Friday, January 30, 2009

Bintulu : Live for nothing or die for something (Part III)


25 Jan :: Ahad:: Hari ini sekali lagi aku bgn lewat. Nampaknya Ogent yang paling awal bgn hari ini. Aku yang terbangun seketika utk menunaikan hajat kechil, sudah nampak dia tergeley2 sambil membaca komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi. Aku membuka kembali cermin mataku dan menyambung tidur. Dan kira2 pukul 9-10 baru aku bangun benar2. (haha luchu da ayat ya) Nampaknya pagi ini tiada sarapan yang disediakan oleh saudara Jaha dan Ogent. Cuma aku lihat nescafe sudah tersedia di atas meja. Aku terus ke dapur dan mengambil sebungkus gardenia perisa coklat. Sambil menghirup nescafe panas, aku ambil sedikit demi sedikit cebisan roti tersebut utk disuapkan di mulutku. Sambil menganyang roti tersebut, kami sekali lagi berbincang utk aktiviti hari ini.


Nampaknya saudara Reezduan ingin membawa kami breakfast dan pekena canai. Jadi kami pun berkemas dan mandi. Kira2 pukul 11.00++ saudara Jaha membawa kami ke sebuah restoran utk pekena canai. Kami duduk dan menunggu pelayan. Setelah mengambil order kami sekali lagi berbincang utk kemana pada hari ini. Ogent merungut dengan kuah canai tersebut, kerana kuah utk mencecah canai tersebut agak kering. Nampaknya roti canai kaya yang aku order mengambil masa lebih 20 minit utk disiapkan! Ogent dan Jaha sudah habis makan! Terus keluarlah quote dari salah seorang dari nya duak ya, "sapa bgn lambat, rezeki lambat datang". Aku akur, dan akhirnya pelayan tersebut meminta maaf di atas kelambatan penghantaran hidangan roti kaya khas buat diriku. Nasib bait muka pelayan tuk ok, suka senyum2. Sejuk ckit ati. Tapi belum tahap adik2 manis lagi ni. Aku menikmati hidangan roti kaya yang seri kayanya menyibor cya ctuk.

Setelah selesai bersarapan pagi, kami terus ke Park City Mall sekali lagi. Saudara Ogent khabarnya ingin membeli hoody di kedai Remix yang diusha2nya semalam. Mungkin ada niat disebaliknya. Mungkin dia ingin mengusha2 adik2 manis di kedai tersebut! Adik manis yang bisa kita diskusikan dalam siri kedua penjelajahan kami di Bintulu. Kali ini aku mengalami sendiri apa yang dirasain sendiri oleh saudara Ogent! Adik ini memang manis, skinny jeans yang dia pakai bisa memberikan figure yang mampu menyentap aura2 kaum2 adam yang berdekatan! Rambut ala2 Rihanna, body yang cun, mulut yang petah bercakap, katek dan muka yang ber***** menyerlahkan lagi kemanisan adik tersebut. Namun aku lebih tertarik dengan adik manis yang memakai jaket jeans tersebut kerana muka ala2 inecen dan kebluran memang menarik hati! Seperti yang dimaklumkan oleh saudara Jaha, gadis tersebut membuat sedikit keluchuan terhadap ku bila menyatakan fitting ruum itu tandas awam. Ciss, berani dirinya bermain2 dengan diriku ini ya, dia belum kenal lagi siapa Karim yang sebenarnya! hahaha. Namun aku 'cool' sahaja, sambil memberikan senyuman manis. Ogent selesai membeli hoody nya, manakala aku membeli sehelai t-shirt memandangkan diskaun setengah harga yang ditawarkan.


Aku tidak lupa juga utk membeli beberapa game PSP utk dibawa balik. Di sini juga aku sempat bertemu dengan Arisa, rakan sekolah merangkap teman sepengajianku. Sudah lama tidak bersua dengannya. Selepas meluangkan masa kira 15 minit dengannya, kami mengambil keputusan untuk pergi makan. Kali ini kami dibawa oleh saudara Jaha ke Gerai Azwana ( salah nama tempat ya, Jaha, pa nama tempat ya tek? ) Di sini aku mengalami sendiri rasa kenikmatan nasi ayam salad yang tiada tolok bandingnya! 5/5 kepada nasi tersebut! Memang superb!! Nasi yang lembut, kegaringan ayam yang telah dicecah sos istimewa, ditambah pula dengan salad beraneka rasa ditambah kismis dan sup yang mantap menjadikan nasi ayam salad tersebut yang terbaek pernah ku makan di Bintulu! Syabas! Pilihan saudara Jaha memang tepat~ Selesai sahaja menjamu selera kami balik ke rumah untuk berehat2 memandangkan petang ini ada lagi aktiviti yang menarik.


5.30 pm :: Destinasi seterusnya, Pantai Tg. Batu. Mmm, seperti biasa kawasan ini memang sering dipenuhi oleh mereka-mereka yang ingin beriadah dan berehat-rehat bersama keluarga sambil menikmati keindahan pemandangan tepi pantainya yang menarik. Setibanya kami di sana, kami terus ke gerai makanan yang terdapat di situ. Menu petang tersebut, ABC dan Rojak Sotong BerkangKong-KangKong! Enak dan sedap. Namun apa yang lebih menarik perhatianku adalah adik manis yang sedang mengirup ABC di depan ku. Aduh~ Berbaju puteh dan bercermin mata, ada ckit2 geek jak upa. Wah...hebat! Aku menjangkakan umurnya mungkin dlm lingkungan 25-27. Aku rasalah. Aku cuba bermain mata dengannya, tp tidak berjaya. Mungkin juga dia sudah memiliki teman istimewa. Kita lupakan kisah adik manis tersebut. Setelah selesai minum2 petang, saudara Jaha mempelawa utk berjalan2 di tepi pantai sambil menghisap rokok. Deruman angin yang kuat pada petang itu, mengtidakmungkinkan proses penunuan pada puntung rokok yang dihisap. Nang sik feel alu. Sejuk gik ada.


Tidak lama kemudian, kami beredar dan mengusaha2 barangan di Farley dan Sing Kwong pula. Khabarnya saudara Jaha ingin membeli flask, memandangkan dia belum memilikinya di rumah. Agak lama juga kami mengusha2 barangan di kedua-dua tempat tersebut. Memandangkan sambutan tahun baru yang semakin hampir, kedua-dua pusat tersebut sememangnya dipenuhi pelanggan yang ingin membeli belah di saat2 kecemasan. Aku pula begitu tertarik dengan harga helikopter kawalan jauh yang ditawarkan. Sebenarnya, sudah lama aku menyimpan niat utk membeli sebuah helikopter tersebut. Tapi ku lupakan seketika niatku, memandangkan aku mempunyai perancangan lain dan sedang berusaha untuk membeli sesuatu yang lebih penting dan berteknologi angkasa lepas. Akhirnya saudara Jaha berjaya membeli flask yang diidam-idamkan. Aku dan Ogent tumpang gembira. Saudara Jaha tersenyum puas memandangkan beliau telah berjaya membawa pulang flask yang di kaca mata saya amat sesuai dan stail sekali.




