Saturday, February 28, 2009

story of a lonely guy


Semalam.

meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga.

gembira.

Hari ini.
kesunyian kembali.
family sudah balik ke Kuching semula.
Jadi aku ambil keputusan untuk memecahkan kesunyian pagi Ahad yang syahdu ini.

.
.
.

.
.
.





Memecahkan kesunyian dengan bingitan yang keluar dari Squier kesayanganku.

Memainkan kembali lagu-lagu Blink 182 dari album Take Off Your Pants & Jacket.

Ini merupakan album terbaik mereka bagi aku.

Trio ini kembali bersatu dan aku tak sabar menunggu album terbaharu mereka musim panas ini.



Thursday, February 26, 2009

Skateboarding is all about having fun (Part I)

Part I : Papan Selaju.


Aku tiba-tiba terfikir untuk membuat entri khas ini bila membaca entri saudari Arisa sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua, pada suatu masa dahulu, wujud sebuah scene skateboarding yang cukup meriah di Bintangor. Biarlah ku cheritakan serba sedikit mengenai kemunculan terawal scene skateboarding di kawasan ini. Menurut sumber yang ku perolehi suatu masa dahulu, Duanskate merupakan antara manusia terawal yang bermain skate di bumi Bintangor. Tapi tidak lama selepas itu dia berpindah dan menetap di Sarikei. Kemudiaannya Saudara Rogi yang pada masa itu menuntut di Sekolah Agama d Kuching telah membawa permainan tersebut ke Bintangor. Pertama kalinya dalam hidup aku, aku melihat manusia bermain papan selaju ini di Dewan Perdana Sk Abg Amin. Aku di tingkatan 2 jika aku tidak silap. Aku hanya pernah menonton permainan ini dimainkan oleh Marty dalam filem Back to the Future.

Pada masa itu, aku hanya menonton dari tepi sahaja. Menonton mereka membuat aksi BLUNT! Pernah juga semasa aku melepak di Sarikei dan menonton saudara Dwan dan rakan-rakan skate terawal Sarikei bermain skate di sebelah kedai Bata berhadapan dengan Dragon Inn. Saudara Dwan bertanya kepada aku, " Apa trick main miak Bintangor nek tok". Aku dengan selambanya menjawab, "cdak main blunt nek tk". Aku tidak pasti apakah reaksi saudara Dwan ketika itu. Tapi yang pastinya aku pada masa itu sudah pun cuba mengollie2kan diri dengan menggunakan papan selaju. Sebenarnya apa yang disebut Blunt itu ialah Nosestall sebenarnya. Hahaha.

Kemudiannya aku dan saudara Ogent membeli papan selaju pertama kami berdua di Ngiu Kee Sarikei dengan ditemani ayahanda beliau. Menggunakan skateboard supermarket terlebih dulu untuk bermain ollie dan buat blunt. Pada masa itu dewan tersebut cukup meriah dengan banjiran remaja-remaja yang berminat untuk bermain papan selaju. Akibat terlalu asyik bermain nose stall, habis patahlah nose deck ngiu kee ku tersebut. Truck deck ngiu kee eboh kira gik lah. Main sampe wheel nya hangus berkecai! Tiba di suatu masa scene tersebut senyap seketika. Dan ianya kembali aktif penghujung tahun 2002 kalau aku tidak silap.

Saudara Rogi dan Ijan yang kembali dari Bintulu telah mengumpul muka-muka lama yang berminat untuk bergelumang dengan skateboarding sekali lagi. Di antara muka-muka yang bertanggungjawab mengembalikan scene ini ialah, Rogi, Ijan, Ogent, Harm, Dino, Ben dan Aku.
Kesemua trick yang kami pelajari adalah hasil usaha dan eksperimen kami sendiri. Kerana pada masa itu bekalan video dan otai-otai pro yang adalah kurang sekali. Bangku kantin sekolah Kai Chung dijadikan tempat untuk belajar boardslide. Satu deck kongsi sepuluh ORANG! Kasihan sungguh. Terminal Bas Bintangor yang diabaikan merupakan port pertama kami menagih ilmu bermain papan selaju. Pernah suatu ketika, entah apakah mimpi budak-budak pada hari itu, tempat itu memang penuh! Sungguh sempit tapi happening. Hinggakan saudara Asyura dan E E turut membawa deck masing-masing biarpun deck Ngiu Kee. Pada masa itu, istilah POSER tidak wujud dalam scene kami!
Nampaknya kali ini kami memang serius. Saudara Ogeng sudah pun membeli deck pertamanya yang bukan deck NgiuKee. Kini beliau sudah ada, Powell Blank warna biru. Tidak lama selepas itu, aku turut serta dengan membeli Powell Blank warna coklat. Bilangan deck bertambah dan masing-masing berusaha untuk mencapai tahap skill individu yang diingini. . .( bersambung). . .

the weight of my decisions were impossible to hold


Nampaknya perubahan cuaca yang berlaku secara selang seli antara panas dan hujan mencorakkan lagi warna-warni dalam kehidupanku seharian. Aku agak sedikit sibuk kebelakangan ini. Tapi sekarang aku punya banyak masa untuk memblog. Apa khabar anda yang membaca paparan ini sekalian? Aku harap agar kamu semuanya sihat sejahtera hendaknya.

Berdasarkan pembacaan blog sekali imbas yang kulakukan sebentar tadi, nampaknya beberapa individu mengalami depresi dan komplikasi. Adakah perubahan bulan perchentaan (Febuari) yang beransur-ansur hilang kini membawa bahana kepada beberapa individu? Secara umumnya, Febuari dianggap sesetengah golongan sebagai bulan yang loumantic. Tapi bagi sesetengah golongan pula, mereka menganggap Febuari sebagai bulan yang kurang harinya. Iaitu 28 hari saja tahun ini (jika aku x salah perkiraan).


Aku pun tidak lari daripada perkara-perkara sebegitu. Aku agak sedikit tertekan beberapa hari ini kerana banyak kerja yang perlu ku selesaikan dalam tempoh jangka waktu yang agak singkat. Sehinggakan aku kurang berselera untuk memblog. Sepanjang tempoh tersebut aku telah melakukan beberapa aktiviti untuk meringankan sedikit depresi yang aku alami itu. Di antara aktiviti yang ku lakukan ialah menghisap rokok 100% hasil hutan. Di daerah ini amat sukar untuk mendapatkan bekalan sebegini tapi mujurlah aku punya seorang pembekal yang tidak putus bekalannya. Aku akan menuju ke lokasi yang sama jika aku ingin menghiburkan hatiku. Tidak perlulah ku nyatakan lokasinya. Di sini, aku berasa agak tenang dan selesa kerana gelak tawa dan ha ha ha yang ku dengar sedikit sebanyak mencheriyakan diriku. Apatah lagi, berborak-borak sambil menikmati hidangan yang spesel. Memang mencheriyakan! Yang di tunjukkan itu Grad A punya hasil alam. Yang bawah itu Grad C punya.



