Nampaknya perubahan cuaca yang berlaku secara selang seli antara panas dan hujan mencorakkan lagi warna-warni dalam kehidupanku seharian. Aku agak sedikit sibuk kebelakangan ini. Tapi sekarang aku punya banyak masa untuk memblog. Apa khabar anda yang membaca paparan ini sekalian? Aku harap agar kamu semuanya sihat sejahtera hendaknya.
Berdasarkan pembacaan blog sekali imbas yang kulakukan sebentar tadi, nampaknya beberapa individu mengalami depresi dan komplikasi. Adakah perubahan bulan perchentaan (Febuari) yang beransur-ansur hilang kini membawa bahana kepada beberapa individu? Secara umumnya, Febuari dianggap sesetengah golongan sebagai bulan yang loumantic. Tapi bagi sesetengah golongan pula, mereka menganggap Febuari sebagai bulan yang kurang harinya. Iaitu 28 hari saja tahun ini (jika aku x salah perkiraan).
Aku pun tidak lari daripada perkara-perkara sebegitu. Aku agak sedikit tertekan beberapa hari ini kerana banyak kerja yang perlu ku selesaikan dalam tempoh jangka waktu yang agak singkat. Sehinggakan aku kurang berselera untuk memblog. Sepanjang tempoh tersebut aku telah melakukan beberapa aktiviti untuk meringankan sedikit depresi yang aku alami itu. Di antara aktiviti yang ku lakukan ialah menghisap rokok 100% hasil hutan. Di daerah ini amat sukar untuk mendapatkan bekalan sebegini tapi mujurlah aku punya seorang pembekal yang tidak putus bekalannya. Aku akan menuju ke lokasi yang sama jika aku ingin menghiburkan hatiku. Tidak perlulah ku nyatakan lokasinya. Di sini, aku berasa agak tenang dan selesa kerana gelak tawa dan ha ha ha yang ku dengar sedikit sebanyak mencheriyakan diriku. Apatah lagi, berborak-borak sambil menikmati hidangan yang spesel. Memang mencheriyakan! Yang di tunjukkan itu Grad A punya hasil alam. Yang bawah itu Grad C punya.
Hari-hariku di tempat bekerja juga dicheriyakan oleh seorang jururawat pergigian yang chukup manis! Di sini juga aku turut bertemu dengan seorang uncle yang sama berkhidmat dengan pasukan tersebut semasa aku masih bersekolah. Dulu aku masing pelajar. Kini aku sudah besar. Dan boleh hisap rokok bersama-sama pulak itu. Aku lupalah nama beliau. Sambil berborak-borak dengan beliau mataku akan memerhatikan adik manis tersebut. Mungkin dia bukan adik lagi, mungkin juga kakak manis. Aku terus tertanya-tanya, mengapakah aku tidak menyedari wujudnya jururawat pergigian yang chukup manis di daerah ini. . .
Pendapat aku mengenai kemanisannya wajahnya turut mendapat tanda setuju daripada rakan sekerjaku. Dia yang baru sebulan bertugas di Sarawak mengakui bahawa di Sarawak terdapat banyak gadis yang lawa-lawa a.k.a chantek menawan hati. Disebabkan perkara inilah, bakal ibu mertuanya mempercepatkan tarikh perkahwinannya kerana takut da tertarik dengan gadis Sarawak pulak. Dia juga menceritakan bagaimana jiran di kampungnya yang bakal melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lagi tiba-tiba tidak jadi berkahwin gara-gara si lelaki yang terpikat dengan gadis Sarawak. Memang menarik ceritanya, aku tak ingin bercerita panjang lebar mengenainya, tapi apa yang penting, NIAT. Kami berdua mengangguk tanda setuju sambil memerhati jururawat manis tersebut.
Hari ini, aku agak sedikit free. Kebanyakkan masaku dihabiskan dengan tidur di atas meja ku sambil kadang-kadang aku terbangun dan memerhatikan sekeliling. Meneguk sedikit Nescafe dan kemudiannya bermimpi kembali. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata hikmat seorang sahabat, "banyak dugaan time darah manis, kita manusia biasa"
siapakah nama adik manis, kakak manis tersebut?
ReplyDeletehuhuhuhu..luchu lah bahasa mu..chukup luchu!
bulan yang agak pendek ya? bulan febuari..
bulan yang tercipta untuk kami golongan yang pendek2 (iaitu kurang 1.5 m) ;-)
semuga hidupmu cheriyaaaa <-tiru spelling THiNK248
sebenarnya akak nurse itu dalam radar berjaga2!hati2 lah kakak nurse...nabau sudah memerhatikan kamu.mungkin gigi kamu akan dicabutnya!
ReplyDeleteamaran: merokok merbahayakan kesihatan. raya lak sik boleh merokok mun atang mah norpiah! aih!
ReplyDeletemarcella > tak sempat nak bertanya pulak namanya siapa...hahaha...bahasa suka hati sendiri memang macam itu...perlu intonasi yang betul baru tak luchu...memang! hidup cheriya!
ReplyDelete1kcl > nang lemeakkk~ ~ ~
amizonema > azam tahun baru. mengurangkan tabiat merokok. yoshhhhh~
ya ... azam yang bagus. sekarang anda tengah bertowel dan menghisap rokok sambil menjawab komen2 ini...berazamnya!
ReplyDeleteaku dah cuba berhenti marokok untuk kali ke dua, atas nasihat seorg gadis.. tetapi jika sudah berumah tangga,akan ku setop! setop! terus lah itu.
ReplyDeleteTHiNK248 said...
ReplyDeleteaku dah cuba berhenti marokok untuk kali ke dua, atas nasihat seorg gadis.. tetapi jika sudah berumah tangga,akan ku setop! setop! terus lah itu.
>>>>cis!! nyuruh anak gadis mengandung duhal!! ciss!! haha!! :D
1kcl > aku ingat 4000 tekkkkkkk~ ~ ` hahaha
ReplyDeletethink > wahhhh. . .bagus! punya visi dan misi..begitulah.
marcella > sik sangka saya saudara think sebegitu. hahaha
syahadan!
ReplyDeletemarcella>>>>cis!! nyuruh anak gadis mengandung duhal!! ciss!! haha!! :D
ReplyDeleteHUH!! ilek jak!! Cermin kat umah dah cukup besar x?
emm, besar lah juak...... (-_-)
ReplyDelete