Perut pun sudah lapar. Tiba masanya utk makan malam. Kali ini saudara Ogent dan Jaha beriya-iya untuk membawa aku makan malam berlatarbelakangkan situasi serta suasana pendekar melayu zaman purbakala. Destinasi :: Restoren Seribu Bintang! (mun salah tolong betulkan) Makan malam tk nang makan lah~ Kami memilih utk makan di dalam langko a.k.a pondok buluh. Sa stail lah tek, kak tok gik rasa mek orang. Ogent merupakan pemilih hidangan pada malam tersebut. Aku, mana sahaja. Saudara Jaha, penasihat. Sayur midin goreng belacan, udang butterfingers, tomyam, dan ikan tunok merupakan menu pada malam tersebut. Tom Yam tersebut NANG tomyam OK! Saudara Ogent yang sememangnya legend pun terbatuk2 dek penangan pedas pekat tomyam tersebut. Aku yakin tiada seorang daripada kami yang mampu menghabiskan semangkuk tomyam tersebut pada malam itu! Hahaha. Sambil menikmati hidangan yang menyelerakan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya! Memandangkan kami makan dalam langko, sudah tentulah muka kami ditempias hujan ketika menyuapkan makanan ke dalam mulut! Kami menyangkakan yang hujan itu turun sekejap sahaja, namun sangkaan kami salah. Hujan yang turun dengan mencurah lebatnya, memberikan sedikit rasa kurang selesa. Apatah lagi aku yang berkaca mata, terpaksa mengelap2 spek ku akibat ditempias hujan nan lebat. Saudara Ogent mungkin juga berasa begitu. Namun kami tak kesah, tetap berlagak cool sementara pelanggan lain siap ada yang menjadikan kusyen utk duduk dalam langko itu sebagai tirai bagi mengelakkan tempias hujan.



Lihat saja gambar di atas, meja tempat kami makan habis kenak hujan. Rancangan utk melepak sehingga larut malam di langko pendekar tersebut terpaksa dibatalkan. Selepas membayar kami bergegas ke kereta utk balik ke rumah~ Setibanya di rumah, aku terus mandi dan bersiap2 utk menonton dvd yang aku beli petang tadi. Apabila semuanya sudah tergeley2, dan projektor sudah terpancar, tiba masanya utk menonton SOMTUM PAPAYA POK POK!


Apa pendapat anda yang telah menonton filem Thai ini? Somtum? Barney~ Setop..Setop! Nampaknya hari ini cukup cheriya, aktiviti yang penuh, biarpun keletihan tetapi kami tetap merasai keseronokan. Bak kata seorang sahabat, bersepakat dalam kesepakatan. Sehingga berjumpa lagi dalam siri terakhir kembara tiga sahabat di bandar minyak dan gas asli, Bintulu : Live for nothing or die for something (Part IV). . .bersambung sekali lagi. . .

Thursday, January 29, 2009

Bintulu : Live for nothing or die for something (Part II)

24 Jan 09 :: 9-10++ am :: Aku terbangun apabila mendengar bunyi bising di dapur. Rupa-rupanya saudara Ogent dan Azhar sedang bertungkus-lumus menyediakan sarapan pagi. Mmm, aku di Bintulu rupanya. Aku yang terakhir bangun pagi ini. Sarapan pagi ini berupa air nescafe dan keropok lekor sedap yang digoreng saudara Jaha. Sambil menonton filem Abu Hassan Penchuri, kami kerop-kerop makan keropok lekor cecah sos cili maggyQ yang dibeli saudara Jaha sebentar tadi. Mmm, sedap.


Setelah berbincang mengenai aktiviti hari ini, kami mandi dan berkemas. Tepat jam 1 petang kami keluar, dan mencari tempat utk lunch. Jaha membawa kami ke kedai makan (lupak ku pa nama tempat ya). Aku order nasi puteh daging masak blackpeper. Mmm, ya nang daging ngan nasik ajaklah! Oleh sebab kelaparan, licin juaklah nasi tersebut ku kerjakan. 3/5 utk kedai tersebut! Seterusnya kami dibawa ke Parkcity Mall. Mmm, mall tk nak madah besar sik lah juak. Sedang2. Memandangkan byk diskaun runtuh harga yang diberikan, kami tidak melepaskan peluang utk mengusha2 baju dan apa yang berkenan di hati. Jaha membawa kami ke Remix. Mmm, pilihan Jaha cukup tepat. Kedai ini memang penuh dengan adik2 manis! Mun maok baju stail2 bleh la g ctok. Aku cuma terpegun melihat logo Osiris di kedai tersebut. Amatlah sesuai utk dijadikan perhiasan di biliku. Di kesempatan ini, aku membeli topi dan juga mengusha2 game2 PSP.



Di tingkat atas sekali, terdapat sebuah kedai yang menjual byk pelbagai jenis aneka raya barangan2 khas dari China. Kira macam kedey 100% Diskaun ya. Di kedai ini aku membeli pengecas bateri PSPku dengan harga Rm12 sahaja! Murah2! Ogent pula begitu terpegun melihat alat kawalan jauh yang panjangnya sehasta tangan. Seperti alat kawalan jauh yang digunakan oleh hero dalam filem Jumper katanya. Alat kawalan jauh yang mempunyai fungsi pelbagai! Memang Universal Jumbo Remote!




Seterusnya kami ke City Point. Tiada apa-apa yang menarik. Jika anda seorang gamer, jgnlah anda membeli game di kedai penjuru hujung dalam bangunan ini. Harga memang cekik darah! Satu game PS2 = Rm 15!! Cgek jak ya. Game PSP kalau aku tak silap dalam lingkungan RM20-25 satu dvd ya. Mun game PS3 sik ku tauk gik!! Di sini aku berkesempatan utk membeli komik Bleach no. 6 dan 7. Oleh kerana tiada tujuan lagi, kami pulang ke rumah dan akibat keletihan berjalan2 aku terus tertidur dan tersedar tepat jam 12 tgh mlm. Perut terasa lapar, dan kami keluar makan dan menjamu selera di kedai Tomyan Man (kalo aku x silap). Nasi telur bungkus yang sedap, aku bagi 4/5! Selesai makan, kami pulang ke rumah dan menonton perlawanan F.A Cup antara Man Utd dan Spurs.


Aku tertidur setelah tamat perlawanan, ManUtd menang. Sebelum tidur sempat juga aku bersembang bantal dengan saudara Jaha mengenai warna warni kehidupannya di Bintulu sehinggalah ke persidangan khas mengenai adik2 manis. . .Bersambung lagi. . . .

Wednesday, January 28, 2009

Selamat Tahun Lemboo.


