Semalam aku tidur agak lewat, semuanya gara-gara wak sugeng yang berceloteh besar panjang mengenai hal kehidupan. . ."mun nak bercerita hal kehidupan, balit umah nun" (fonsui, 2004). Apa khabar semuanya hari ini? Sudah mencungkil sayur dan chilli d celah2 gigi? Jika saudara dan saudari makan sayur cangkok hari ini, berhati-hatilah ketika bersenyum. Takut ada sayor cangkok lekat d celah ghighi. Ditekankan di sini juga, pastikan tiada tahi hidung yang tergantung dlm lubang hidung anda sehingga mampu dilihat oleh orang dan rakan-rakan di persekitaran anda! Kerana sekali tahi hidung tergantung, seumur hidup anda akan dibelenggu tekanan jiwa dan perasaan. Ini pernah berlaku kepada seorang teman, biarlah ku namakan kesah itu sebagai kesah kes "tahi hidung, geografi dan Mary".
Bukan kesah tahi hidung yang ingin ku sampaikan tapi akan ku ceritakan satu kesah yang telah sebati dengan hidupku iaitu komik, lukisan dan fantasi diri. Mungkin ada di antara anda yang dilahirkan dengan bakat semulajadi utk melukis. Ingin ku katakan di sini, aku dilahirkan tanpa bakat utk melukis. Tapi minat tersebut mula timbul lewat tahun 1998, apabila adikku meminjam buku Dragonball bernombor 24-25-27 dengan Farouk. Di situ lah bermulanya aku jatuh cinta mengumpul komik-komik sehingga sekarang. Komik pertama yang aku beli ialah Mutiara Naga no. 27. . .dan dari situ komik-komik tersebut maseh beranak pinak, dan aku juga amat berterima kaseh dgn ibuku kerna sudah memahami minatku itu. Ini kerana ibuku pernah bertindak utk membakar komik2 ini kerana takut aku leka dan alpa dengan pelajaranku. Tapi alhamdulillah. . .kini aku tidak perlu risau lagi.
Selepas diracuni manga Akira Toriyama tersebut, aku timbul minat utk melukis. Aku akui pada awal pembabitan aku melukis dan mencoteng ini, boleh tahan huduh jugaklah lukisan ku itu. Lihat saja lukisan di atas. hahaha. Semasa di tingkatan 3, pernah sekali aku melukis satu karektor dari komik Blues Untuk Aku, dan mendapat pujian daripada kawan2. Bila ku kenang kembali lukisan ku itu, agak meremang jugak lah bulu romaku melihatnya kembali. Aku budak baru belajar pada waktu itu, kalau salah tolong tunjukkan. Pada masa itu, ada 2 orang kawan ku yang ku rasakan mereka memang begitu berbakat melukis. Mereka ialah saudara Adifingers dan Ismail Udin. Kedua2 mereka ini KIDAL. Memang tidak ku nafikan, aku agak sedikit cemburu dgn kemahiran mereka berdua ini. Tapi kecemburuan itu membuatkan kita lebih berusaha, dan janganlah kita patah semangat pulak.
Mereka berdua telah mendedahkan aku kepada komik Slamdunk, hasil karya Inoue Takehiko. Sebelum mengenali Slamdunk, aku sudah pun mula mengumpul komik Juara Bola Keranjang (Dear Boys), hasil karya Hiroki Yagami. Di situ jugalah timbulnya minatku terhadap bola keranjang sehingga pada suatu peringkat aku terpilih utk ke peringkat negeri. Tapi tidak kesampaian, kerana sebaik sahaja tiba di rumah selepas satu kejohanan aku terus disembor oleh ibuku! "Udah gik nak main-main, kau ya nak STPM, lepas tok eboh nak ngekot2 gik orang main ya". Beg yang ku sandang terus ku hempas! terus ku berlari masuk ke bilikku dan mengunci tombol pintu! Aku terus menangis sambil memegang bola keranjang di tangan ku. Impian ku untuk bermain di InterHigh dan menjadi Rokawa Kaede berkecai begitu sahaja! (tapi aku lebih meminati Akira Sendoh). . . (cerita nangis rekaan sahaja agar nampak lebih emosi, hahaha)
Di atas merupakan salah satu daripada lukisan terawal aku. Ini sahaja yang ku jumpa kerana mereka ini ku lukiskan di dalam buku yang ku jadikan diari ku suatu tika dahulu. Sketch book aku kebanyakkan telah ditunok bapaku ketika mengemas rumah. Boleh kamu teka watak siapa yang aku lukis itu? Hahaha. Lemak bukan? Inilah lukisan terawal aku. Semasa di tingkatan 2 rasanya.
Lukisan ini pula aku lukis semasa di Tingkatan 6 dalam buku MUET. Hahaha. Adalah juga sedikit peningkatan. Lukisan ini dilukis semasa keboringan belajar MUET.
Yang ini pulak aku lukis semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pulak. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Semasa menuntut di sini, aku berpeluang berjumpa dengan mereka2 yang seminat dengan aku. Brazil, Madan Dewa dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat merupakan pelajar fakulti seni yang memang ngetop! Ada lagik yang lebeh hebat tapi Madan Dewa. . .budak ini memang gila! Dia juga merupakan seorang sahabat yang baik, pembekal cerita2 dewasa dan komik2 terbaek semasa aku menuntut dan juga seorang pemain drum dan gitar sewaktu jamming2 dahulu.
Yang di sebelah dan di atas pula adalah di antara sketch2 aku yang terkini yang ku lukis semasa bosan di tempat kerja. Kini lukisan aku banyak terpengaruh dengan game-game yang aku main, lagu yang berkumandang, drama tv yang aku tonton dan sebagainya. Ada di antara teman-temanku yang madah, "ilek jak kau melukis", "raget eyh". "lukis ngan kmk lok, ktk terer bah melukis", dan macam2 lagik lah. Aku sik rasa lah lukisan aku raget gilak. Tapi byk lah perkembangan nya mun ditangga lukisan aku masa tingkat 2 dolok ndak? Ada yang benar2 berbakat memang sedari awal lagi lukisan mereka memang dan cun! Tapi aku yang dilahirkan tanpa bakat melukis memerlukan 1998 hingga 2009 dan masih berusaha sehingga kini untuk memantapkan lukisan2 aku. yang aku rasa belum mantap2 lagik. hahaha. Tapi itulah. Persolannya, adakah adik manis berminat dengan nukilan dan hasilan sebegini sehingga mampu menghasilkan bibit perchentaan sejhati di hati? Sehingga berjumpa lagi.
p/s :: Lukisan-lukisan ini aku lukis guna ball pen sahaja. Agak kotor guna ball pen ni, kalau guna pen lukisan khas mungkin lebih baek. Lain kali aku akan bawa dia dalam kocek bajuku.