Setelah sekian lama, aku kembali. Datang ke sini tatkala kesunyian malam melanda sepi. Membaca kembali karya dan nukilan yang pernah aku coretkan di sini. Bila saja aku membuka semula kunci kepada blogku yang sudah lama ku tinggalkan, aku menjadi 'sakai' dan terkejut dengan perubahan-perubahan yang ada pada blog ini.
Bila kesakaian merasuki diri, perkara pertama yang aku ingin dekati ialah mengubah muka baru untuk blog ini. Aku ubah, ku ubah dan ku ubah, akhirnya ku 'cancel'. Ku ubah dan ku ubah, akhirnya ku 'cancel'. Seterusnya tiada apa yang berubah.
Perubahan yang ada pada blog ini, memberi peransang kepada aku untuk mendekatkan diriku kembali untuk berblog. Kekangan yang begitu besar, sehinggakan aku malas untuk berblog selama lebih setahun ini ialah capaian internet yang maha menyedihkan untukku bernukilan. Bukannya apa, penggunaan broadband di kawasan kediaman ku agak mendukacitakan. Tapi broadband itu telah lama ku matikan. Aku cuma menggunakan talian WEE-FEE rakyat percuma di daerah aku. Itu pun untuk tujuan kerja dan sedikit bermuka bulu.
bersambung. . .







Siangnya aku nonton Knowing. Malamnya aku nonton pula FF4 dengan Wak Sugeng. Sebermula cerita saja dah ada aksi luar biasa! hah! Rasakan! Agak seronok menonton filem ini. Ini barulah Pantas dan Garang! Tekad abg dom selepas kematian kekasihnya memang tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya dengan mudah dia melenyek si Fenix dengan kereta nya tek. Masa last scene itu. Terus urang yang menonton di dpn kami itu menyebut 'bye-bye' bila melihat saja watak pak saok itu penyet dipirit keta. Agak seronok jugalah menonton filim ini kerana tiada part yang membosankan (rasanya). Aku pun malas dah nak naip2 ini. Jangan lupa saksikan sendiri ya. Seronok itu. Mesti anda suka akan watak Braga nanti, percayalah! 4/5! 