"The Ox is thought to be the sign of prosperity through fortitude and hard work. The Ox is a power sign, like the Rat, Snake, Dragon, Tiger, and Monkey. They're quite dependable and possess an innate ability to achieve great things. As one might guess, such people are dependable, calm, and modest. Like their animal namesake, the Ox is unswervingly patient, tireless in their work, and capable of enduring any amount of hardship without complaint." (From Wikipedia, the free encyclopedia)


Okey, introduksi tersebut aku copy paste ja dari wikipedia. Nampaknya tahun ini, tiada rumah rakan-rakan cina yang dilanggarku. Dalam byk2 member cina akulah, aku rasa rumah saudara Chow lah mendapat undian tertinggi setakat tk. Tapi dah dua tahun aku miss main mercun masa malam tahun baru ya, termasuk tahun tok. Best woo, mercun nang sukati nikam jak. Utk pengetahuan semua, bapa Chow tk bekas kepalak kongsi gelap. Tatu naga arumbulak berbelit kat badan. Kinek tk bapaknya dah insaf. Dah bisnes dah. Joging petang2, main badminton. Jaga kesehatan. Bapak nya lah idola aku masa aku molah persatuan kongsi gelap di tempat tk. Aku nang lamak dah berangan2 nak jadi leader dalam kongsi gelap tk. Gambar dibah ya gambar aku ngan kuncu-kuncu ku sukses misi pertama mek orang. Rindu ku zaman tk.



Jadi sik heranlah mun mercun nang sik habis dimain, arum bulak dapat pake main 2-3 kali gik tahun baru cina gik. Mun dah kepak main, nikam2 mercun tek, duduk lepak2...time duduk lepak ya, ada lah orang dengan slumber taik nya ngkah mercun bom ya betul2 depan muka kita nak melepak ya. Kita nangga mercun bom depan muka apa lah gik nak dipolah, lariiii lah..mun aku mesti berlari sambil menutup kedua belah telingaku. Adrenalin yang mengalir, melahirkan keseronokan. Tapi kadang2 keseronokan mampu membawa padah. Tapi nak aku heran, time tahun baru cina sikda ku dgr kes putus memutus tgn akibat bom buatan sendiri. Mun ari raya eboh ceta lah.




Pendek ceta tek, berseronok biarlah berpada2. Gambar atas ya diambik masa CNY tahun 2006 sik salah ku (dari kiri : ogent, chow & aku). Nasib bait gik da d photobucket. Area masjid ngan flat nang penuh ngan asap. Bunyi time ya nang sa feel main Call of Duty 4! Dum~ Doom~ Tratttttt~ traaaattttt~ Kepada blogger2 berbangsa cina mahupun bercampur campuran riang ria bau bau bacang dengan darah cina di badan maseh belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua, di mana saja anda berada.


p/s : Bapa Chow bukanlah kepalak kongsi gelap. Cerita bapak nya gengster tek hanya rekaan semata2. Chow, mun ko baca tk, eboh manas2 ok..hehe.

Bintulu : Live for nothing or die for something ( Part I )

Hi rakan2. Selamat Tahun LemBoo, selamat kembali bekerja dan selamat bercuti kepada yang maseh bercuti. Aku baru sahaja menjejakkan kaki di rumahku tepat 11.05 min. pagi tadi. Jadi untuk entri kali ini, marilah kita sekali lagi merungkai kronologi perjalanan 3 sahabat ke bandar minyak dan gas asli iaitu Bintulu. Jumaat, 23 Jan, 12.00: Sebaik saja tiba di rumah, aku terus berkemas dan menyiapkan segala keperluan yang perlu utk dibawa. Masih ada beberapa jam sebelum berangkat. Setelah selesai, aku terus ke terminal bas, tepat jam 3.00 ptg. Aku bercadang untuk menggunakan bas pukul 3.30 ke Sibu tetapi malangnya tiada bas. Bas yang terdekat yang ada akan berangkat pukul 4.00 ptg. Mungkin masih sempat detik hatiku. Aku segera menyampaikan semboyan kepada saudara Reezduan. "Pok, aku make bas kol 4.00, sikda bas 3.30". Reezduan a.k.a Ogent Nirvana terus menaliponku. 'Oi, kita berangkat ke Bintulu pukul 4.30 lah'

Yahhh! Rupa-rupanya aku tersilap informasi. Aku ingatkan jam keberangkatan ke Bintulu adalah pada pukul 6.30! Otak ku segera berfungsi utk menyelesaikan krisis ini. Aku menyuruh Ogent utk ke Bintulu terlebih dahulu dan aku akan berusaha utk mengambil bas lain ke destinasi tersebut. Aku dan Ogent bercadang utk bersama-sama bercuti ke Bintulu sekaligus melawat dan mengkambohkan rumah kediaman seorang sahabat kami yang bekerja di Bintulu, iaitu Azhar a.k.a Jaha. Aku menaiki bas ke Sibu pukul 4.00 petang dan berharap agar tiket utk ke Bintulu maseh ada. Kemungkinan besar byk tiket ke Bintulu sold-out memandangkan CNY yang semakin hampir.


Pukul 4.30 : Ogent memberitahu yang bas ke Bintulu ada pada pukul 6.00 petang tetapi beliau tidak yakin samada tiket tersebut maseh ada atau tidak. Ogent berlepas ke Bintulu tepat 4.30 petang. Manakala aku maseh lagi di dalam bas ke utk ke Sibu. Setibanya di Sibu, 5.05 petang aku terus bergegas mendapatkan khidmat teksi utk ke terminal bas Sibu pula. Pakcik di sebelah merupakan pemandu teksi ala-ala bapak Takumi Fujiwara dalam Initial D! Sebelum menghantarku ke terminal, teksi tersebut terlebih dahulu menghantar 2 orang penumpang lain ke Hulu Lanang! Ya..satu perasaan yang lemeak dalam diriku pada saat itu. Pukul 5 merupakan waktu sibuk. Ditambah lagi dengan kesibukan trafik pada saat itu membuatkan aku asyik melihat jam. Setengah jam sudah diambil untuk menghantar 2 penumpang tersebut ke Hulu Lanang, tinggal setengah jam utk aku ke terminal! Aku memberitahu pakcik tersebut bahawa aku perlu cepat ke terminal kerana aku tidak ingin terlepas bas pada pukul 6 ptg itu! Pada saat inilah aku mengalami sendiri keekstriman dan keberanimatian pemandu-pemandu di bahagian Sibu! Pakcik tersebut tanpa byk budi bicara mencelok, memotong dan merampas setiap peluang d depan matanya utk terus mara ke hadapan! Selagi ada ruang yang cukup utk memuatkan teksi tersebut di situlah dia mencelah dengan mukanya yang selamba. Aku pun ikut 'cool' di sebelah.

