Friday, March 6, 2009

cut & paste


aku harap kalian semuanya baik2 belaka. kepanasan semakin terasa biarpun pagi tadi hujan agak lebat. salam sejahtera semuanya. entri kali ini aku juduli dengan tajuk 'cut & paste'. aku sungguh seronok bila membaca blog abang-abang dan kakak-kakak, saudara dan saudari sekalian. setiap entri pasti dihiasi dengan tampalan-tampalan atau gambar superimpos yang bisa menggeletek jiwa dan raga. situasi ini mengingatkan aku kembali ke tahun 2006-2007, di mana pada tahun itu aku sangat aktif menampal2 gambar sebegini.


Pada masa itu aku sedang melanjutkan pelajaranku hanya di Sarawak, manakala kebanyakkan rakan-rakanku menyambung pengajian mereka ke tanah seberang. Selain bsms dan bertalipon, satu lagi medium yang kami gunakan untuk berhubung dengan lebih mesra ialah Friendster. Dulu aku sangat aktif bermain FS. Tidak seperti sekarang, sudah ada Facebuk, Hi8, Click5 dan sebagainya.



Jadi, sebagai salah satu xtvt untuk menambahkan jahanaman page FS tersebut adalah dengan mengekspoiltasi rakan2. Tidaklah banyak rakan2 itu, cuma perang poster antara aku dan juga sahabat baik aku iaitu wak sugeng. Berbekalkan potosop dan gambar2 internet serta gambar mangsa, maka perang pun bermula. Sugeng pada masa itu sedang menuntut di Shah Alam. Pada masa itu, ada sahaja idea untuk mengekspoiltasi gambar2 wak sugeng. Dia juga tidak kurang hebatnya. Di bawah merupakan gambar2 counter attack yang masih ku simpan kebanyakkannya di photobucket. Kadang-kadang aku akan ketawa sendirian di lab fakulti bila mukaku dijahanamkan oleh saudara sugeng. dan apabila tiba di kolej aku, segera buat persiapan serang balik. Lihatlah hasilnya. siap aku superimpose gambar beliau pada porno kegemaran beliau pada masa tersebut. Mason Storm. hahaha. Tapi aku lupa edit warna palaknya, sebab badannya hero yang puteh merah2 gya.



sebenarnya ada banyak lagi, tapi kebanyakkan telah terhapus semasa hdisk ku diformat. Odel merupakan guru aku pada masa tersebut. Kadang-kadang akibat terlalu gelojoh untuk mempamerkan gambar tersebut di dalam fs, hue & saturation, itu dan ini pun tidak diubah. maka begitulah hasilnya. aku budak baru belajar juga masa itu. tapi. lama kelamaan aku dan sugeng jadi bosan dengan xtvt tersebut. maka dengan itu, sesiapa di antara kami yang masih menghantar gambar sedemikian dengan pendek dan panasnya dichop, rombok tuo! yalah tek, hari2 macam ya, letih lah john. .jadi aktiviti berperang itu tamat begitu saja seperti angin yang berlalu. . .

hari ini, aku yang baru 3 bulan berjinak2 dengan dunia blog ni agak teruja bila melihat peperangan gambar superimpos antara rakan2 blogger. hehe. ini mengingatkan aku kembali kepada peperangan aku dan sugeng pada masa itu. tapi perang mereka ini sangat besar dan happening kerna melibatkan banyak pihak. hehe. chukup menarik.


oleh yang demikian aku menyarankan kepada rakan-rakan sekalian agar rajin-rajinlah berusaha agar tercapai sasaran dan matlamat yang telah anda tetapkan pada malam sebelum menjelangnya tahun baru. sesungguhnya, semut binatang yang rajin. dan janganlah pulak anda suka bully semut seperti saudara think! sekian dulu entri untuk hari ini. selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur rasul.


p/s: gambar Jumper dan I am legend itu sebahagian daripada koleksi yang juga ku temui di photobucketku. kepada wak sugeng ini bukanlah satu entri rombok tuo. cuma ingin mengimbau perang antara jedi suatu masa dulu. harap dimaapin.

11 comments:

  1. hari ini sembahyang jumaat tadi. kalau saya tahu blog ini yang bakal keluar hari ini...memang saya dah doakan kamu dalam doa antara 2 khutbah tadi.

    ReplyDelete
  2. "sesungguhnya, semut binatang yang rajin. dan janganlah pulak anda suka bully semut seperti saudara think!"

    WOW! nasib ianya tidak melebihik! kalau tidak, sudah ku superimposkan kamu berbadan semut nanti. Ngapa-ngapa pun, gambar yg chukup rasa! Semua org tahu ianya hanya gambar tampalan, tak kesah la kalau ianya tidak perfect. Yang pasti hasil itu ada dengan usaha sendiri. S-T-K.

    ReplyDelete
  3. saya juga begitu suuuukk menonton gambar supeimpos kalian :D

    ReplyDelete
  4. "tapi perang mereka ini sangat besar dan happening kerna melibatkan banyak pihak. hehe. chukup menarik"

    - saya tidak minat bertanding mahupun berperang -

    ReplyDelete
  5. 1kcl: berperang menerusi Crusader sangat menarik hati kerna kita boleh menghantar ratusan askar berpanah, berkuda dan juga melontar batu. seronok.

    think: gambar semut itu aku amik semasa sedang duduk menghisap rokok. semut ini agak besar. tak tahulah jika semut ni awak berani buli ke tidak. kalaulah semut sebesar seekor kucing. . .

    hani: terima kasih ya saudari hani dalam D major. mun dplucking kod D tok bleh main lagu SF.

    ReplyDelete
  6. hahhaa..oi liq! superimpose ko ya nang polah mek tetak...x alah2..teringat zmn kampus..

    ReplyDelete
  7. menar kata encik THink, kau tok suka berbadan sasa! aduhhhh!! (*_*)

    ReplyDelete
  8. marcella: bukan latina maids. yalah MASON STORM! hahaha. saya cuma nak badan ilek2 saja, bukan bertigik2 dan berketul2.

    ReplyDelete
  9. yang copy paste kepala dirik ke badan sasa ya apalah?? XD huahahaharr!!

    ReplyDelete
  10. itu bukan saya! itu wak sugeng!

    ReplyDelete