Hari-hariku di tempat bekerja juga dicheriyakan oleh seorang jururawat pergigian yang chukup manis! Di sini juga aku turut bertemu dengan seorang uncle yang sama berkhidmat dengan pasukan tersebut semasa aku masih bersekolah. Dulu aku masing pelajar. Kini aku sudah besar. Dan boleh hisap rokok bersama-sama pulak itu. Aku lupalah nama beliau. Sambil berborak-borak dengan beliau mataku akan memerhatikan adik manis tersebut. Mungkin dia bukan adik lagi, mungkin juga kakak manis. Aku terus tertanya-tanya, mengapakah aku tidak menyedari wujudnya jururawat pergigian yang chukup manis di daerah ini. . .


Pendapat aku mengenai kemanisannya wajahnya turut mendapat tanda setuju daripada rakan sekerjaku. Dia yang baru sebulan bertugas di Sarawak mengakui bahawa di Sarawak terdapat banyak gadis yang lawa-lawa a.k.a chantek menawan hati. Disebabkan perkara inilah, bakal ibu mertuanya mempercepatkan tarikh perkahwinannya kerana takut da tertarik dengan gadis Sarawak pulak. Dia juga menceritakan bagaimana jiran di kampungnya yang bakal melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lagi tiba-tiba tidak jadi berkahwin gara-gara si lelaki yang terpikat dengan gadis Sarawak. Memang menarik ceritanya, aku tak ingin bercerita panjang lebar mengenainya, tapi apa yang penting, NIAT. Kami berdua mengangguk tanda setuju sambil memerhati jururawat manis tersebut.


Hari ini, aku agak sedikit free. Kebanyakkan masaku dihabiskan dengan tidur di atas meja ku sambil kadang-kadang aku terbangun dan memerhatikan sekeliling. Meneguk sedikit Nescafe dan kemudiannya bermimpi kembali. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata hikmat seorang sahabat, "banyak dugaan time darah manis, kita manusia biasa"

Hasil Karya Arisa 100%.

(aku copy and paste 100% dari saudari arisa. Satu entri yang menyentuh hati)
Tajuk Karangan : Aku dan Ya Maulana
Penulis : Arisa

Aku ada seorang kawan bernama Maulana atau Ya Maulana (YM). Kami sama sekolah dan sama juga menlanjutkan pelajaran di UNIMAS. Kami juga sama fakulti. Pernah juga sama kelas. Dulu, YM suka datang lambat ke kelas. Pelajar lain sudah lagu Negaraku, YM baru nak datang dengan konco2 baju eskimo. Dulu, YM suka main skateboard. Kini, YM suka main apa? PSP?
Dulu, masa masuk unimas, aku yang belikan YM borang PTPTN dengan harga RM5 sebab YM datang lambat. Dulu jugak, rambut YM panjang!Dulu, masa sekolah..orang cakap aku kembar YM. Sebab orang cakap muka kami seiras. Mungkin kami ada persamaan iaitu 'Chinese Look'. Betul ke? Dulu, Sebok je orang bertanyakan kembar aku ni selepas kembar aku ni berjaya memukau peminat dengan lagu Linkin Park secara LIVE! (apa lagu ko dolok? one step closer? In the End?)
Kisah dulu-dulu memang banyak. Aku pun tidak tahu nak cerita. Mari mulakan cerita bergambar.


Actually, banyak lagi gambar kandid bersama semasa terkayo2 di waktu malam di Kuching. Ingat sik liq kita sebenarnya mok ngetest cam ok ka x? Tapi jadi juak gambar ya.Pada malam itu juga YM dengan sukarela menemankan aku dan rakan balik hotel dimana tempat kami menginap. Aku masih tidak familiar area tersebut. Untuk dasar keselamatan kami cix2 yang hot. Hehehe...Kawu la Hero Tamil Pujaanku Dolok! HahaaaaaaSeperti yang dijanjikan..aku akan uplaod lakaran gratis YM yang bersemadi di dalam buku panduan FSKPM aku. YM pernah meminjam buku ni dan hampir menjadi hak milik kekal. Sehinggalah aku menagih dan mendesaknya mengembalikan buku tersebut!




Gambar rajah 1 : Lakaran sik jadi kali..ngetest mata pen ya ngam ka sik k lukis...


Gambar rajah 2 : Boleh tahan hensem katon tok..nasib jak katon..mun x..??

Gambar rajah 3 : Kedak nya mpun jak katon ya..serabai..

(kredit kepada Arisa kerana entri anda ini sungguh menyentuh hati saya. Teringat saya kisah-kisah silam semasa berada di tingkatan 6. hahahahaha. Lagu tema : Suneohair - Split )

Saturday, February 21, 2009

10 Filem Musim Panas Wajib Tonton 2009 Pilihan Saya.


2009 menjanjikan pelbagai filem-filem menarik untuk ditonton. Setelah puas melayari laman web youtube sebentar tadi, aku bercadang untuk membuat pilihan 10 filem wajib tonton 2009 berdasarkan trailer-trailer yang telahku tonton. Tanpa melengahkan masa, di sini aku persembahkan 10 filem pilihan sirap yang bakalku tonton pada musim panas 2009.

10. Night at the Museum 2

9. Harry Potter & Half-Blood Prince

8. Land Of The Lost

7. Star Trek

6. Fast & Furious

5. Watchmen

4. X-Men Origins : Wolverine

3. Terminator Salvation

2. Transformers 2 : Revenge Of The Fallen

1. Dragonball Evolution

Hmm, nampaknya pilihan filem di atas banyak kepada filem bergenre Sci-fi. Ada juga Harry Potter dalam senarai di atas ya? Hahaha. Sebenarnya banyak lagi filem-filem menarik yang bakal dirilis pada tahun ini seperti 2012, Friday the 13th, Push, GI-JOE : Rise of Cobra, Jurassic Park IV, Avatar, Funny People, Shutter Island, Defiance dan Public Enemies. Apa yang ku senaraikan sebagai 10 pilihan di atas sudah punya trailer rasmi di youtube. Jadi, apa pula filem pilihan kamu?