Aku tiba di terminal tersebut tepat jam 6. Setelah membayar dan mengucapkan selamat tahun lemboo kepada pakcik tersebut aku sekali lagi bergegas mendapatkan tiket. Terminal tersebut sememangnya penuh dengan manusia yang ingin pulang bercuti. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan tiket dan akan bertolak pada pukul 6.30. Bas bertolak, dan aku duduk di seat no. 10 dan disebelah ku pula seorang akak yang...mmm...body bolehlah, muka sik berapa dan mulutnya berbau! Bas tersebut juga dipenuhi oleh adik2 manis! Aku mendapati yang akak tersebut merupakan seorang yang ringan mulut utk dibawa berbual. Byk perkara yang dia tanya padaku, tapi aku hanya menjawab sepatah dua sahaja sambil tersenyum dan melayan Tony Hawk Project 8 di PSP ku. Malam menjelang, dan aku mendapati jalan utk ke Bintulu memang boleh tahan teruknya. Bas tersebut, berhenti utk berehat dan pada masa ini penumpang telah diarahkan utk berpindah ke bas sebelah kerana bas yang kami naiki mengalami sedikit kesulitan. Pertukaran tersebut merupakan satu rahmat kepadaku.
Kerana pertukaran tersebut, aku kini tidak lagi dibelenggu masalah mulut berbau. Disebelahku kini merupakan seorang wanita yang sedang mengikuti kursus kejururawatan di salah sebuah kolej di Sibu. Mulutku menjadi ringan utk berbicara, dia juga begitu. Hahaha. Adik manis ini, memang boleh tahan! Sambil meneruskan perjalanan, aku menjadi pendengar yang baik kepada budak perempuan di sebelahku. Nya nang banyak kelakar, tapi memandangkan mukanya yang KIUT, jadi ada pengecualian. Sambil berbual tangannya bermain-main di pahaku~ (eh, ya dah ceta lain ya) Hahaha. Dia memberitahu yang dia dalam perjalanan utk pulang ke Miri. Owh, ok. Sambil menyaksikan dia mengntahapa-apakan PSPku, kami sama-sama mengunyah bebola coklat NIPS bersama-sama dengan mesra. Hatiku terdetik dan berkata 'adakah aku telah menemui chenta sejhatiku?' Hahaha. Dia memang mesra. Aku berusaha untuk mempergunakan sebaik-baik masa yang ada untuk mendapatkan nombor telefonnya. Tetapi aku tidak berjaya. Mungkin dia juga berasa kecewa. (ilek jak aku..haha)

Tepat jam 10.05 aku tiba di Bintulu. Setelah mengucapkan selamat jalan dan bye-bye kepada gadis yang aku sendiri pun sik tauk namanya, aku dengan langkah cool keluar dari bas tersebut. Aku terus memberitahu Jaha akan ketibaanku. Dia bersama-sama Ogent sudah pun selesai makan malam. Perutku yang mula berkeroncong, mengkehendakkan aku untuk pergi makan dan kami terus ke tempat makan yang aku sudah lupa namanya utk pergi makan! Selesai makan, kami terus ke rumah Jaha untuk berehat-rehat. Rumah tersebut memang boleh tahan. Setelah mandi dan kesegaran kembali pulih. Kami bersama-sama menonton Rambo 4! Mmm, Rambo memang sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan! Ini merupakan kali pertama aku menonton Rambo 4 dan aku berikan 4/5 bintang kepada cerita tersebut!

Nampaknya pelbagai ragam dan situasi yang aku tempuhi utk ke Bintulu. Alhamdulillah aku selamat tiba pada hari tersebut. Sehingga berjumpa lagi dalam Bintulu : Live for nothing, or die for something ( Part II).

p/s : Ingat pesan John Rambo, Live for nothing, or die for something.

Thursday, January 22, 2009

Closer Than It Seems

Kesah ini mengambil tempat di fakulti aku semasa aku di tahun pertama pengajianku. Semasa hendak mendaftar kursus yang aku ambil untuk semester itu, aku terpaksa berbaris panjang sebelum dapat melunaskan hajatku itu. Memang pada waktu itu, sistem pendaftaran kursus di fakulti tersebut amart teruk sekali! Ada pelajar yang datang awal-awal pagi semata-mata hendak mengambil nombor giliran, agar senang mendaftar kurus yang diminati. Aku seperti biasa, dengan perangai yang rilek2 sahaja sambil mendengar dendangan lagu Boxcar Racer di telingaku, datang dan sanggup berbaris panjang. Ini sedikit sebanyak dapat menguji kesabaranku dan membolehkan aku melakukan environment scanning terhadap adik2 manis disekitar capaian radiusku. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu meringankan beban dan tekanan akibat panas & berbaris terlalu lama.

Setelah lama menunggu kini, aku telah berada di dalam fakultiku. Terdapat 3-4 orang budak di hadapanku. Seingat aku, pada waktu itu, cuma satu komputer yang dapat berfungsi. Jadi aku menunggu dengan sabar utk suatu tempoh lagi. Sementara menunggu aku tiba-tiba terpandang seorang gadis. Aku tersenyum padanya. Dia mengembalikan senyumannya. Aku mengenalinya sebagai rakan sekelasku, tetapi tidak mengetahui namanya. Aku memang mempunyai kesukaran utk mengingati nama rakan sekelasku apatah lagi pada masa itu terdapat lebih daripada 100 orang pelajar di dalam kelasku. Aku memulakan bicara,


aku : Hi
Gadis : Hi. Kita sama kelas kan?

aku : Yes..hehe.


Gadis : You sudah daftar semua subjek ka?

aku : Belum lagi, sekarang baru nak register.

Gadis : You ambil pelengkap apa?

aku : Belum tau lagi, saya tidak tau mau ambik subjek apa utk pelengkap.

Gadis : Owh~ Dekat luar sangat panas owh..U datang awal ka tadi.

aku : X awl sangat. Ya la, sangat panas. Nasib baik sudah masuk dalam. Ada aircond, sejuk ckit..hehe (dlm pada masa yang sama aku cuba utk mengingati nama gadis INI!)

Gadis : Ya la..hehe


Aku yang tgh seronok berbual tiba-tiba mengalihkan pandangan ku terus komputer yang digunakan utk mendaftar subjek. Dan aku dapati komputer tersebut tiba-tiba GAGAL berfungsi. Budak yang sedang mendaftar subjek itu turut mengeluh. Aku dengan nada kecewa dan sedikit marah terus bersuara...


Aku : Celaka juak, HENG indah pc ya....


Gadis tersebut tiba-tiba turut bersuara...

Gadis : Eh...? Macam mana kamu tau nama saya??

Aku : A...secara spontan refleksigarsi dan sepantas kilat aku menjawab. Owh...kawan saya bagitau. hehe. ( Heng nama miak tuk padu )

Gadis : Owh, hehe.

