Monday, March 30, 2009

Mac09.


Rangkuman Mac.


1. Penuh Dota.

2. Penuh seri bunga biarpun kadang-kadang ribut pasir melanda.

3. Layan gila2 Tales of the World: Radiant Mythology (PSP).

4. Layan gila2 game Star Wars: The Force Unleashed (PSP).

5. Layan gila2 game The Sims 2: Castaway (PSP).

6. Belum dapat menghabiskan Persona 4.

7. Mengenali seseorang yang amat manis.

8. Punya nickname baru dia bagi.

9. Dragonball Evolution agak mengecewakan.

10. Menyiapkan 4 lagu ikut citarasa sendiri.

11. Encik Sugeng dengan rasminya menutup blog terhangat beliau.

12. Man Utd mengecewakan.

13. Berusaha menyiapkan Demo CME.

14. Aku rasa makin kuat merokok. 20 batang dalam sehari setengah.

15. . . . . . . . . . . . .


(berusahalah!)

Thursday, March 26, 2009

myspace.


Jangan malu-malu untuk mengkritik dan mendengar lagu-lagu kami yang tidak seberapa.
Tambah kami jadi kawan anda.
Kami cuma belia dari pekan terpencil yang gemar bermain muzik.
Salam manis.

Wednesday, March 25, 2009

noktah cinta.

NOKTAH CINTA ( dulu namanya ROMANTIS)

Tak ku tukar dukacita hati ku demi kebahagian mu
Tak ku tumpah airmata yang mengalir menjadi gelak tawa mu
Aku ingin diriku tetap diriku seperti mana dahulu
(ku ingin diriku seperti mana dahulu........)
Lupakanlah masa- masa dahulu kerna ia sudah berlalu.......

Kata-kata mu menyebabkan ku luka (hati terluka dihiris)
Wajah sinar ku kini sudah bertukar (suram sedih di hati)
Tiada siapa yang dapat mengubahnya (kepedihan yang kurasai)
(mungkinkah diri mu berasa bersalah dan mungkinkah diriku akan kembali?...)
Mengharapkan sinar-sinar mentari (menyinari dah berakhirnya......)

c/o: Belum pasti diriku akan kembali pada dirimu
seharusnya kau pun tahu dirimu itu bukan milik ku lagi........

Mega berarak mengiringi langkahku (menjauh dari mu)
Mengapa terdiam dan membisu (ini kau pinta dahulu)
Baris kata terucap dari mulut mu (janji kosong pada ku)
Alam menyaksikan kisah berakhir (antara kau dan aku....)

Kisah kita berakhir!!!! cukup disini (2X)

c/o

Biarkan berlalu bersama angin lalu
Kisah kita berakhir disini....... (2X)


Saturday, March 21, 2009

coming soon.

What kind of scenes in a horror film scares you the most?
When a ghost appears totally unexpectedly? When the main character does not see the ghost lurking up behind him? When at the very end you find out that the main character was actually a ghost all along?
None of this compares to the feeling of arriving home alone and suddenly being struck by a feeling of deja vu that you are reenacting the very same scenes in the horror movie you just saw!
This movie will scare you from the second you step inside the movie theatre. It will get you wondering if "something" or "someone" might be waiting for you to let your guard down.
The horror movie that you just saw is about to happen to you in real life! COMING SOON...

video

Release Date 16 April 2009
(Source: Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd.)

SARAWAK SIKDA BAH GSC. HUHU.

Thursday, March 19, 2009

Emosi egoku.


tak pernah kan tahu.

ini puisi lontaran jiwa
gaya hidupmu yang riang gembira
mengusik kalbu bayangan minda
terdetik hatiku untuk mencuba

rimas hatiku tidak terperi
menanggung rindu yang memakan diri
ku bertekad untuk kembali
ke alam cinta penuh misteri

kini kau telah menghilang
lemparkan segala rasa
hancur berkecai jiwa

dan kini
aku hanyut
dan ku menanti
dirimu yang tak kembali

telah ku luahkan segalanya
tapi balasan ini yang ku terima
ku akui kelemahanku
cinta yang datang bukan milikku

aku lalui hari-hariku
tenang gembira gerakan zahirku
siksa dan pedih dalam batinku
kau tak tahu dan tak pernah kan tahu


fantasiku

terlelapnya dirimu disebelahku
ku tatapi raut indah seri wajahmu
sinar bulan yang terang jatuh memayungimu
tenang dan damai diriku disebelahmu

kau yang terindah. . .

tapi ini cuma fantasi diriku
belumku tatap wajahmu
cuma baris katamu yang slalu menemaniku
senyumanmu, yang membunuhku
tiap saat dan waktu terus menghantuiku

tersenyum bilaku terkenang dirinya
teringat peratusan yang kiniku kira
terlalu awal untukku meluahkannya
adakah dirimu merasa seperti yang kurasa

Dan kini, ku berlari darimu
takut kecewa dan merana
biarku sendiri
melupakanmu.



Aku sekarang memang dalam mode emo. Sekarang aku bersama rakan seperjuangan sedang mengusahakan bait-bait patah kata ini menjadi sebuah lagu. Sekarang ini sudah ada 6 lagu. Proses-proses merakam sedang berjalan lancar di Adifingers Rec. Sekarang semuanya sudah dalam 60%.

