Wednesday, February 11, 2009

Waiting on the world to change

Musim kemarau nampaknya menjelang tiba. Lagu Empire of the sun-Walking on the dream telahku pilih sebagai lagu tema musim panas tahun ini. Aku sekarang berada dalam kondisi yang kurang menyenangkan. Selsema, bersin dan suhu yang sedikit panas ku rasakan menyelubungi diriku. Sedikit sebanyak menyebabkan depresi ke atasku akibat bersin yang bertalu-talu. Musim hujan telah berlalu, panas sang mentari pula munchul, kini mungkin ada di antara kita yang mengharapkan hujan turun pula. Kepanasan yang 'something' hari ini membuatkan aku pekena ABC sebaik sahaja bangun dari tidur. Mungkin akibat makan ABC tadi, kondisi badanku kini kurang stabil.



Baru sebentar tadi aku mengetahui sejenis sindrom yang kini merebak ke Kedah dan Selangor. Sindrom yang mula dikenalpasti itu kini telah menular ke kedua negeri tersebut. Sindrom tersebut bisa kita kenali sebagai Sindrom Wakil Rakyat Hilang atau SWRH. Krisis di Perak kini masih belum reda, kini timbul pula kesah kehilangan wakil-wakil rakyat dari dua tempat berkenaan. Macam-macam sahaja. Mungkinkah ada lagi wakil-wakil dari dua negeri berkenaan yang akan melompat si katak lompat sekaligus BN dapat merampas kembali tampuk pemerintahan di kedua negeri berkenaan? Sama-samalah kita saksikan senario ini yang menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi masa kini.



Sedikit sentuhan politik di atas. Masa yang agak terluang sebentar tadi ku luangkan utk membaca blog rakan-rakan. Berbagai jenis ceritera yang dapat ku saksikan dan ku bayangkan dengan otak kurniaan tuhan ini. Ada yang gembira, ada yang menasihati, ada yang mengekspoiltasi, ada yang depresi, ada putus cinta, ada yang membara cintanya, ada yang kasehkan keluarga, ada yang mengembara dan ada juga yang berkongsi informasi. Pendek kata macam-macam ada.


Dengan adanya teknologi seperti ini, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menulis seharian suntuk dalam buku diari lagi. Kini selain mengabadikan saat-saat indah dan suka duka yang kita lalui, kita juga boleh berkongsi 1909 perasaan kita itu dengan dunia. Ada yang prihatin, ada yang memberikan semangat hati waja, tidak kurang pula ada yang mencaci maki (mungkin berguro) dan memberikan komen hingga mematahkan hati penulis-penulis digital ini sehingga memaksa mereka untuk mengeliminetasi akaun diari digital mereka. Aku yakin anda semua tidaklah selemah yang disangka. Biarpun berdepan lawan yang sejuta kali lebih kuat, Son Goku tetap tersenyum. Tidak pernah patah semangat biarpun berdepan Majin Boo yang tidak terhad tenaganya.


Nampaknya aku tidak tahan lagi. Aku nak masuk tidur. Perlu tidur yang cukup baru semangat pergi ke kerja. Wak Sugeng sering berkata begitu. Sebelum tidur aku akan melayan Tony Hawk Project 8 di PSP ku dahulu. Sambil membayangkan diriku tengah bermain papan selaju dengan penuh teknikal dan smooth sekali. 360 flip backside tail to 360 flip out memang aksi pemanas badan sahaja. Jika aku bermain dengan baik dan Tom Delonge tengah menyaksikan skill dan kemahiranku, mungkin silap haribulan aku akan ride untuk Macbeth. Aku mesti terus bersungguh-sungguh!

8 comments:

  1. Semuanya saya suka membaca di dalam nya ini kecuali bahagian politik. soldier did't start the war.politician did....kata2 dari matt davis.

    ReplyDelete
  2. yapp... teknologi memudahkan manusia.. bukan utk mnyusahkan.. so kita patut kenak berjinak2 dgn teknologi hehehehe..

    ReplyDelete
  3. mari berjinak2 dgn teknologi...
    bagi dia makan som pagi dan petang..

    ReplyDelete
  4. aidafazura:: kenapa ngutik indah??

    1KCL:: sapa nya itu matt davis?? mat lelek tapi muko nye kiut kaaa?

    khairul onggon:: saya memelihara teknologi dgn penuh belaian kaseh sayang agar ianya tidak nganggus saya d kemudian hari.

    think:: saya beri som pada waktu malam saja. Supaya dia tidak gemuk sangat. Minum air d siang hari.

    ReplyDelete
  5. Ada yang prihatin, ada yang memberikan semangat hati waja, tidak kurang pula ada yang mencaci maki (mungkin berguro) dan memberikan komen hingga mematahkan hati penulis-penulis digital ini sehingga memaksa mereka untuk mengeliminetasi akaun diari digital mereka. <- kata kamu

    biar patah batang pensel, jangan patah hati. bersemangatlah. <- kata aku

    *wah aku sudah lama tidak main thps, sejak bekerjaya. EMOSI: sedih & ketakutan.

    ReplyDelete
  6. saudari Marcella >> benar. . .hidup bagaikan ubi kentang. Takkan tahu bila nak kentut.

    ReplyDelete
  7. tahukah anda: apabila berkentut, dOobur akan bergetar pada frekuensi yang berbeza mengikut ketumpatan udara

    *sains & manusia ;-)

    ReplyDelete