Komputer yang digunakan utk mendaftar akhirnya kembali berfungsi. Selesai saja melakukan tugasanku pada hari tersebut, aku keluar dari fakulti sambil tersengih2 seorang diri mengenangkan peristiwa yang baru aku alami sebentar tadi. Heng Chin Lee, merupakan nama penuh gadis tersebut (mun aku sik salah lah). Mun lah nya tauk apa sebenarnya nak heng dipadah aku ya. Hahaha. Ya jak tek. Itu sahaja. Manerkem. Apa kabar. Hello~

Sunday, January 18, 2009

Subtwo, Ahardku & Kedai Kopi.

Hallu. Apa khabar semua? Diharapkan anda semua sihat dan sejahtera, dengan hujung minggu yang dipenuhi gelak tawa dan kecheriyaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Nampaknya Subtwoday dan Ahardku dipenuhi dengan kunjungan ke kedai kupi! Marilah merungkai kronologi Subtwo dan Ahardku bersama rakan karibku dari Planet Saiya, Reezduan a.k.a Ogent Nirvana.


Sebermula celiknya mataku pada Subtwo,17 Jan, pukul 4 petang, aku terus mandi dan berkemas kerana byk aktiviti yang bakal ku lakukan pada hari ini. Pertama, menggunting rambut, dan kedua TopUp tepon. Pukul 5 petang, aku dan rakanku memulakan petang Subtwo yang ceria dengan mengunjungi salon yang sudah tentunya dipenuhi adik-adik manis! Aku sedikit keciwa kerana rambutku tidak mendapat belaian tangan2 lembut adik2 manis. Kekecewaan tersebut telah membawa kami terus ke Yusuf Islamic untuk pekena teh tarik dan juga canai susu kegemaranku. Hampir satu jam setengah borak2 kosong, huha-huha, kami mengambil keputusan utk beredar. Jam 7 petang - aktiviti kedua bermula, iaitu Topup tepon. Di kedai Topup tersebut, kami terserempak pula dengan saudara Syam dan Samsu. Disebabkan masing2 baru saja bersua muka, maka depan kedai topup tersebut dijadikan tempat melepak.

Masing2 menyalakan rokok dek keseronokan berbual yang tiada batasnya. Syam menyatakan hasrat hatinya untuk makan kerana lapar. Jadi aku dan ogent telah dijemput ke Kedai Kindu pula. Oleh kerana tiada program pada malam ini, kecuali EPL, maka kami berdua turut serta ke Kindu. Pukul 7.30 - Kerancakan berbual berterusan. Macam2 perkara berbangkit yang kami bualkan seperti masalah persatuan belia yang tidak aktif, konspirasi 'minyak' di Sri Aman, Alexander D Great, perang Gaza, bowling, perkemahan di G.Ledang, burung encirak, duit syiling lama, scene lama underground Bintangor, peristiwa main 3-9 kalau kalah tunjuk alat sulit, Bush yahudi?, dan macam2 lagi. Satu sesi yang cukup menghabiskan setengah kotak Kretek L.A 100% menthol alam.

Sesi berakhir pukul 10.10 dan selesai sahaja menghantar Ogent balik aku mandi dan terus menyaksikan EPL. Pukul 2 pagi - aku bercadang utk tidur tapi atas desakan mataku aku bgn dan terus mengonlinekan diri. Satu tindakan yang bijak, kerana perbualan menerusi YM bersama seorang sahabat malam itu menjadikan malamku penuh makna. Kami akhirnya menghentikan sesi tersebut pada pukul 4 pagi. Aku yang keboringan memaksa sekali lagi mataku utk tidur namun tidak berjaya. Bilikku yang gelap akhirnya diterangi sinaran mentari pagi. Damn it! Udah siang! Aku terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Ogent " jum, pekena teh tarik sechawan d kedai 60 minit!" dia bersetuju. 8.15 - Sarapan pagi pekena roti canai dan teh tarik. Berlaku satu insiden pilu di sebelahku namun ianya tidak kekal lama. Hanya saudara Ogent yang mengerti, kerana beliau seorang Mutan!

Pukul 10 pagi, Ahad - Aku tidak balik ke rumah sebaliknya lepak2 di rumah Ogent. Sambil mendengar riff-riff Enter Shikari yang dimainkan olehnya dengan menggunakan SG kesayangannya aku berusaha untuk melelapkan mataku. Pukul 11 pagi akhirnya aku berjaya melelapkan mataku~ Pukul 5 petang - aku bgn dan terus mendengar lagu korea yang ku minati. Sambil menghisap rokok sebatang, kepalaku melayang2 memikirkan mimpiku sebentar tadi. Memang aku mempunyai kebolehan untuk mengingati setiap mimpiku dengan cukup terperinci. Adakah aku seorang mutan jugak? Perutku terasa lapar, dan Ogent pun ingin pekena canai. Pukul 6 ptg - Dan sekali lagi kami ke kedai Kupi. Kali ini di gerai makanan Islam, gerai No.5 Dayang Mastura. Menu, teh tarik, rojak dan nasi disertakan lauk pauk berintensifkan sos.


Pukul 7 malam, 18 Jan - Aku balik ke rumah dan bertekad utk tidur awal pada malam ini. Tammat.

Saturday, January 17, 2009

Dayang Marikh Asthmarra

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman benar aku semasa mandi petang tadi.
Semasa sibuk membasahkan tubuh badan dan membersihkan diri, aku tiba-tiba tersentak
apabila mencium sejenis wangian. Pada mulanya, aku x ambik kisah tentang bau tersebut.
Aku meneruskan aktiviti mandi petangku, tapi bila aku cium dan amati bauan tersebut,
Sah!
Aku kenal bauan wangian tersebut. Aku cuba mengingati secara tepat apakah bauan yang
aku hidu. Ianya bukan datang daripada cecair mandian Shokubutsu yang aku gunakan.
Aku amati keadaan sekeliling.
Bauan ini juga bukan datang dari sabun mandian kanak-kanak yang selalu digunapakai
oleh anak-anak buahku.
Hmm, aku berfikir sejenak, sambil memejamkan mata, aku hidu secara lembut bauan tersebut.
mmmmmmmmmmm~
Owh~
Misteri terungkai, rupa-rupanya seorang gadis yang aku kenal menggunakan syampu
SUNSILK : smooth & manageable : shampoo with creamy yogurt energizers.
Aku tersenyum dan meneruskan mandianku dengan penuh bergaya.
TaMMat.
p/s :: patutlah rambut ktk wangi, ktk make SUNSILK duhal.

Friday, January 16, 2009

The Far Pavillions



4.42 PM - Hujan masih lagi turun membasahi bumi. Aku baru sahaja terjaga dari tidur panjangku. Dari pukul 3 pagi aku cuba untuk melelapkan mataku, tapi pukul 10.++ pagi baru aku benar2 terlena. Bermain PSP, mambaca Dragonball Vol.28 , mengelap gitar dan membersihkan biliku merupakan antara aktivit yang ku lakukan pada ruang di antara waktu tersebut. Pukul 7 pagi, aku menonton TV. Damn it! Tiba-tiba aku tertonton iklan tele-filem HANTU RAYA di TV3. Rengekan wanita yang sarat mengandung, ditambah dengan title yang begitu sensitif, lantas tanganku mengubah saluran cenel tersebut. Perkataan 'paloi nak~' secara spontan keluar dari mulutku. Akhirnya aku membuka mataku untuk menonton berita, mengikuti perkembangan Perang Gaza.