Berusahalah.
nota emo ::
Artis Contoh!

Walaupun sudah popular dan sibuk dengan dunia artisnya, Nubhan masih tidak sombong dan tidak malu untuk makan di gerai-gerai tepi parit.

Monday, March 16, 2009

sandiwara.


Jam 19.50 : aku yang tengah seronok dan feeling melayan game Persona 4 tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi perempuan yang sedang menangis teresak-esak. adakah ini realiti atau pun mainan fantasiku semata-mata? untuk pengetahuan kalian, aku bermain Persona di tingkat bawah. Jika di tingkat atas (bilik sendiri) memang tidak ku hirau sangat bunyi-bunyi sebegitu. Tapi di tingkat bawah, sebelah tu ada rumah puang dan pokok-pokok mangga yang sedang berbunga jadi aku pun mengambil langkah berjaga-jaga. ku perlahankan volume tv, dan ku jenguk ke luar melalui celah-celah tingkap tersebut. mmm. . .rupa-rupanya ada pasangan yang sedang bergaduh di jalan menuju ke kawasan perumahanku. aku ingat jak apa tek. jadi sambil bermain game tersebut, aku dalam tidak sedar sedang merekod perbualan mereka berdua. di antara line-line yang berjaya ku rekod dalam otakkku ialah:

gadis itu berkata,

"tampar org mpuan, bukan ada apa-apa bagi seorang lelaki"

"dayus kau nampar aku! dayus kau nampar aku"

"aku bersumpah nang sik ada!"

"aok, nang benar ku da berkendak! puas hati kau!?"

kau tek, nak meludah, numbuk ngan nampar aku tek apa? kau nak mbunuh aku nak"

"masa aku call kau tek, apa padah kau, LOW BAT! LOW BAT!"

pemuda itu berkata,

"benar sik kau ada berkendak dengan laki lain?"

"aku sik nuduh kau, aku cuma nak tauk"

"kmk tauk laki yang tunggal ktk mpun"

nang apalah nya duak tk. aku main game pun sik fokus gik. game persona ku tek alu jadi personal! aku rasa org laki tk nak lepas tgn sa ku. miak mpuan ya nang gila2 la nangis. laki ya tek, nang bertalu2 nuduh miak mpuan ya, masa laki ya nanyak mpuan ya tek, "kau pernah sik?". . .aku nunggu juak jawapan miak mpuan ya. tapi alu dibelit2 agik cerita ya tek. hmm, apa jak lah. kakya aku terus tutup ps ku, nait atas, n mandik! abis mandik tek, gik da juak nya duak cya tek. . .hmm. . .gasak jak tak duak cya. aku pun sudah malas. nait atas trus online, main dota!

Saturday, March 14, 2009

MAN UTD kenak. . . . . .

MANCHESTER UNITED

kenak



.



.



.



.



.



.







.



.



.



.


.


.



LIVERPOOL



Syabas dan tahniah kepada Liverpool kerana berjaya menyumbat 4 jaringan cinta ke dalam gawang Man U. Permainan yang baik dan mantap. Aku rasa selepas sahaja mendahului, perlawanan tersebut sememangnya kepunyaan Liverpool. Corak permainan M.U semalam memang ntah apa-apa. mungkinkah mereka sengaja kalah untuk menghangatkan lagi perebutan jagoan liga musim ini? adakah ini merupakan sebahagian daripada korupsi bola sepak inggeris?

kalah tetap kalah. tapi lawan tetap lawan! hahaha. aku hanya menyaksikan 3 gol liverpul. dan aku bertambah gembira bila menerima pesanan ringkas dari saudara think.


think : nang palat! 4-1 kalah!


pesanan ringkas daripada beberapa penyokong liverpool tidak kurang hebatnya.


Rogi: kemenangan yg indah, choke2 enak sekali, choki2 adik gemari.


Fahmie: Pok, pa hal ya tek? huhuhu
penyokong arsenal juga tidak ketinggalan menyampaikan salam.


Afiq: hmm. . . .
cukup ringkas dan bermakna. dan tidak cukup dengan itu, awal pagi ini aku telah dikejutkan oleh hadiah daripada saudara rogi.
.
.
.
.
.
.

terima kasih rogi!

p/s : menaip blog ini sambil makan choki2 adik gemari. hahaha. pic anchet itu aku pinjam dari saudara sugarush a.k.a hamzah!