*Jika filem ini diriliskan di pawangam bolehlah aku menontonnya di pawagam berhampiran.
Tapi jika tidak dirilis pun, DVD cetak rompak kan ada, Blu-ray pun dah ada pirate sekarangkan?Selamat Berhujung Minggu Semua! =]

Friday, February 20, 2009

aku sik maok NANGIS GA #2


Sekali lagi saya telah ditag. Kali ini oleh Saudari Aidafazura. Dengan masa yang terluang marilah kita bermain kepong-Ga sekali lagi. Ayuh...kepong jangan tidak kepong. FlashMan!!

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Tag 10 person.

1. What is your name : Alic
2. A four letter word : Aman
3. A boy's name : Abon
4. A girl's name : Ajiema
5. An occupation : Askar Soldadu
6. A color : ANPA Color
7. Something you'll wear: Angels & Airwaves T
8. A food : Asam Payak
9. Something found in the bathroom: Air
10. A place : Afrika
11. A reason for being late : Agik nunggu kawan
12. Something you'd shout : Adooohhh!
13. A movie title : American Gangster
14. Something you drink : Ali cafe (sambil nunjuk isyarat tgn k?)
15. A musical group : Autopilot Off
16. An animal : Asuk Gung Gung
17. A street name : Abang Ali
18. A type of car : Aston Martin
19. Title of a song : Am i missing

Baiklah...Selesai sudah. Giliran saya pulak mengetag ya. 10 orang itu ialah Raja Petra, Anwar Ibrahim, Think, 1KCL, Marty Mcfly, Doc Emmet Brown, Darth Vader, Luke Skywalker dan Marcella Nabau Keli.

Thursday, February 19, 2009

the sunshine above the weather

Pagi tadi hujan turun dengan sangat lebat, jangkauan penglihatan cuma 5cm. Kelajuan jentera hanya dihadkan kepada 40-60km/j sahaja. Memang berbahaya kepada kenderaan-kenderaan kecil. Pagi semalam cuaca amat indah sekali. Dari jauh dapat ku perhatikan matahari yang sedang naik memancarkan sinar sang suria yang hebat sekali. Lagu beneath the burning tree dari FFAF yang mengiringiku pagi semalam sudah cukup memberikan aku satu pagi yang cheriya untuk pergi bekerja. Tiada depresi, cuma senyuman yang terukir di bibir.


Sehari sebelum hari semalam, aku telah dijemur seperti sotong bakar dan ikan masin di tengah-tengah padang bolasepak. Ini kerana aku terpaksa mengadili pertandingan tersebut. Memang panas. Bermain bola sepak pada pukul 12.30 di mana matahari berunjam di atas kepala sudah cukup membuatkan diriku tidak senang berdiri. Air mineral bertalu2 disumbatkan ke dalam mulut. Ini baru bahang yang terasa bila mana matahari berada beratus ribu kilometer dari bumi. Belum lagi ianya berada sejengkal di atas kepala. Jauh2kan lah~ Temasya yang berakhir tepat 4.15 petang itu membuatkan kulitku terkena bakaran sinaran mentari. Topi apek kebun yang aku guna juga tidak bekesan.

Agak kasihan aku melihat rakan sejawatanku yang bakal mengakhiri zaman bujangnya Mac ini. Dia turut menjadi sotong bakar pada hari itu. Dia bercadang untuk mengembalikan kecerahan kulitnya menjelang hari bahagia. Hari ini, aku memperkenalkan Dempo Cream, Krim Ekstrak Bengkuang yang aku beli secara dipaksa daripada akak promoter tempoh hari kepada rakanku. Aku sebenarnya tidak bercadang untuk membeli krim tersebut. Tapi oleh karna aku memerlukan sunblock untuk hari pemanggangan tersebut. Aku ngetest sahajalah. Akak itu bagi aku sebotol free. Aku suroh dia test sajalah. Malamnya pula aku bercadang untuk tidur seharian setelah puas dijemur. Malangnya, aku leka berperang sehingga tidak sedar jam menunjukkan tepat 1.30 pagi. Agak alpa dan leka dek keseronokan memerintah askar-askarku untuk pergi berperang. Kesannya boleh aku lihat pada keesokkan harinya. Mataku memang tidak dapat dibendung lagi. Dunhill 14 yang ku hisap bersama sirupan Nescafe pun tidak membuahkan hasil menyegarkan mataku. Tanpa mempedulikan orang di sekitarku, aku berpura-pura melanggokkan kepala di atas meja sambil eksyen2 menulis tanda bekerja, dan akhirnya aku pun terlelap untuk beberapa ketika. . .

Inilah akibatnya jika tidak cukup tidur. Hari ini aku tidak bercadang untuk tidur petang pula, kerana seorang sahabat mengatakan bahawa tidur siang boleh mengundang bentat. Anda tahu apa itu bentat? Jika tidur siang dalam keadaan panas yang membahang juga kurang baik untuk kesihatan. Saudara Think ada menyarankan untuk tidur siang tidak lebih 2 jam jika mau senang tidur malam. Jadi aku bercadang untuk membaca entri rakan2 sebelum pergi berperang bersama askar-askarku. Sinaran mentari yang menyinar bagaikan memberikan seribu ketenangan dan harapan kepada askar-askarku. Jika kalah pun, aku boleh load balik game tersebut dan mencanang kembali strategi yang bisa membuahkan kemenangan. Tapi di dunia insan, peluang yang ada kadang-kadang datang hanya sekali. Tiada pause, save point & load game.

Monday, February 16, 2009

aku sik maok NANGIS GA!

Saya telah ditag oleh Supermama. Jadi untuk tidak mengecawakan kaum2 Saiya di planet bumi. Saya akan cuba menyelesaikan misi ini. Mari main Kepong Ga!

WHOEVER WHO GETS TAGGED HAS TO WRITE 10 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED HIM/HER


SuperMama.


1. Dikenali ramai sebagai Supermama.
2. Kini menetap di Bintulu.
3. Tak lama lagi akan menetap di Sibu pula.
4. Seorang yang produktif. Sbb saya nangga supermama byk anak. haha
5. Ada parabola di rumah.
6. Kazennya dapat baby berat 4 kilo lebey.
7. Nya madah muka nya serius. Saya cakap usah serius.
8. Keja ngan Forest.
9. Jirannya da nginang ManOk.
10. Pernah menasihati saya agar jangan nganok mpuan muka bercepak...mpias kelak.