Genap 20 hari serangan ke atas Gaza. Nampaknya rejim Zionis ini semakin kurang ajar. Tempat-tempat awam, tempat penempatan dan berlindung bagi mangsa-mangsa perang turut menjadi sasaran bedilan rejim Zionis ini. Daripada apa yang aku dengar, masjid turut menjadi sasaran-tindakan paling kurang ajar dan biadap! Di mana POLIS DUNIA ketika dunia memerlukan mereka? Oh Obama, dimanakah PERUBAHAN yang dicanang-canangkan dengan suara mu yang lantang semasa berkempen sebelum menjadi Presiden dahulu. Perang nampaknya terus berleluasa.




Serangan dan kehancuran yang dilakukan oleh rejim Yahudi itu telah membuatkan muka bumi Gaza seperti keadaan dunia masa depan Trunks. Di mana 2 buah cyborg (17 dan 18) yang tanpa belas kasihan terus membunuh dan menghancurkan dunia. Trunks pernah berkata kepada Goku ' masa depannya seperti Neraka!'. Mungkin bayi-bayi dan kanak-kanak yang terselamat dari perang Gaza akan turut berpendapat sedemikian. Mengutuk, mengutuk dan terus mengutuk adalah sebahagian besar daripada tindakan yang diambil oleh kebanyakan negara di dunia terhadap Israel. TAPI, adakah Israel mempedulikan kutukan ke atasnya? Sudah tentu tidak. Mereka angkuh, bongkak, jahil, ada perlindungan besar daripada Polis Dunia dan memiliki beraneka senjata pemusnah.
Ada betulnya. Saudara saya, iaitu Reezduan sering tidak puas dengan tindakan kutuk mengutuk ini. 'yalah, setakat kutuk mengutuk tok sik ada apa-apa' Hasilnya sama sahaja. Hmm, sama-samalah kita berdoa untuk keamanan dunia. Nampaknya, aku sedikit emosi dalam penulisan kali ini. Mungkin aku sedikit dipengaruhi oleh muzik Hopesfall yang kedengaran ketika entri ini ditulis. Akhir kata, aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi ini. Fuck Israel! (mmm, ada apa2 perubahan...??....?? nane'??)

Thursday, January 15, 2009

Love Story.

Cuaca mendung sehari-harian. Bangun sahaja dari tidur hari ini, pc ku buka, dan ku hiburkan hatiku dengan lagu Taylor Swift-Love Story. Kali pertama ku mendengar lagu ini adalah di blog adiosworld (kalo aku tak silap). Hmm, memang, kali pertama mendengar aku terus jatuh hati dengan kelunakan suaranya. Lantas aku membuka perisian Limewire dan terus mendownload secara tidak rasmi seberapa banyak lagu yang didendangkan oleh gadis ini. Alhamdulillah, semalam aku berjaya memuat turun 17 buah lagu gadis ini. Hmm, menghirup teh panas, ditambah kenikmatan Dunhill 14 sambil mendengar lagu-lagu Taylor Swif ini. Sememangnya hariku bermula dengan cukup cheriya.

Need For Speed Undercover

Yoshhiii! Bertemu gik. Kali tok ku mok molah review GAME PSP nak baruk ku bis main jap tek. Selepas Carbon ku abis main di PS2, sekarang Undercover di PSP. Most Wanted (PS2) aku sik abis main sbb savefile aku corrupt! Gney sik corrupt, mun dah knk tangkap polis, takut keta kenak tarit, alu OFF trus PS2 ya, last2 ya jadi. Alu malas ku main gik. Prostreet xda beli. OK, Undercover boleh tahan layan juak. Pa gik nangga muka Maggie Q lam ya. Fuhhh~ Mantap!

Dalam Undercover PSP tok ada 3 area pelu dsetel. Sunset Hills, Port Crescent & Palm Harbor. Macam2 misilah di tiap2 tempat tok, cthnya, sprint, highway battle, circuit, outrun, escape & etc. Aku paling suka main highway battle & sprint. N sik suka main cost to state. Cost to state tok ta ngumpul 'bounty' ya lah ku malas..game aku sik 100% sbb cost to state ya sik dmain ku. Cara ku ngumpul duit ialah dgn main highway battle & boss challenge berulang2 kali sampe lejuk. Sbb aku maok try suma keta.

Keta paling best masa ku main lah, Nissan 240sx (mula-mula main), RX8 (best), RX7 (beli sbb ceta lam keta Initial D), Skyline (mantap, slalu pake) Mitsubishi Lancer Evo (mmm, best gik make Skyline), & last Nissan GT-R(R-35) paling best! mantap! Lam game tok Porsche911 GT2 nya berik free. Siap modified. Tp sik bleh ubah. Tint cermin jak bleh.


Hmm..overall. Game best. Jalan ceta best. Grafik ok. Yang penting puas hati. Last2 game tok paduhal aku dipergunakan oleh Maggie Q tok duhal. Cako wak mpuan eyh. Tp sikpa, nya kiut! Best layan d PSP, pasti tidak menyesal. Oh~ Maggie Q~

Wednesday, January 14, 2009

Kali nak bau cako eyh...(Juh, nangga ceta bahasa Sarawak!)


Apa khabar semua? Sehat semuanya? Musim-musim hujan macam tok, gerak-gerak dan goyang-goyangkanlah anggota badan ya sak panas ckit ok? Baiklah, untuk kemasukan hari tok, aku nak mereview 4 buah filem pendek alih bahasa hasil karya-karya anak Sarawak. 4 filem pendek tok nang dah molah sejarah sa nya d Malaysia tok. Mungkin ada tak org dah nangga juak ceta tok. Cdak tok dengan berjayanya telah menjahanamkan karya original cgek2 cerita untuk menjadikannya lebih jahanam, lebih lawak, lebih tragis, lebih lucah dan lebih selebih lebihnya! Mun tensen2 ya, juh, nangga ceta lok! Mari semua!



1. Journey to Sarikei - Aku rasalah tok lah karya pertama yang menjadi perintis kepada cerita-cerita alih bahasa lam bahasa sarawak kinek tok. Gney boleh terhasilnya idea tok, mungkin sbb masa ya cdak tok nak bereksperimen dengan Adobe Premiere ya kali, alu melelat molah ceta tok? Gney aku tauk? Adalah. Seingat aku, 1st time aku nangga karya tok, masa ya blom siap gik, aku udah berair2 sakit perut mbak tetak! nang celaka lah! dah la esok nya aku da final exam. eksyen jak ku ngembak buku ke bilit ya, ingat pat study lah tek, tp nang alu sik dibukak buku ya, mbuang ilmu gik ada mbak tetak. Sound cerita tok nang dimute abis, time ya segala apa nak ada dalam bilit ya, yalah jadi sound effect. Pembaris, kertas plastik, mulut, hentakan kaki, kipas dalam cpu, etc suma dipake. Jalan cerita agak menarik. Bahasa cun. Rugi mun sik nangga.