Thursday, March 12, 2009

Dragonball Evolution


aku baru saja pulang bersama rakan2 menonton Dragonball Evolution. mungkin ada di antara anda yang tidak berpuas hati, mengutuk dan mencaci cerita tersebut. rata-rata sahabat-sahabat saya tidak berpuas hati menonton filim gambar tersebut. 'ada yang kata karya tidak original', 'tidak kurang pula ada yang mengutuk jalan cerita tersebut', 'seluar goku macam orang nak pegi bershuffle' dan macam2 lagi'. Tiba-tiba sekumpulan wartawan datang menerjah dan menemuramah kami. Saya yang pada masa itu sedang sibuk membalas pesanan ringkas dari seorang teman tiba-tiba diajukan mic dan terus dihambur dengan soalan-soalan berikut.


apakah perasaan anda selepas menonton filem tersebut?
(sambil mengontrol muka) selepas menonton filem tersebut saya agak teruja melihat adik2 manis dalam filem tersebut, nak kata gembira tak juga, tak gembira pun tidak juga. macam2 adalah. saya memang telah menjangkakan jalan cerita tersebut memang lari habis dari karya ori cerita tersebut. ini kerana saya telah mengikuti perkembangan pembikinan filem tersebut agak lama di laman web dbthemovie.com sebelum keluarnya cerita ini. jadi saya tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi kepada filem ini kerana tidak mahu kecewa sangat.

apakah kelemahan dan kekuatan filem ini?
baiklah. bagi masa 10 saat untuk saya recall balik jalan cerita tersebut. ok. kelemahan filem ini mungkin masanya yang terlalu pendek, aksi cerita yang terlalu padat hingga menjejaskan jalan cerita tersebut, filem yang mungkin tergesa-gesa untuk disiapkan (mungkin dateline dah dekat), oleh kerana terlalu padat dan masa yang pendek maka jalan cerita jadi macam ntah apa-apa. mungkin cerita ini perlu diadun dengan lebih baik. sekiranya tayangan filem ini dipanjangkan kepada 3 jam seperti filim Lord of the Ring mungkin (MUNGKINLAH) filem ini boleh memuaskan hati saya. kekuatan cerita ini pula, mutiara naga itu sangat kacak, gadis2 manis bolehlah tahan, basikal goku di awal filem nampak raget. hero yang membawa watak goku itu mungkin boleh ditingkatkan lagi prestasinya dalam sekual kedua yang akan datang.

"lucu juak goku tek o" kata gadis itu.
si dia tersenyum manis dan masih berbicara mengenai Dragonball Evo.

apakah pesanan anda kepada mereka yang belum menonton Dragonball Evolution?
kepada mereka yang belum menonton filem ini, alamilah sendiri pengalaman menonton filem ini. jangan dengar apa kata mereka yang mengutuk filem ini. bagi saya, filem ini bukan tak bagus, boleh tahanlah menghiburkan. Sekiranya anda pergi menonton bersama teman tersayang, bolehlah kamu saksikan si dia bergelak ketawa mesra dengan manisnya pada scene2 yang agak luchu dalam filem ini. sekurang-kurangnya si dia terhibur. tapi itulah. . . .saya nak buat rambut macam Gokulah esok.


selesai saja temuramah itu. saya dan rakan-rakan telah disuruh untuk berbaris dan menunjukkan isyarat bagus sambil menyebut 'Dragonball Evolution. . .BESTTTTTTT~' secara beramai2 sambil tersenyum manis memandang kamera yang sedang merakam.

Wednesday, March 11, 2009

yang ter-istimewa.


'Pasukan bola sepak yang istimewa memerlukan seorang pengurus yang istimewa. '
agak lucu aku membaca kenyataan tersebut dalam halaman sukan Utusan Sarawak awal pagi tadi. Ini merupakan sebahagian daripada perang psikologi antara Jose Mourinho dan A.Ferguson menjelang pusingan kedua kalah mati dalam Liga Juara-Juara Eropah awal pagi nanti. Perlawanan yang menjadi penentu antara dua sekutu tersebut. Mourinho mempunyai rekod yang agak baik menentang Ferguson (berdasarkan pembacaan dalam paper tadi lah). Tapi prestasi pasukan juara tersebut pula agak hebat semenjak dua ini.
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan tersebut awal pagi nanti ya?.
p/s: Adakah anda bersetuju jika Jose Mourinho menjadi pengganti kepada Sir Alex Ferguson?
jika setuju : Taip 'memang ku tunggu-tunggu!' dan hantarkan ke 99881
jika tak setuju : Taip 'aku tak ingin!' dan hantarkan ke 99881

Tuesday, March 10, 2009

Return from the clockwork just to make you see

video

ingin berkongsi bersama kalian video yang begitu memukau dan cukup menyentuh perasaanku.

membuatkanku terpegun ditambah lagi alunan muzik yang mantap dari Kyte.

ingin saja menitiskan air mataku tapi tak mahu.

inginku bersuara tapiku membisu.

inginku berfikir tapiku berfantasi.

inginku beranjak tapiku membatu.

adakah aku emo-scremo?

hargailah alam ciptaan tuhan sebelum semuanya musnah menjadi debu.

Sunday, March 8, 2009

Garena Gadis Manis

Garena. Aku mengenalinya dari Fahmi, kawanku semasa sama-sama menuntut dahulu. Alangkah indahnya hidupku jika mengenali Garena sedari awal. Kenapa aku baru mengenalinya sekarang. Tapi masih berlum terlambat. Bagi sesiapa yang mengetahuinya, tahniahku ucapkan. Tapi bagi yang belum mengetahuinya biarlahku jelaskan serba ringkas siapa Garena.


