Saturday, February 14, 2009

God of War III (PS3)


Kratos. Ada di antara anda yang mengenalinya? Bagi gamer-gamer tegar PS2 dan PSP mesti kamu lebih mengetahui siapakah itu Kratos. Ya. Tepat sekali. Bagi yang tidak mengetahui, secara ringkas Kratos merupakan watak utama dalam siri God of War I & II (PS2) dan God of War : Chain of Olympus (PSP). Salah satu daripada game-game terbaik yang aku main selain FF, Metal Gear Solid dan Persona. Kini Kratos datang lagi dalam God of War III! Wowowowo.



Aku ceritakan sedikit pengalamanku bermain GoW suatu tika dahulu. Untuk pengetahuan kalian, aku menghabiskan God of War(GoW) II terlebih dahulu kerana aku agak lewat untuk mengenali abang Kratos ini. Sebaik saja aku meletakkan disc game tersebut ke dalam konsol PS2 ku...wahhhhh~ Grafik yang cukup dasyat, persekitaran bermain yang mega luas, aksi berlawan yang cukup memunchakan darah, jalan cerita yang menarik, dan kamu pasti terkejut terhadap apa yang bakal kamu tempuhi seterusnya dalam game tersebut.



Aku sendiri pernah bermain seharian suntuk dari tengah malam, sehingga terbit sinar matahari, berhenti sekejap untuk bersarapan dengan adikku yang hendak ke sekolah, kemudian menyambung semula game tersebut. Bila kepala dah pening, aku bergegas mencari save point. Tidur dan apabila bangun dari tidur aku mulakan lagi pengembaraanku bersama abang Kratos. Agak indah suatu ketika dahulu, boleh bermain game sehingga lewat malam. Kini, agak susah untuk ku menikmati keindahan sebegitu lagi.


Semasa melayari laman web youtube sebentar tadi, aku mendapati bahawa trailer untuk God of War III sudah keluar. Fuh...meleleh air liur jak saya nangga. Gila best mun dapat layan game tok. Silalah melayan trailer game ya di bawah tok ok? Mantap!


6 comments:

  1. aku main HarvestMoon jak Liq....sik ku mok main nak di'donlod ko rah psp ku eh....dah la pinkis mcm sik sesuai jak kei main games ganaz2 mcm ya. kelak raya lak donlod nak lain gik....
    tang mah lak! aih. awai sekali ngajak.

    ReplyDelete
  2. Onggon > Lom ado gik eyh. Demo ado. Mun ado padah jak. Lak ngetest nyeh

    Amizonema > hahaha. HarvestMoon pon layan juak eyh.

    ReplyDelete
  3. kratos mengingatkan aku pada alyrham psp ku. kisah kehidupan kratos sama saja seperti kehidupan saya--->tidak tahu penghujung kebodohan diri akibat masa lampau.calliope juga semcm memberi meaning kepada aku. sentimental value anak kecil itu kepada saya... fuh...sedih sungguh bunyi comment ini.


    yang sedih,
    kratos

    ReplyDelete
  4. game ini memang best!
    tp aku blm abis main gik GoW-2!
    lambat alu jak nak ngagak agik,
    alu kluar jak GoW-3!
    Layan jak lah game bol...haha..

    ReplyDelete
  5. 1KCL >> saya tumpang bersimpati. usah gusar gundah gulana. PSP3000 kan ada? hahaha

    Think248 >> hahahaha. . .mungkin kamu sudah lupa keadaan di mana kamu last save dulu!

    ReplyDelete