Link Youtube ceta tok : http://www.youtube.com/watch?v=SMhS1TMPDVE&feature=related

2. Sembelit 2005- Cerita tok eboh diceta gik lah. Nang dah meletup2 cgek Malaysia sa nya. Sampe k dgr siap masok melodi, Yusuf Haslan ncarik orang molah ceta tok, da juak ku dgr da miak knk tangkap masok mahkamah U, sebab ceta tok, macam2 gik lah. Tapi ku nangga, org molah ceta tok gik idup bebas d Malaysia nek tok. Ceta tok nang boleh kata 90% sik lari dari nyebut benda-benda lucah. "chow lok, ***, kali nak bau cako eyh, nangga ceta blue juh" antara line2 fames ceta tok. Sama dengan JTS, effect ceta tok pun make cara yang sama.


Link Youtube ceta tok : http://www.youtube.com/watch?v=-zFnpQxKNNg&feature=related


3. Spiderman Teh Pun Hal - Hahahaha. Ceta tok pendek jak. Tapi boleh tahan juak pecah perut mun nangga ceta tok. Ceta tok bermula, bila bos nya tok tek, dgr da org molah teh, xda kah gula. Original pun story, sampe nganok lidah org ya lidah babi indah. Aku sik tauk sapa molah ceta tok, da ku dgr miak Miri molah, kali tak org lebih tauk. Tapi ceta tok nang best! Cgek versi ceta tok, tajuknya Spiderman Hilang BF. Sa nya better tak org nangga dirik pun k.


Link Youtube ceta tok : http://www.youtube.com/watch?v=fyDJVuVTg7E&feature=related


4. Kuih-muih - Ok. Ceta tok kira baru juak lah. Di polah oleh orang nak da sangkut paut ngan ceta Journey to Sarikei ngan Sembelit juak. Tapi awas! Tahap kelucahan bahasa ceta tok boleh tahan. Cerita tok nang cerita hal kueh. Camni cdak ya berusaha ncarik kueh malam ya. Mun sik carik kueh, takut ponek. Mun maok tauk camni rasa bigek *****, lam ceta tok tak org akan tauk.haha. Silalah nangga k. Click link dibah ya.

Link Youtube ceta tok : http://www.youtube.com/watch?v=Ke3XhLAjLLM

Ok. Ya antara 4 nak terbaik tangga ku youtube setakat tok. Ceta Shin Chan pun da juak di alih bahasa. haha. Mun ada penambahan ka, nak lebih lawak dan jahanam gik padah ngan aku juak k. Harap2 tak org terhibur ngan cerita-cerita ya. Aku harap lebih byk gik anak Sarawak molah ceta camtok, lebih luchu, lebih original! Ok, setakat ya jak lok malam tok. Sehingga kita berjumpa lagi.

Tuesday, January 13, 2009

Bulan Oh Bulan.

Malam tadi cuaca agak baik. Langit dan awan mendung masih kelihatan di bawah sinaran cahaya bulan. Sebaik sahaja pulang dari rumah Ogent, aku terus membawa teleskopku ke beranda rumah dan mencerap langit untuk yang kedua kalinya. Biarlahku ceritakan sedikit bagaimana aku begitu berminat dengan bulan, bintang-bintang di langit, dan cakerawala yang menyimpan jutaan misteri. Dulu aku menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan. " "Apa cita-cita awak bila dah besar kelak," Cikgu Aminah guru kelasku (darjah 1 Biru) "Nak jadi angkasawan," jawabku. Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin merupakan idolaku. Aku tidak pasti sama ada aku berada di sekolah menengah atau rendah sewaktu filem Apollo 13 ditayangkan buat pertama kali. Aku lantas menyuruh bapa meminjam 'tape' Apollo 13 dari Kedai Sin Hin (masa ya sikda gilak VCD). Aku dengan begitu xcited menonton filem tersebut dari mula sehingga berakhirnya cerita tersebut tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan diceritakan dalam filem tersebut (rindok ati nangga jak duhal,haha). Tapi sekarang aku sudah tahu. Akibat terlalu obses aku melakukan vandalisme dengan mencarik dan mengoyak bahagian-bahagian buku di Perpustakaan Awam Bintangor. Gambar-gambar space shuttle, angkasawan di bulan dan UFO (lihat gambar)memang menjadi mangsaku. Cita-citaku tidak kesampaian apabila title angkasawan Malaysia yang pertama dirampas oleh SMS (Syeikh Muzaffar Shukor). Dia cuma bernasib baik. Haha.

Inginku nyatakan di sini, aku merupakan beginner dalam ilmuwan mencerap dan mengkaji langit. Pencerapan kali ini baru kali kedua ya. Berbekalkan teleskop yang ku beli secara online dari http://www.lelong.com.my/ yang berharga kurang RM200, aku pun mula mencerap. Walaupun semalam keadaan agak berawan tapi lensa teleskop masih mampu untuk memberikan pemandangan bulan yang menarik. Aku berusaha untuk mengambil gambar untuk tatapn anda semua, tapi keputusannya agak
mengecewakan. Mungkin ilmu didada ku maseh blum cukup utk mendapatkan setting terbaik telefon kamera N95. Mungkin juga aku memerlukan sebuah kamera dan teleskop yang lebih canggih. Tapi, jika diperhatikan melalui teleskop, indah, memang indah. Biarpun permukaan bulan berlobang-lobang, bagaikan dihempas beratus-ratus tan meteor.

Gambar di bawah merupakan hasil pencerapan pertama dan keduaku.

Bintangor

Bgn tdo tek trus ku g dapor, makan karipap ngan tapei nak dibeli ku dari keday ali awal pagi tek. Awal ku tdo mlm tek. Kol 2.30 bgn kol 5.45 trus meli kueh. Kakya sambong tdo balit kol 7 then bgn gik kol 1.30. Tgh ku on9 tek, ku nemu gambar Bintangor dari atas. Jumpa nya di blog nadai.name. Nok gambar jambatan ya ku jumpa d flickr oleh r3d mosquito's. Bleh tahan raget gambar nyamok ya. Aku tek alu rasa nak ada kamera yang canggih lagi berkualiti juak sa. Apa2 pun, jum, kita minum dulu!




Gambar dari atas. Ado nangga Kedey Kindo cyo?