Inilah Garena. Garena Connecting World Gamers. Ianya merupakan satu portal yang membolehkan gamer-gamer dari seluruh dunia berhubung dan bermain di dalam satu talian walaupun menggunakan game2 pirate. Sungguh mudah. Anda cuma perlu register dan setting itu dan ini. Dan kemudiannya, wallaaaa~ keterujaan.



Petang tadi aku telah bermain Dota bersama-sama Fahmi dan As (teman sepengajian). Kali terakhir aku bermain Dota secara besar-besaran adalah semasa di U dahulu. Semenjak itu tiada lagi. Sehinggalah tibanya saat ini. Fahmi berada di Kuching, Aku di Bintangor dan As di Miri. Berhubung menggunakan Ym dan Garena agar melancarkan lagi proses persediaan untuk pergi berperang. Kami bergabung tenaga kerana adanya Garena! Sudah lama aku tidak teruja sebegini. Walaupun sebelum ini aku pernah cuba untuk bermain Pirate King, tapi setelah sekian lama aku bosan. Tapi ini memang berlainan! Gila babas best! Paling ku teruja bila ada Call of Duty! Fuh. . .masyuk~ Oren si gadis manis pun merancang untuk membuat puding caramel semasa aku sedang bermain sebentar tadi =].


"sementara menunggu"


"menunggu lagi"


"akhirnya. . .peperangan, keterujaan, keseronokan dan tahap klimaks yang teragung!"

TERIMA KASIH GARENA!

Saturday, March 7, 2009

Two Sparks


yo'. hari ini sabtuday. hari ini aku pegi menemani Saudara Hamzah untuk membeli buku yang boleh membantunya lulus cemerlang warna warni dalam ujian2 yang bakal dihadapinya. aku turut serta kerana sudah hampir sebulan aku tidak ke Sibu, sedangkan ianya dekat sahaja. kalau tiada tujuan tertentu agak malas untuk aku keluar dari kepompong rumahku ini. baik melepak sahaja dirumah melayan permainan video dan tidur.

Niat hatiku cuma hendak membeli komik Bleach dan juga Dvd2 cherita terbaharu yang berada di pasaran. tetapi. . .segalanya yang berlaku lebih daripada apa yang ku rancang. Hasilnya, inilah yang aku beli.


Bleach no.8, Playstation Official Guidebook, Alternative Press, Play Guitar in 10 easy Lessons dan buku Mtest. Sebenarnya cuma Mtest dan Bleach saja yang ada dalam senarai terawal. Tapi buku gitar tersebut menarik perhatianku, bolehlahku gunakan untuk meningkatkan lagi ilmu dalam permainanku. Playstation Official Guidebook memang wajibku beli setiap keluaran. Tapi di sini, untuk mendapat keluaran yang terbaharu memang agak lembab. Jadi aku pun rembat satu sebab aku masih belum memiliki keluaran ini. Manakala Alternative Press aku beli kerana All Time Low jadi cover. Jadi, melayang dan bersayap juga lah not 100 dan 20 dari poketku.
Jadi sekarang aku punya banyak bahan bacaan untuk mengisi masa2ku dalam kepompong ini. Membaca sambil mendengar lagu two sparks dari Kyte tentu seronok. Aku sebenarnya punya banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi aku nak berehat-rehat sambil menonton dvd yang baru ku beli. Aku juga bercadang untuk menyambung pengembaraanku dalam Persona 4. Hmm, biarpun di dalam kepalaku asyik memikirkan beban tugas tersebut. Tapi esok dan Isnin masih ada. . .ilek2 bah~ *sigh*

Friday, March 6, 2009

cut & paste


aku harap kalian semuanya baik2 belaka. kepanasan semakin terasa biarpun pagi tadi hujan agak lebat. salam sejahtera semuanya. entri kali ini aku juduli dengan tajuk 'cut & paste'. aku sungguh seronok bila membaca blog abang-abang dan kakak-kakak, saudara dan saudari sekalian. setiap entri pasti dihiasi dengan tampalan-tampalan atau gambar superimpos yang bisa menggeletek jiwa dan raga. situasi ini mengingatkan aku kembali ke tahun 2006-2007, di mana pada tahun itu aku sangat aktif menampal2 gambar sebegini.


Pada masa itu aku sedang melanjutkan pelajaranku hanya di Sarawak, manakala kebanyakkan rakan-rakanku menyambung pengajian mereka ke tanah seberang. Selain bsms dan bertalipon, satu lagi medium yang kami gunakan untuk berhubung dengan lebih mesra ialah Friendster. Dulu aku sangat aktif bermain FS. Tidak seperti sekarang, sudah ada Facebuk, Hi8, Click5 dan sebagainya.