THE PERSON WHO GOT TAGGED HAS TO WRITE 10 THINGS ABOUT HIMSELF/HERSELF

1. Namaku Cursive (bukan nama sebenar)
2. Pendiam dan pemalu orangnya.
3. Makanan dan minuman kegemaranku : Asalkan Halal.
4. Punya binatang peliharaan. Seekor kucing (Shiro) & Arnab (Fooly Cooly).
5. Hobiku kini mencerap langit.
6. Suka berimaginasi.
7. Rabun jauh.
8. PSP teman sebelum tidur.
9. Belum punya teman istimewa.
10. Seorang yang membosankan.

Baiklah. Selesai sudah. Saya tak nak TaG sapa2. Takut da orang nangis ga kelak. =]

Memori Minuman & Aku.


Bahang kehangatan yang kian terasa kini amat menjerihkan. Di saat ini, sekiranya mendengar lagu Hopefalls atau pun band yang sewaktu dengannya sudah tentu mati kering begitu saja. Bagaimana dengan kalian semua? Tidak terasa panas ka? Atau pun kenapa tutup bawah itu? Bawah itu sejuk ka? Mungkin anda sekarang berada dalam kondisi yang berekon. Di saat berlakunya perubahan cuaca ini, aku berharap agar kalian semua menjaga kesihatan kalian. Sambil menikmati sirap laici ini dan mendengar lagu dari Cinematic Sunrise, tiba-tiba aku teringat kenangan silam suatu ketika dahulu...begini kisahnya...


Suatu masa dahulu. . .


Hari itu, selepas selesai berkugiran bersama rakan-rakanku di JoyJammingStudio, kami duduk menikmati minuman untuk menghilangkan dahaga setelah sejam setengah kia kaong dalam studio itu. Rakan-rakan itu terdiri daripada Adifinger, Max, Sugeng, AfiQ dan jemputan khas Dedek (kazenku). Aku memilih untuk minum laici hari itu. Sementara menunggu minuman dihantar, kami mengepak Max. Ini kerna akibat celak mata yang di sinsatnya ke dibah, seperti meniru gaya-gaya penggiat muzik emosi pada waktu itu, membuatkan matanya seperti lebam kenak tumbok. Kasihan juga melihat Max hari itu, asyik dipak saudara sugeng sahaja. Memang tiada belas kasihan lansung. Ini disusuli gelak tawa aku dan gelak tawa tanpa batas adikku si AfiQ. Mun tetak nang sik da lalek orang gik lah. Manakala ketawa kawalan yang dipraktikkan oleh saudara Adi memang efektif. Dia ni jenis ketawa bersopan.


Ketawa sudah, berdekah2 sudah, reguk pun sudah aus. Pakcuk pun sudah menghantar minuman kami. . Minuman laici kegemaran dihadapan ku. Tak sabar nak meneguk cairan jisim dan jirim tersebut. Tapi, agak sedih ku melihat apa yang terhidang di depan mata. Rupa-rupanya air laici yang ku order PUNYA perisa tambahan. Ini bukan yang aku order. Ini air laici kaki lepeh!. . .kelihatan kaki lepeh a.k.a lipas itu beralun-alun ke kiri dan ke kanan gelas tersebut mengikut kocakan air yang seiringan dengan tanganku yang memegang gelas tersebut. Aku dengan sopan menyuruh pakcik itu membuat air laici yang sebenar tanpa perisa tambahan. Agak kasihan ku melihat pakcik separuh abad yang membuat rilisan air ku tadi. Apakan daya, jika semut boleh ku terima, tapi kaki lepeh tidak sekali.


2 tahun yang lepas. . .

Sudah menjadi kebiasaan penghuni kolej menonton drama-drama bersiri yang mudah di dapati dari member-member yang suka mengdonlod2 ini. Aku tidak terkecuali. Malam itu, aku menumpang di bilik kolej kawanku untuk menonton movie2 terhangat masa itu. Sudah menjadi kebiasaanku, menonton muvie mesti disertai milo panas. Milo tersedia, muvie sudah terpasang dan lampu sudah ku tutup. Aku duduk di depan paparan monitor LCD tersebut dan menonton tayangan dengan kusyuk sekali. Sesekali aku meneguk milo panas sambil mataku tertumpu pada muvie tersebut. Aku menonton lagi. . .menonton. . .dan menonton. Oleh sebab kelesuan, aku membuka lampu dan keluar dari bilik itu untuk beberapa detik. Take 5 sekejap. Okey. Mari sambung semula. Aku terus mencapai milo ku. Ku teguk sedikit dan kemudian aku perasan ada sesuatu di dalam minumanku.


YAHHHHH!!!! kali ini bukan kaki lipas, kali ini SEEKOR LEPEH di dalam minumanku! Lantas aku meludah2 dan cuba untuk mengeluarkan minuman yang ku minum dengan meletakkan jari ke dalam rekongku. Amat menjijikan perasaanku pada waktu itu. Bila kah masanya lepeh itu berada di dalam milo panas ku? Adakah sepanjang masa ku bergelap di saat ku kusyuk menonton filim tadi? Adakah milo yang ku teguk tadi punya perisa lipas di dalam nya? Aku sedia maklum bahawa lepeh ini binatang yang kotor. Damn it! Bekas penyerang skuad bolasepak Sarawak suatu masa dulu iaitu Affendi Julaihi pernah mendapat gelaran Lipas Kudung Sarawak kerna kelincahan beliau di atas padang. Beliau juga pernah digosipkan bersama Amy Mastura! Tetapi seekor lipas di dalam milo panasku, merupakan satu mimpi ngeri.

Beberapa hari yang lalu. . . .


Selepas menonton satu majlis keramaian bersama Wak Sugeng, aku balik ke rumah dan tidak sabar untuk bermain game di PC ku. Sudah menjadi tabiat ku untuk mengumpul cawan bekas minuman ku di atas meja PC ku. Kadang-kadang bila sudah ada 5 atau 6 gelas di atas meja itu, baru aku bawa ke tingkat bawah untuk dibasuh. Beginlah kehidupan membujang. Baiklah, perlu ada ruang yang selesa baru, feel main game pun best. Aku pun mengumpul cawan dan gelas2 minuman ku. Baru jak ku nak angkat satu gelas itu, tiba2 air lebihan dalam gelas itu berkocak luar biasa!