Rindok ati nangga Samo jak gambar duhal. xpo, tangga jak.
Jambatan Merah Bintangor

Televisyen 90-an



Semasa aku masih kecil, aku banyak didedahkan dengan siri-siri animasi 90-an yang rata-ratanya dari negara matahari terbit, Jepun. Siri-siri animasi yang ditayangkan di saluran RTM dan TV3 pada waktu itu sememangnya menghiburkan. Jadi, untuk entri kali ini, akanku persembahkan 5 animasi terbaik yang cukup memberikan impak yang mendalam terhadap diriku pada waktu itu.

Gordion

Tidak banyak yang aku ingat mengenai Gordian. Tiga robot yang terbang keluar dari sebuah gunung (kecil, sederhana dan besar) yang akhirnya bercantum dengan cara yang kecil masuk dalam yang besar, dan seterusnya adalah antara scene yang paling melekat di kepala aku. Pernah suatu ketika, diriku yang sudah mandi dan berkemas, begitu teruja sementara menanti untuk menonton kartun tersebut (biasanya pukul 5.00 petang). Kalau aku tak silap, hampir sahaja rancangan tersebut hendak ke udara, tiba-tiba sahaja 'black-out'!!. Aku masih ingat, disebabkan perasaan kecewa yang teramat sangat, aku memarahi ibuku, dan menyuruhnya untuk mengembalikan karan seperti sediakala. Minta maaf, ibu.



Satria Baja Hitam

Siapa yang tidak pernah menonton Satria Baja Hitam (Kamen Rider Black) sewaktu kecil-kecil dahulu. Rancangan yang disiarkan oleh RTM suatu ketika dahulu sememangnya amat seronok untuk ditonton. Belalang tempur, aksi tendangan padu maut & (motosikal yang satu itu aku dah lupa nama dia) . Aksi hero tersebut sebelum bertukar menjadi kamen rider juga sering menjadi ikutanku suatu kecil dahulu. Tapi seingat aku, cerita ini tergantung sebaik sahaja abang kepada kamen rider itu muncul. Aku tak berapa ingat, yang aku ingat ialah aku sering memijak tin cola agar lekat di tumit kaki ku agar dapat menghasilkan bunyi sepertimana bunyi yang dikeluarkan oleh abang kamen rider itu ketika berjalan.



Dash Yonkuro

Dash Yonkuro! Yonkuro watak utama dalam siri anime ini. Ketua kepada kumpulan Dash Warrior! Siri ini aku ikuti dari mula sehingga tamat siri tersebut. Satu siri yang amat berjaya sehinggakan permintaan untuk permainan kereta mini begitu mendadak sekali! Bagaikan satu fenomena! Siapa sangka, sekotak besar bungkusan yang mengandungi jenisan kereta-kereta Dash Warrior boleh LICIN bagaikan goreng pisang. Bungkusan yang baru sahaja dipunggah dari kapal kargo, tidak sempat untuk disusun, sebaliknya dibuka di depan kedai sahaja! Semata-mata untuk memenuhi keinginan kanak-kanak dan remaja yang mengidam-idamkan kereta mini Dash Warrior! Mungkin mereka yang berada di Bintangor masih ingat, situasi ini berlaku di depan kedai yang menjual kaset dan peralatan elektronik (dekat kedey Konica ya bah) Begitu hebat sekali penangan Dash Yonkuro, sehebat aksi Super Emperor ketika melakukan aksi luar dalam luar! Ya, pada episod terakhir cerita ini, Yonkuro mengeluarkan teknik rahsia keretanya ketika beraksi di Litar Suzuka (track kereta mini)! Sehingga kini, apabila terjumpa apa-apa yang berkaitan dengan Dash Yonkuro pasti aku tidak ketinggalan untuk membelinya sebagai salah satu koleksi yang berharga!

Kickers

Yes! Kickers! Anda pasti kenal akan watak Kakeru Daichi ! Bintang utama dalam siri kartun animasi 90-an, Kickers. Sebuah lagi kartun animasi yang memberikan impak yang begitu mendalam terhadap diriku ini. Aku mengikuti siri ini dari awal sehinggalah perlawanan mereka menentang pasukan Nanio (kalo aku x silap). Aksi perlawanan akhir yang cukup mendebarkan. Kehebatan pasukan lawan memang tidak dapat dipertikaikan. Kombinasi serangan yang menggunakan 3 orang penyerang, berpusing-pusing di udara untuk mengelirukan penjaga gol pihak lawan dan kemudiannya merembat padu, terus ke pintu gol merupakan strategi pemusnah terulung pasukan tersebut. Saya pasti anda pasti akan teringat, bagaimana penjaga gol, merangkap Kapten kepada Kakeru mengatasi serangan tersebut.Ya, beliau mengatasinya dengan berdiri di atas tiang GOL! sambil membaca gerakan pemain lawan! Dia memang betul2 genius! Kesimpulannya, Kickers sebuah animasi yang seronok ditonton, padat dengan humor, sedikit romantik dan memberikan 1001 inspirasi.


Cybercop


Tidak banyak yang mampu ku ulas mengenai sepasukan polis khas yang dilengkapi teknologi canggih seakan2 dari angkasa lepas (mungkin), memiliki alter-ego masing-masing yang menggunakan nama-nama planet seperti, Jupiter, Saturn, Mars (sorang lagi aku x ingat). Elemen2 tersebut sememangnya daya penarik siri tersebut. Apa yang aku ingat, sewaktu kecil dahulu aku sememangnya ingin memiliki sut khas seperti yang digunapakai oleh hero-hero dalam Cybercop. Dengan daya imaginasi dan kesungguhan untuk memiliki sut tersebut, aku dan adikku telah mencipat sut Cybercop sendiri dengan menggunakan kotak mee! Kreatif sungguh! Kalau senjata Cybercop boleh diakses dan dihantar ke mana sahaja di saat Cybercop memerlukannya, aku pun boleh. Setelah meningkat dewasa dan menonton Cybercop sekali lagi, baru aku sedar betapa teruknya CGI (aku pun x pasti) yang digunakan dalam siri tersebut.

Itulah 5 siri animasi dan hero2 yang cukup memberikan kepada aku sewaktu kecil dahulu. Aku terlupa untuk menyatakan siri-siri lain seperti Flashman, Ultraman, Maskman dan Mospeada. Mungkin lain kali. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin berbeda citarasanya, apatah lagi dengan adanya saluran berbayar seperti Astro yang menawarkan pakej2 khas (Disney, Cartoon Network, Nickelodeon) hanya untuk kartun sahaja. Animasi dari barat seperti Ben10, Powerpuff Gal, Sponge BoB, dan Kim Posibble merupakan animasi yang hangat diperkatakan sekarang. Saluran Animax pula mempertontonkan anime2 Jepun yang jauh berbeza kualitinya dengan anime pada zaman aku dahulu. Cukup beruntung dan bertuah budak-budak zaman sekarangkan? Baeklah, cukuplah sampai di sini dahulu. Aku menantikan kemunculan bulan dan langit yang cerah agar aku dapat mencerap langit malam ini. Yoshhhh!!