Jadi, sebagai salah satu xtvt untuk menambahkan jahanaman page FS tersebut adalah dengan mengekspoiltasi rakan2. Tidaklah banyak rakan2 itu, cuma perang poster antara aku dan juga sahabat baik aku iaitu wak sugeng. Berbekalkan potosop dan gambar2 internet serta gambar mangsa, maka perang pun bermula. Sugeng pada masa itu sedang menuntut di Shah Alam. Pada masa itu, ada sahaja idea untuk mengekspoiltasi gambar2 wak sugeng. Dia juga tidak kurang hebatnya. Di bawah merupakan gambar2 counter attack yang masih ku simpan kebanyakkannya di photobucket. Kadang-kadang aku akan ketawa sendirian di lab fakulti bila mukaku dijahanamkan oleh saudara sugeng. dan apabila tiba di kolej aku, segera buat persiapan serang balik. Lihatlah hasilnya. siap aku superimpose gambar beliau pada porno kegemaran beliau pada masa tersebut. Mason Storm. hahaha. Tapi aku lupa edit warna palaknya, sebab badannya hero yang puteh merah2 gya.



sebenarnya ada banyak lagi, tapi kebanyakkan telah terhapus semasa hdisk ku diformat. Odel merupakan guru aku pada masa tersebut. Kadang-kadang akibat terlalu gelojoh untuk mempamerkan gambar tersebut di dalam fs, hue & saturation, itu dan ini pun tidak diubah. maka begitulah hasilnya. aku budak baru belajar juga masa itu. tapi. lama kelamaan aku dan sugeng jadi bosan dengan xtvt tersebut. maka dengan itu, sesiapa di antara kami yang masih menghantar gambar sedemikian dengan pendek dan panasnya dichop, rombok tuo! yalah tek, hari2 macam ya, letih lah john. .jadi aktiviti berperang itu tamat begitu saja seperti angin yang berlalu. . .

hari ini, aku yang baru 3 bulan berjinak2 dengan dunia blog ni agak teruja bila melihat peperangan gambar superimpos antara rakan2 blogger. hehe. ini mengingatkan aku kembali kepada peperangan aku dan sugeng pada masa itu. tapi perang mereka ini sangat besar dan happening kerna melibatkan banyak pihak. hehe. chukup menarik.


oleh yang demikian aku menyarankan kepada rakan-rakan sekalian agar rajin-rajinlah berusaha agar tercapai sasaran dan matlamat yang telah anda tetapkan pada malam sebelum menjelangnya tahun baru. sesungguhnya, semut binatang yang rajin. dan janganlah pulak anda suka bully semut seperti saudara think! sekian dulu entri untuk hari ini. selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur rasul.


p/s: gambar Jumper dan I am legend itu sebahagian daripada koleksi yang juga ku temui di photobucketku. kepada wak sugeng ini bukanlah satu entri rombok tuo. cuma ingin mengimbau perang antara jedi suatu masa dulu. harap dimaapin.

Tuesday, March 3, 2009

aku sik maok NANGIS GA #4 #5


Episod Istimewa Selama 1 jam : Face of War

Nampaknya aku telah ditugaskan untuk membawa panji seterusnya dalam dua misi yang berbeza oleh dua perajurit elit wanita yang berbeza. Dua orang wanita itu ialah, Jeneral Marcella Klosvoknik dan Jeneral Vivian De Santiagoes. Jadi tanpa berlengah lagi, akan ku selesaikan dua misi tersebut dengan penuh dedikasi dan disiplin diri yang tinggi.

Misi Pertama # Membongkar rahsia peribadi milik Jeneral Droodess di Burma!

1. Kitak ada rahsia sik??
JAWAPAN : puiii...(meludah) aku jeneral droodess! kau sapa nak nanyak aku!

2. Kitak mok bergerek ngan orang yang mudak dari umo kitakkah?
JAWAPAN : bapa umo nya, da kau ku SEBAT kelak!?

3. Kitak sukakah pergi kolej??
JAWAPAN : di burma aku ada 10% dalam semua kolej!

4. Pa polah kitak mun ada duit sejuta?
JAWAPAN : sejuta jak!? aku ada berjuta2 gik!

5. Adakah kitak sanggup bercinta dengan kawan kitakpun??
JAWAPAN : ya dah melanggar etika SOLJA!

6. Nak ni lebih bagus, rasa dicintaikah atau mencintai urang?
JAWAPAN : jeneral ni ngesend kau ke ctok tek!?

7. 5 igek lagu kesukaan kitak:
JAWAPAN : Shit! lagu kesukaan pun maok tauk! Ku nangga ipod ku lok! okey, tok nya. . .

- Cuba-cuba : New Boyz
- Meraung : New Boyz
- Delaila : Kristal
- Sejarah Mungkin Berulang : Newboyz
- Ikan Bilis - Boboi

8. Mun urang nak disuka kitak ya dah ada urang lain, apa akan kitak polah?
JAWAPAN : hantar pasukan berkeris!

9. 5 igek rancangan tv paling kitak suka:
JAWAPAN : 5 rancangan ada bebunoh di tb.
10. Kitak ada apa-apa yang disesalkan dalam idup?
JAWAPAN: Tiada, dan berBueno.

11. Kitak akan jadi macam kitak kinek tok kah mun kitak(kononnya) dilahirkan semula?JAWAPAN : -skip-

12. Apa wish yang kitak maok masa tok?
JAWAPAN : berapa banyak WISH?

13. Kitak rasa apa jenis insan yang tagged kitak ya?
JAWAPAN : seorang jeneral wanita.

14. Mun diberik pilihan, kitak sanggupkah jadi "bujang tapi kaya"atau sanggup "berkahwin tapi idup miskin??
JAWAPAN : Test dolok lah.