Ku jenguk ke dalam gelas itu, SHIT!!! Seekor cicak sudah mandi berendam dalam teh 3 in 1 itu! Aku memang anti dengan cicak. Apatah lagi melihat cicak dalam keadaan sebegitu! Bisa mambuatkan bulu romaku terangkat. Untuk mengelakkan cicak itu tiba2 keluar dan menjalar di atas tanganku, ku ambil baju dan ku balut pada keseluruhan tangannku. Dengan ini, aku tidak akan merasa cicak itu enjelik nanti. Bila saja ku nak menyentuh gelas itu, cicak itu tiba2 melompat keluar dan berlari langkah seribu. . .fuh~ nasib ku agak baik. . .Selepas kejadian itu aku berjanji akan membasuh terus gelas yang aku minum. Tapi mungkin tidak, kerna semasa entri ini ditulis, ada empat igek gelas di atas mejaku. hahaha.

Sekian.

Saturday, February 14, 2009

God of War III (PS3)


Kratos. Ada di antara anda yang mengenalinya? Bagi gamer-gamer tegar PS2 dan PSP mesti kamu lebih mengetahui siapakah itu Kratos. Ya. Tepat sekali. Bagi yang tidak mengetahui, secara ringkas Kratos merupakan watak utama dalam siri God of War I & II (PS2) dan God of War : Chain of Olympus (PSP). Salah satu daripada game-game terbaik yang aku main selain FF, Metal Gear Solid dan Persona. Kini Kratos datang lagi dalam God of War III! Wowowowo.



Aku ceritakan sedikit pengalamanku bermain GoW suatu tika dahulu. Untuk pengetahuan kalian, aku menghabiskan God of War(GoW) II terlebih dahulu kerana aku agak lewat untuk mengenali abang Kratos ini. Sebaik saja aku meletakkan disc game tersebut ke dalam konsol PS2 ku...wahhhhh~ Grafik yang cukup dasyat, persekitaran bermain yang mega luas, aksi berlawan yang cukup memunchakan darah, jalan cerita yang menarik, dan kamu pasti terkejut terhadap apa yang bakal kamu tempuhi seterusnya dalam game tersebut.



Aku sendiri pernah bermain seharian suntuk dari tengah malam, sehingga terbit sinar matahari, berhenti sekejap untuk bersarapan dengan adikku yang hendak ke sekolah, kemudian menyambung semula game tersebut. Bila kepala dah pening, aku bergegas mencari save point. Tidur dan apabila bangun dari tidur aku mulakan lagi pengembaraanku bersama abang Kratos. Agak indah suatu ketika dahulu, boleh bermain game sehingga lewat malam. Kini, agak susah untuk ku menikmati keindahan sebegitu lagi.


Semasa melayari laman web youtube sebentar tadi, aku mendapati bahawa trailer untuk God of War III sudah keluar. Fuh...meleleh air liur jak saya nangga. Gila best mun dapat layan game tok. Silalah melayan trailer game ya di bawah tok ok? Mantap!


video

Friday, February 13, 2009

Nabau : The Legend !?

"ku nak nulis lam blog, nius pasal nabau itu bohong"


Kamboh cgek Sarawak dengan cerita ular besar ini. Info tok aku dapat dari seorang blogger - Inbliss. Klik link dibah tok mun kamu semua nak nangga nabau yang sejibik macam dalam Utusan Sarawak itu.


http://www.youtube.com/watch?v=4oeE23DjrFc&feature=channel#


Gambar Nabau itu bolehlah kamu semua perhatikan bermula saat ke 10 hingga 13. Video tok dah keluar tahun 2007 dolok. Aku malas mau cakap banyak-banyak. Ala sudi-sudikan. . .

Wednesday, February 11, 2009

Waiting on the world to change

Musim kemarau nampaknya menjelang tiba. Lagu Empire of the sun-Walking on the dream telahku pilih sebagai lagu tema musim panas tahun ini. Aku sekarang berada dalam kondisi yang kurang menyenangkan. Selsema, bersin dan suhu yang sedikit panas ku rasakan menyelubungi diriku. Sedikit sebanyak menyebabkan depresi ke atasku akibat bersin yang bertalu-talu. Musim hujan telah berlalu, panas sang mentari pula munchul, kini mungkin ada di antara kita yang mengharapkan hujan turun pula. Kepanasan yang 'something' hari ini membuatkan aku pekena ABC sebaik sahaja bangun dari tidur. Mungkin akibat makan ABC tadi, kondisi badanku kini kurang stabil.



Baru sebentar tadi aku mengetahui sejenis sindrom yang kini merebak ke Kedah dan Selangor. Sindrom yang mula dikenalpasti itu kini telah menular ke kedua negeri tersebut. Sindrom tersebut bisa kita kenali sebagai Sindrom Wakil Rakyat Hilang atau SWRH. Krisis di Perak kini masih belum reda, kini timbul pula kesah kehilangan wakil-wakil rakyat dari dua tempat berkenaan. Macam-macam sahaja. Mungkinkah ada lagi wakil-wakil dari dua negeri berkenaan yang akan melompat si katak lompat sekaligus BN dapat merampas kembali tampuk pemerintahan di kedua negeri berkenaan? Sama-samalah kita saksikan senario ini yang menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi masa kini.



Sedikit sentuhan politik di atas. Masa yang agak terluang sebentar tadi ku luangkan utk membaca blog rakan-rakan. Berbagai jenis ceritera yang dapat ku saksikan dan ku bayangkan dengan otak kurniaan tuhan ini. Ada yang gembira, ada yang menasihati, ada yang mengekspoiltasi, ada yang depresi, ada putus cinta, ada yang membara cintanya, ada yang kasehkan keluarga, ada yang mengembara dan ada juga yang berkongsi informasi. Pendek kata macam-macam ada.


Dengan adanya teknologi seperti ini, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menulis seharian suntuk dalam buku diari lagi. Kini selain mengabadikan saat-saat indah dan suka duka yang kita lalui, kita juga boleh berkongsi 1909 perasaan kita itu dengan dunia. Ada yang prihatin, ada yang memberikan semangat hati waja, tidak kurang pula ada yang mencaci maki (mungkin berguro) dan memberikan komen hingga mematahkan hati penulis-penulis digital ini sehingga memaksa mereka untuk mengeliminetasi akaun diari digital mereka. Aku yakin anda semua tidaklah selemah yang disangka. Biarpun berdepan lawan yang sejuta kali lebih kuat, Son Goku tetap tersenyum. Tidak pernah patah semangat biarpun berdepan Majin Boo yang tidak terhad tenaganya.


