tengok. Nasib juga bukan cerita hantu. Baiklah. Agak terhibur aku menonton filim ini. Apatah lagi aku memang suka jalan cerita sebegini. Kehancuran dunia. Bermula dengan sekeping kertas yang punya tulisan nombor-nombor yang berlarutan. Rangkaian barisan no. yang ditulis oleh seorang budak 50 tahun lepas merupakan ramalan kepada kemusnahan-kemusnahan yang bakal berlaku pada masa depan. Agak teruja aku menonton tapi aku terpaksa mengorbankan 5 minit ku kerna perutku molah hal indah masa tgh syok menonton. Part paling best bila 'belon' terhempas itu. gila babas. macam real aja.


Dan aku tidak menyangka dan tidak pernah terlintas dalam fikiranku. ada UFO indah dalam ceta tk tek. haha. tp aku sik kesah. ada ufo lagik la aku suka. Dan paling best, endingnya, bumi hangus akibat percikan luar biasa matahari ya tek. musnah semuanya. 4/5 bintang.

Siangnya aku nonton Knowing. Malamnya aku nonton pula FF4 dengan Wak Sugeng. Sebermula cerita saja dah ada aksi luar biasa! hah! Rasakan! Agak seronok menonton filem ini. Ini barulah Pantas dan Garang! Tekad abg dom selepas kematian kekasihnya memang tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya dengan mudah dia melenyek si Fenix dengan kereta nya tek. Masa last scene itu. Terus urang yang menonton di dpn kami itu menyebut 'bye-bye' bila melihat saja watak pak saok itu penyet dipirit keta. Agak seronok jugalah menonton filim ini kerana tiada part yang membosankan (rasanya). Aku pun malas dah nak naip2 ini. Jangan lupa saksikan sendiri ya. Seronok itu. Mesti anda suka akan watak Braga nanti, percayalah! 4/5!