15. Apa kaler kesukaan kitak?
JAWAPAN : warna warni kehidupan ketenteraan.

16. Kitak sanggup berkorbankah demi sebuah hubungan?
JAWAPAN : apa jenis hubungan?

17. Mun lah kitak jatuh cinta ngan duak urang sekaligus, nak ney dipilih kitak?
JAWAPAN : walaupun aku jeneral Droodess yang kejam tapi saya hormat dan milih mak saya.

18. 3 igek perkara yang teringin kitak mok polah tapi sik dapat-dapat??
JAWAPAN : 1. melihat kentut bebas di udara. 2. melihat kentut tersenyum 3. ingin memahami kentut dengan lebih dekat.

19. Sapa mangsa tagged kitak yang seterusnya??
mood baik hari ini. Jadi saya tag, Everlyn Einstenish Estrichh!


Misi Kedua # Menyelamatkan tebusan di Bermuda!

NOTE: You have to add one additional "favorite" thing to the end of the list when you answer.

Favorite color: warna-warni kehidupan
Favorite perfume (guys): mana-mana jak
Favorite perfume (girls): ya pun boleh
Favorite pijama brand: pake jak apa2. baju BN pun nyaman k tdo
Favorite clothes brand in general: gasak jak sik milih
Favorite country: zlotone
Favorite car: delorean keta back to the future itu
Favorite sport: berjalan2 kaki
Favorite sport player: eric koston
Favorite spot in America: Arestendeshh
Favorite animal: pusak
Favorite movie: back to the future & star wars
Favorite singer: vokalis CE! hahahaha
Favorite day in the week: tiap hari ada pasang surut.
Favorite time of the day: siang malam
Favorite holiday season: hujung tahun
Favorite number: 0.0
Favorite food: masakan ibu
Favorite chocolate: BUENo
Favorite cartoon: gensomaden saiyuki
Favorite blogger: Estrich de Kinkis
Favorite Flavor Ice Cream: mana jak
Favorite Mobile Brand: pake apa2 jak janji pat msg tpn
Favorite name: Estrich
Favorite hobby: berkebun
Favorite room in my house: dapur tempat makan nasi
Favorite Fruit: buah-buahan tempatan
Favorite flower: bunga2 yang mekar
Favourite Word : mana jak
aku tambah-
Favorite vellionicesf : estrunga liga.
aku sik maok tag sapa2 sebab aku nak berak indah sa tuk.
misi tamat tepat jam 15.53 pm.
bertemu lagi dalam episod seterusnya.

Monday, March 2, 2009

Orang Terbang (satu nostalgia)


Bagi sesiapa yang masih ingat akan cerekarama ini, pasti anda masih ingat bahawa di Malaysia suatu masa dulu pernah membuat satu drama yang bertajuk ORANG TERBANG. Entri ini ditulis khas buat saudara Ogent, Think dan Saudari Marcella yang berbual panjang lebar mengenai siri ini. Marilah ku ceritakan serba sedikit apa yang masih terungkai di fikiran ku mengenai ceta ini.
Seorang budak yang terjatuh dari langit telah dijumpai oleh sepasang suami isteri di dalam hutan. Budak kecil itu semasa dijumpai masih berada di dalam kapal angkasa yang dinaikinya. Dia dibelai penuh kasih sayang dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh pasangan suami isteri tersebut. Dia membesar dan pergi ke sekolah sama seperti kanak-kanak yang lain.
Suatu hari, dia telah dibuli. Untuk mengelakkan diri daripada dipukul kaki buli tersebut dia terpaksa berlari. Tapi malang menimpanya apabila dia tiba di jalan mati dan sebatang anak sungai menjadi halangan. Menurut Ogent pula, terdapatnya jambatan di situ tapi sudah roboh. Rumahnya terletak di seberang sungai itu sahaja. Oleh kerana terdesak, dia akhirnya melompat dan seakan-akan terbang menyeberangi anak sungai tersebut. Kejadian itu telah disaksikan oleh kedua orang tuanya. Selepas menyaksikan anak yang dijaganya itu mempunyai kebolehan sedemikian, pasangan suami isteri tersebut menoleh sesama sendiri dan tersenyum seolah-olah mereka sudah mengetahui bahawa anak yang mereka jaga itu memang ada kebolehan luar biasa sedari kecil.
Bila dewasa, dia bekerja di bandar. Aku tak ingat dia kerja apa. Tapi aksi yang tidak dapat dilupakan ialah, dimana beliau yang tiba-tiba berada betul2 di tempat kejadian churi dan rompak. Oleh kerana tidak mahu identitinya terdedah beliau dengan sepantas kilat terus ke kedai kain dan mengambil kain sarung lalu menutup mukanya. Dia terbang dan terus memberkas penchuri tersebut. Kejadian tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan ORANG TERBANG menjadi tajuk hangat di dada-dada akhbar. Bukan saja orang ramai yang tertarik dengan Orang Terbang, tetapi seorang wartawan wanita juga berusaha mendapatkan identiti orang terbang tersebut. Anda ingat siapa yang memainkan peranan sebagai Lois malaya? Tidak lain tidak bukan Datin Tiara Jacquelina! Ya. . .memang dia.