Nampaknya aku tidak tahan lagi. Aku nak masuk tidur. Perlu tidur yang cukup baru semangat pergi ke kerja. Wak Sugeng sering berkata begitu. Sebelum tidur aku akan melayan Tony Hawk Project 8 di PSP ku dahulu. Sambil membayangkan diriku tengah bermain papan selaju dengan penuh teknikal dan smooth sekali. 360 flip backside tail to 360 flip out memang aksi pemanas badan sahaja. Jika aku bermain dengan baik dan Tom Delonge tengah menyaksikan skill dan kemahiranku, mungkin silap haribulan aku akan ride untuk Macbeth. Aku mesti terus bersungguh-sungguh!

Tuesday, February 10, 2009

Dragonball: Evolution (Sony PSP)


In Dragon Ball: Evolution for the PSP system, ultimate powers collide as players match up against their favorite characters from the film release and battle for control of the seven sacred Dragon Balls that have the power to grant any wish. Dragon Ball: Evolution employs an easy-to-learn yet difficult to master fighting system which provides everyone the power to pull off stylish and dynamic attacks. Ki (energy) management will be essential to gain the upper hand and unleash a devastating attack on their unsuspecting opponents. (dbthemovie.com, 2009)


p/s :: Dijangka keluar pada April 7th. Tak sabar rasanyakan. Tapi sebelum itu layan gambar Emmy Rosum yang melakonkan watak Bulma dulu. Nang manis~

Monday, February 9, 2009

Bakat!?

Semalam aku tidur agak lewat, semuanya gara-gara wak sugeng yang berceloteh besar panjang mengenai hal kehidupan. . ."mun nak bercerita hal kehidupan, balit umah nun" (fonsui, 2004). Apa khabar semuanya hari ini? Sudah mencungkil sayur dan chilli d celah2 gigi? Jika saudara dan saudari makan sayur cangkok hari ini, berhati-hatilah ketika bersenyum. Takut ada sayor cangkok lekat d celah ghighi. Ditekankan di sini juga, pastikan tiada tahi hidung yang tergantung dlm lubang hidung anda sehingga mampu dilihat oleh orang dan rakan-rakan di persekitaran anda! Kerana sekali tahi hidung tergantung, seumur hidup anda akan dibelenggu tekanan jiwa dan perasaan. Ini pernah berlaku kepada seorang teman, biarlah ku namakan kesah itu sebagai kesah kes "tahi hidung, geografi dan Mary".







Bukan kesah tahi hidung yang ingin ku sampaikan tapi akan ku ceritakan satu kesah yang telah sebati dengan hidupku iaitu komik, lukisan dan fantasi diri. Mungkin ada di antara anda yang dilahirkan dengan bakat semulajadi utk melukis. Ingin ku katakan di sini, aku dilahirkan tanpa bakat utk melukis. Tapi minat tersebut mula timbul lewat tahun 1998, apabila adikku meminjam buku Dragonball bernombor 24-25-27 dengan Farouk. Di situ lah bermulanya aku jatuh cinta mengumpul komik-komik sehingga sekarang. Komik pertama yang aku beli ialah Mutiara Naga no. 27. . .dan dari situ komik-komik tersebut maseh beranak pinak, dan aku juga amat berterima kaseh dgn ibuku kerna sudah memahami minatku itu. Ini kerana ibuku pernah bertindak utk membakar komik2 ini kerana takut aku leka dan alpa dengan pelajaranku. Tapi alhamdulillah. . .kini aku tidak perlu risau lagi.








Selepas diracuni manga Akira Toriyama tersebut, aku timbul minat utk melukis. Aku akui pada awal pembabitan aku melukis dan mencoteng ini, boleh tahan huduh jugaklah lukisan ku itu. Lihat saja lukisan di atas. hahaha. Semasa di tingkatan 3, pernah sekali aku melukis satu karektor dari komik Blues Untuk Aku, dan mendapat pujian daripada kawan2. Bila ku kenang kembali lukisan ku itu, agak meremang jugak lah bulu romaku melihatnya kembali. Aku budak baru belajar pada waktu itu, kalau salah tolong tunjukkan. Pada masa itu, ada 2 orang kawan ku yang ku rasakan mereka memang begitu berbakat melukis. Mereka ialah saudara Adifingers dan Ismail Udin. Kedua2 mereka ini KIDAL. Memang tidak ku nafikan, aku agak sedikit cemburu dgn kemahiran mereka berdua ini. Tapi kecemburuan itu membuatkan kita lebih berusaha, dan janganlah kita patah semangat pulak.






Mereka berdua telah mendedahkan aku kepada komik Slamdunk, hasil karya Inoue Takehiko. Sebelum mengenali Slamdunk, aku sudah pun mula mengumpul komik Juara Bola Keranjang (Dear Boys), hasil karya Hiroki Yagami. Di situ jugalah timbulnya minatku terhadap bola keranjang sehingga pada suatu peringkat aku terpilih utk ke peringkat negeri. Tapi tidak kesampaian, kerana sebaik sahaja tiba di rumah selepas satu kejohanan aku terus disembor oleh ibuku! "Udah gik nak main-main, kau ya nak STPM, lepas tok eboh nak ngekot2 gik orang main ya". Beg yang ku sandang terus ku hempas! terus ku berlari masuk ke bilikku dan mengunci tombol pintu! Aku terus menangis sambil memegang bola keranjang di tangan ku. Impian ku untuk bermain di InterHigh dan menjadi Rokawa Kaede berkecai begitu sahaja! (tapi aku lebih meminati Akira Sendoh). . . (cerita nangis rekaan sahaja agar nampak lebih emosi, hahaha)




Di atas merupakan salah satu daripada lukisan terawal aku. Ini sahaja yang ku jumpa kerana mereka ini ku lukiskan di dalam buku yang ku jadikan diari ku suatu tika dahulu. Sketch book aku kebanyakkan telah ditunok bapaku ketika mengemas rumah. Boleh kamu teka watak siapa yang aku lukis itu? Hahaha. Lemak bukan? Inilah lukisan terawal aku. Semasa di tingkatan 2 rasanya.


Lukisan ini pula aku lukis semasa di Tingkatan 6 dalam buku MUET. Hahaha. Adalah juga sedikit peningkatan. Lukisan ini dilukis semasa keboringan belajar MUET.




Yang ini pulak aku lukis semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pulak. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Semasa menuntut di sini, aku berpeluang berjumpa dengan mereka2 yang seminat dengan aku. Brazil, Madan Dewa dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat merupakan pelajar fakulti seni yang memang ngetop! Ada lagik yang lebeh hebat tapi Madan Dewa. . .budak ini memang gila! Dia juga merupakan seorang sahabat yang baik, pembekal cerita2 dewasa dan komik2 terbaek semasa aku menuntut dan juga seorang pemain drum dan gitar sewaktu jamming2 dahulu.





Yang di sebelah dan di atas pula adalah di antara sketch2 aku yang terkini yang ku lukis semasa bosan di tempat kerja. Kini lukisan aku banyak terpengaruh dengan game-game yang aku main, lagu yang berkumandang, drama tv yang aku tonton dan sebagainya. Ada di antara teman-temanku yang madah, "ilek jak kau melukis", "raget eyh". "lukis ngan kmk lok, ktk terer bah melukis", dan macam2 lagik lah. Aku sik rasa lah lukisan aku raget gilak. Tapi byk lah perkembangan nya mun ditangga lukisan aku masa tingkat 2 dolok ndak? Ada yang benar2 berbakat memang sedari awal lagi lukisan mereka memang dan cun! Tapi aku yang dilahirkan tanpa bakat melukis memerlukan 1998 hingga 2009 dan masih berusaha sehingga kini untuk memantapkan lukisan2 aku. yang aku rasa belum mantap2 lagik. hahaha. Tapi itulah. Persolannya, adakah adik manis berminat dengan nukilan dan hasilan sebegini sehingga mampu menghasilkan bibit perchentaan sejhati di hati? Sehingga berjumpa lagi.

p/s :: Lukisan-lukisan ini aku lukis guna ball pen sahaja. Agak kotor guna ball pen ni, kalau guna pen lukisan khas mungkin lebih baek. Lain kali aku akan bawa dia dalam kocek bajuku.




Saturday, February 7, 2009

we are always running for the thrill of it.

video
Semoga hari anda bermula secheriya lagu yang berkumandang dalam klip video di atas. Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat semuanya.
Walking on a dream
How can I explain
Talking to myself
Will I see again
We are always running for the thrill of it thrill of it
Always pushing up the hill searching for the thrill of it
On and on and on we are calling out and out again
Never looking down I’m just in awe of what’s in front of me
Is it real now
When two people become one
I can feel it
When two people become one
Thought I’d never see
The love you found in me
Now it’s changing all the time
Living in a rhythm where the minutes working overtime
Catch me I’m falling down
Catch me I’m falling down
Don’t stop just keep going on
I’m your shoulder lean upon
So come on deliver from inside
All we got is tonight that is right till first light

Friday, February 6, 2009

Bintulu : Live for nothing or die for something (finale)


26 Jan :: Isnin :: Semalam, dentam dentum bunyi mercun tidak mematahkan semangat kami utk menonton Somtum sehingga habis. Hari ini, aku bgn awal. Aktiviti hari ini ialah mengusha2 alat komunikasi khas buat saudara ogent. Kami mengusha2 kedai telepon2 yang dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang Indon dan Bangla yang rata-rata berpakaian ala-ala vokalis 1997! Aku sudah lupa nama tempat itu, tapi ada sugarbun berdekatan. Saudara ogent akhirnya membeli apa yang dichari dan aku terkejut bila melihat sekumpulan warga Bangla mengusha2 dan akhirnya membeli E-90!! Aku terus menyapa saudara jaha, 'tangga kau, cdak tok mbeli nokia E-90, kalah kita tuk'. Selepas berjaya membeli telefon yang diidam-idamkan saudara2 bangla itu berjabat tangan sesama sendiri! Ini betul-betul berlaku. Ucapan tahniah yang diucapkan oleh rakan-rakan kepada pembeli itu tadi mungkin.



Setelah warga-warga tersebut beredar, kami masuk pula ke kedai itu. Kerna saudara Ogent berminat dengan salah satu nombor Digi yang terdapat di kedai itu. . .aku ingin mendapatkan kepastian adakah benar mereka telah membawa pulang sebiji E-90 sebentar tadi. . .aku pun bertanya kepada amoi itu. Agak cun dan manis orangnya. Biar pun anaknya sedang membantu Ogent meregister nom. barunya. 'tokey, itu orang tadi sudah angkat E-90 ka tokei?' lalu dia menjawab. . ."owh. . .itu China punya owh, sambil tersenyum manis". . .ohhh. . .lalu kedengaran saudara Jaha berkata. . ."kali pake cdak ya nangga 3gp cerita aksi untuk menghiburkan hati yang lara di dalam ladang kali". . .kali juak. . .kami makan nasi ayam di kedai sebelah Public Bank sebelum balek ke rumah.





Petangnya, cuaca agak mendung seolah-olah tidak mengizikan kami untuk menikmati kemeriahan di water front bintulu pada petang itu. Memang tidak dapat dinafikan kemeriahannya. Banjiran manusia yang beriadah cukup menghidupkan suasana di kawasan persekitaran pemandangan yang menghala terus ke laut lepas. Ada yang memancing, ada yang menikmati angin petang, tidak lupa kepada pemain-pemain papan selaju Bintulu yang giat bersukan di situ. Beruntung sungguh pemain papan selaju di Bintulu kerana diberikan spot yang begitu menarik untuk dikerjakan. Di sini kami sekali lagi berjumpa saudara Orkane (disebut Oken). Byk juga saudara-saudara dari Bintangor yang beriadah di sini. Kami tidak lama di situ, setelah hujan mulai merenyai kawasan tersebut, kami pun blah. Sebelum menikmati makan malam, kami singgah sebentar di Sing Kwong, kerna ku ingin membeli kemeja dan juga palam utk pengecasan PSPku.


Destinasi makan malam ini :: Anjung Seri. Persekitaran yang diberikan serupa dengan Seribu Bintang, tapi kami tidak ingin lagi untuk makan di dalam langko kerna takut peristiwa malam itu berulang. Chukuplah sekali. Hidangan malam itu, nasi ayam blekpeper bagiku, saudara Jaha makan nasi goreng (rasanya) dan saudara Ogent menikmati nasi. . .(fancy gilak nama nasi itu, aku pun sudah lupa. Sambil menunggu hidangan terhidang, aku menjamu diriku dengan Bueno terlebih dahulu. Satu perkara yang aku perasan seaktu makan di Bintulu, mun nak order makan mesti cdak tok lambat amik order, membuatkan pelanggan tercangok-cangok sahaja di situ. Tidak boleh lah macam itu, nanti saudara Sugeng membuat tamparan selipar di pipi baru tahu. Tapi kami faham, orang ramai di situ. Tapi jgnlah kami diabaikan lebih 15 minit! Ini boleh mendatangkan marah!