Pernah juga orang terbang ini mempunyai masalah dalaman mengenai identiti dirinya. Aku tidak ingat mengapa, tapi, satu scene ini yang boleh kira legend juak, dimana dia menenangkan dirinya dengan melepak di atas BULAN. Dengan menggunakan baju bekerja, ilek jak nya duduk2 atas bulan mengenang nasib dirinya tek. Dan scene yang terakhir aku ingat, Tiara memberitahu satu kes serius dengannya. Dan dia terus bertindak pantas menyelamatkan keadaan. Bagaimana rupa scene tersebut. Dikaca tv anda, dipertontonkan satu bentuk bumi yang bulat, kemudiannya orang terbang mengelilingi sfera tersebut berkali2. Dan cerita pun habis.

Sebenarnya memang banyak lagi siri-siri menarik yang menarik minat aku semasa kecil dulu untuk menonton drama2 di TV1. Tapi yang paling melekat dalam kepala aku ialah dua siri ini. Hati Jawa dan Berarak Memori Jingga. Hati Waja mesti anda semua tahu kisah suka duka seorang remaja dalam mendalami ilmu persilatan. Shahadan lakonan Rusdi Ramly. Sanggup tidak makan dan tidak minum, hanya melutut di depan rumah tok gurunya semata-mata ingin mendapat keampunan untuk menyertai pertandingan silat. Sompet, yang mampu meniru gerakan Tendangan Tanpa Bayang Shahadan setelah mengkaji pita video rakaman perlawanannya. Shariff (lakonan Faizal hussein). Memegang watak jahat, dan telah MENGECOP dada seorang guru (kalau aku tak silap) dengan ilmu silat terlarang. Ilmu ini juga mampu menebuk pasu dengan hanya dua jari sahaja. Liza pula anak tok guru Shahadan. Kira suka sama suka lah Liza ngn Shahadan tk.


Berarak Memori Jingga pula mengisahkan Mahmud seorang penggila badminton. Dalam episod pertama siri ini, aku masih ingat dalam satu scene Mahmud membetulkan arial di atas atap rumahnya semata-mata hendak menyaksikan dengan lebih jelas siaran langsung piala thomas yang dimenangi malaysia waktu itu. Tapi nasib malang menimpa Mahmud. Suatu hari semasa hendak pulang ke sekolah (kalau aku x silap) dia ternampak satu kejadian kebakaran. Oleh kerana berhati mulia, dia membantu menyelamatkan seorang mangsa di dalam rumah tersebut, malang tidak berbau, dia tidak sempat keluar setelah menyelamatkan individu terbabit. Hasilnya dia ditimpa atap dan kayu2 yang membahang panasnya. Dia tidak dapat berjalan dan terpaksa menggunakkan kerusi roda sepanjang hayatnya. Fuh, sangat panjang jika ku ceritakan. Tapi Berarak Memori Jingga merupakan tajuk salah satu hasil seni yang Mahmud lukis. Kalu aku sik salah ingat lah.

p/s : : Wah, aku nak molah pendek. Alu melelat cetaku tek. hahaha. Aku ingat da cgek ceta ya, tapi nak aku ingat 'KEDAI BUAH-BUAHAN JOHAN' jak.

aku sik maok NANGIS GA #3

Episod :: Ruang ke-6


aku telah ditag oleh saudari Aidalina sekali lagi. oleh kerana punya masa lapang nan terluang, jadi tanpa segan dan silu akan ku selesaikan misi ini sepenuh hatiku.
Instruction:
1) Go to your photos folder in your computer.
2) Go to the 6th folder of photos.
3) Go to the 6th picture in that folder
4) Put the picture on your blog and description of it.
5) Invite six friends to join the challenge.
6) Link them in your blog and let them know they have been challenge.
ya rakan dan taulan. seperti yang sedang anda perhatikan, setelah aku mengikut segala arahan yang dinyatakan inilah hasilnya. menarik dan penuh seni sekali bukan.? biarlah ku ceritakan serba ringkas bagaimana gambar ini diambil. pada petang itu, aku, ogent dan jaha berkelana tanpa arah tuju. hendak ke sibu sudah lewat, jadi kami 'round-round' dan singgah sebentar di sini. kesempatan ini juga kami ambil untuk membuang hadas kechil, merokok, ambil2 gambar dan memerhatikan budak-budak main futsal di situ. di sinilah spot skate kami suatu masa dulu. di sinilah tempat kami bertukang, melepak dan sebagainya. di sinilah juga aku, saudari adifingers dan izar membuat eksperimen hasil2 grafiti. dulu di situ masih ada kayu untuk duduk2 dan main noseslide dan sebagainya.
Tapi kini. . .seperti yang dapat anda lihat tiada lagi kayu di situ. tempat ini juga merupakan pusat untuk aktivit-aktiviti riadah dan sosial seperti minum cap apek riang ria, menghisap inhalan menarik bulan, ngebow tersengih manja, dan juga berenderk memateri memori bersama. dapat kita perhatikan juga nukilan SCREMO pada dinding di atas. kehebatan penangan emo scremo yang melanda dunia kini telah menukar sebilangan remaja di sini untuk menjadi Edward Cullen versi emo.memang macam drakula kalau kamu tengok. nukilan ini mungkin dihasilkan oleh sesetengah individu yang mekar chentanya atau pun individu yang muncha berdarah hatinya. hmm, memang betul2 SCREMO.
p/s :: untuk pengetahuan, saya tidak nongkrong Twilight. hanya pernah mendengar kejambuan edward cullen dari gadis2.
saudara odel madah dia gay. hahaha.
( 6 orang yang membawa panji seterusnya ialah think, amizonema, 1kcl, vivian, apijah dan marcella. )