Tiba makanan yang disajikan. Boleh tahan juga makanan di sini. Aku bagi 4/5, kurang 1 poin kerna aku muak melihat rancangan raja lawak yang terpancar melalui skrin projektor di situ. Amir (kalo aku x silap) yang diwar2kan mempunyai faktor X, tidak ubah seperti membuat lawak rombok tuo sahaja. ya dah rombok dah ya~ saudara sugent pernah merasai derita bagaimana olahnya yang teruji-uji mendapat kritikan aih..aih..rombok tua daripada Jeff! hahaha. Derita itu ditambah lagi dengan penyeksaan menunggu hidangannya pada malam tersebut. Tapak a.k.a pinggan aku dan Jaha sudah pun abis lengis dikerjain, siap menikmati kepulan Dunhill lagi. Tapi hidangan makanan belum juga sampai. Saudara Ogent memasang niat utk membuat magik ala-ala Joker dalam cerita Batman, tapi bukan menggunakan pen, tetapi garfhu. Nang luchu.


Akhirnya makanannya terhidang kemas di atas meja. Magik yang ditunggu-tunggu tidak munchul pula. Akhirnya semua tersenyum puas dan kenyang bodo macam ular sabo. Bila kenyang semua terdiam seribu bahasa. Tiada topik utk dibicarakan. Kami balek ke rumah dan melepak-lepak menonton muvie sahaja selepas itu. Aku yang bertekad utk tidak tidur sehingga ke pagi malam itu, akhirnya terbabas juga. Alu tertidur.




27 Jan :: Selasa :: Nampaknya tinggal beberapa jam lagi untuk aku dan ogent berada di Bintulu sebelum kembali ke silent hill. Pagi ini aku bgn awal. Kelihatan saudara Jaha menyediakan keropok lekor utk sarapan pagi ini. Aku rasa hendak makan maggyQ kari pagi itu. Jadi, aku menyediakan sendiri sarapan pagiku, sementara Jaha menggoreng keropok lekor di sebelah. Ogent maseh lagi dibuai mimpi. Setelah terhidang semuanya di atas meja, kami bersama2 menjamu selera pagi pada hari itu. Bila sudah kenyang, kami melepak sambil merokok pula di luar rumah. Jam 4 nanti sudah mau balik. Tapi ada satu misi lagi yang perlu diselesaikan. Belacan Bintulu.



Bila semuanya sudah siap sedia, kami ke market bintulu utk mengusha2 legenda belacan sarawak. Tiada apa-apa yang menarik. Cuma banjiran sayur-sayur, buah asam dan sebagainya. Aku membeli sebungkus belacan, manakala aku juga membeli 2 ketul belacan Ogent jadi 1 sebagai kenang-kenangan dari Bintulu. Bolehlah ku jadikan perhiasan di rumahku nanti. (nang luchu) Misi tercapai. Sebelum balik, kami sekali lagi bercadang untuk pekena Nasi Ayam Salad Uzmana yang legend. Di sini cinta ku mula berputik dengan adik manis bertudung biru di seberang kedai. Respon yang diberikan begitu baik, sehinggakan hatiku berkata 'adakah aku telah menemui chenta sejhatiku?' Oh. . .tidak nampaknya. Nampaknya kedai makan adik manis itu sudah mau tutup. Aku kechewa. Sebelum adik manis itu hilang dari pandangan mataku, dia maseh lagi sempat bertegur sapa denganku, dan aku membalasnya dengan senyuman. Kenapakah di saat-saat akhir baharulah respon sebegini yang diterima? Kenapa tidak 2-3 hari lepas? Adik manis muka bercepak, adik manis jaket jeans dan adik manis di tanjung batu. . . .semuanya tinggal kenangan~ (gambar belacan itu aku pinjam dari blogger yang ku jumpain d google, tapi iras2 macam itu belacan kami)


penulis bersama saudara jaha dan sugeng dalam gambar versi emokidz jaha.


Sebelum balik ke rumah, kami sempat melepak di pantai seketika sambil mengambil gambar kenang kenangan. Akhirnya masanya telah tiba, tepat 3.30 petang, saudara Jaha menghantar aku dan Ogent ke terminal bas angkasa lepas bintulu. Aku dan Ogent akan berangkat menaiki modul transfer chip utk ke dimensi V-intanGOR/ES/&MEN/ANG. Di dalam kereta Jaha, aku memutarkan lagu Inevitable dari Anberlin yang menusuk tembus jiwaku sepanjang berada di Bintulu. Selepas bersalam-salaman dan memberikan ucapan serba ringkas kepada saudara Jaha semoga menguatkan keazamannya sepanjang ketiadaan kami nanti, kami pun mengambil tempat di dalam MTC. Tali pinggang keselamatan telah pun terpasang. Bekalan oksigen penuh. hanya menunggu percikan api utk menghidupkan enjin yang akan menujah kami ke angkasa lepas. . . tepat jam 4 petang, selepas mendapat kebenaran berlepas dari Houston, MTC memecut laju dan memecahbelahkan awan-awan di udara meninggalkan bandar minyak dan gas asli Bintulu, jauh daripada pandangan mata kasar.



Aku dan Ogent tiba tepat di Sibu jam 7++ pm. Maka berakhirlah kesah pengembaraan 3 sahabat di Bintulu. Semoga anda semua mendapat iktibar dan pengajaran daripada kesah tauladan yang telah ku kongsikan bersama kalian. Kami bercadang untuk ke beberapa destinasi lagi. Maseh di dalam perancangan. Mungkin bersampan menyusuri sepanjang sungai rajang, atau pun, berkonvoi menunggang kuda berwarna hitam sahaja ke Kuching sambil berhenti di beberapa destinasi sepanjang perjalanan itu, untuk menungkun api memasak air, mencukur romos dan kumis, seperti watak2 koboi dalam iklan Marlboro suatu tika dahulu. Semuanya maseh dalam perancangan. Namun, apa yang paling penting, bersepakatlah dalam kesepakatan. Sekian, terima kaseh. Bintulu : Live for nothing or die for something (fin.)