Sunday, March 1, 2009

Skateboarding is all about having fun (Part II)

Part II : Taman Indah Selalunya Sekejap Menghilang
Scene kami semakin berkembang. Dari situ kami semua bergotong-royong untuk membina fun box, rail dan launcher untuk mempelbagaikan lagi kemudahan-kemudahan yang digunakan untuk bermain. Kadang-kadang pondok menunggu yang terdapat berdekatan spot kami bermain itu dijadikan tempat bertukang. Pernah sekali kami bertukang di belakang rumah sewa Ujang skate, berdekatan kawasan perumahan saudari Bai. Apabila siap funbox tersebut kami tidak punya kenderaan khas untuk mengangkut funbox tersebut. Akhirnya kami bergotong royong mengangkut funbox itu dengan hanya berjalan kaki, melalui kawasan pendam perkuburan cina di belakang flat polis itu kerana ianya merupakan jalan pintas untuk ke Bukit Belok. Hasil kerja kami bolehlah dibanggakan. Ini kerana kami amat mementingkan kekemasan dan ketelitian. Sikda molah kerja cincai2 lah kiranya tek. Untuk membuat rail, ada jugalah rail2 yang kami sembat di tepi2 jalan pada waktu itu. Bekalan kayu pula, pintu almari baju saudara Ogent dan kayu2 bekas katil di bawah rumah saudara Hamzah pun kami rembat. Dia cakap tidak digunakan lagi. Kepelbagaian box dan rail kami juga memudahkan kami untuk mempraktikkan skill bermain papan selaju. Ada rail pendek, sederhana pendek dan tinggi. Fun box pun begitu.
bergotong-royong mengangkut rail

Kadang-kadang kami jemu untuk bermain di satu spot sahaja. Jadi kami berusaha untuk mendapatkan spot2 yang menarik dengan permukaan yang licin agar lebih mudah untuk kami bermain. Antara spot-spot yang pernah kami duduki ialah, Dewan Perdana Sk Abg Amin, Sekolah Lamak, Court Tenis sebelah Pejabat Daerah, Luar Court Tenis, dan kemudiannya menjadi penghuni tetap di spot lama iaitu berdekatan pendam cina itu. Kami terpaksa berpindah dari Dewan SKAA kerana masalah puntung rokok yang mengarey cya ctok. Sekolah lamak, barang kmk orang habis dihancor oleh penghisap2 GAM! nang jahanam dak tok. Court Tenis ya kmk orang dihalau sebab court ya terpaksa dibaikpulih. Time court ya tengah dibaikpulih dolok nang best main cya. Nang lcin. Penanda ngan tali nak dah diengkah kontraktor cina di cya ilek jak mek orang ncabut nya. hahahaha. last2, alu DIHAMBUS keluar court ya barang skate mek orang. Court ya alu dikunchi! alu lah mek orang main luar court ya, kecik da jak tempat ya. Tedah nangga mek orang mpun. Aku tuk tek alu naip. lam bahasa ibunda~ hahaha.

dari kiri : ijan, rogi, harm, ogeng, dino, aku

Disebabkan perkara tersebut, kami dengan sebulat suara untuk kembali ke spot lama iaitu di kawasan pendam cina a.k.a terminal bus yang terabai. Dengan menggunakan kereta sorong dan motosikal Legenda saudara Hamzah. Kami memindahkan barangan kami kembali ke tempat lama. Sedih juak ceta tok tek. Selepas itu spot kami tidak pernah berubah. Untuk memantapkan lagi skill2 kami kadang-kadang kami akan beramai2 pergi dan berkonvoi untuk bermain di skatepark Sarikei. Mereka amat bertuah kerana punya skate park yang baik pada masa itu. Selain dapat bersuai kenal dan bertukar2 skill dan trick kami juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Pernah juga aku, saudara Harm, dan Sugeng PONTENG kelas kerana ingin bermain skate di skatepark Sarikei. Di sinilah aku ditimpa kecelakaan gara-gara nak molah last trick! Sakit, amat sakit.
Walaupun begitu skatepark kami ini pernah digunakan untuk skatecomp Rakan Muda. Saudara Ogeng telah diamanahkan oleh oleh salah seorang guru kami semasa di Tingkatan 6 untuk mengepalai projek ini tanpa diberi sesen wang ringgit (rasanya). Nanti aku ceritakan lebih lanjut dalam part III. Bersambung.