Thursday, March 19, 2009

Emosi egoku.


tak pernah kan tahu.

ini puisi lontaran jiwa
gaya hidupmu yang riang gembira
mengusik kalbu bayangan minda
terdetik hatiku untuk mencuba

rimas hatiku tidak terperi
menanggung rindu yang memakan diri
ku bertekad untuk kembali
ke alam cinta penuh misteri

kini kau telah menghilang
lemparkan segala rasa
hancur berkecai jiwa

dan kini
aku hanyut
dan ku menanti
dirimu yang tak kembali

telah ku luahkan segalanya
tapi balasan ini yang ku terima
ku akui kelemahanku
cinta yang datang bukan milikku

aku lalui hari-hariku
tenang gembira gerakan zahirku
siksa dan pedih dalam batinku
kau tak tahu dan tak pernah kan tahu


fantasiku

terlelapnya dirimu disebelahku
ku tatapi raut indah seri wajahmu
sinar bulan yang terang jatuh memayungimu
tenang dan damai diriku disebelahmu

kau yang terindah. . .

tapi ini cuma fantasi diriku
belumku tatap wajahmu
cuma baris katamu yang slalu menemaniku
senyumanmu, yang membunuhku
tiap saat dan waktu terus menghantuiku

tersenyum bilaku terkenang dirinya
teringat peratusan yang kiniku kira
terlalu awal untukku meluahkannya
adakah dirimu merasa seperti yang kurasa

Dan kini, ku berlari darimu
takut kecewa dan merana
biarku sendiri
melupakanmu.



Aku sekarang memang dalam mode emo. Sekarang aku bersama rakan seperjuangan sedang mengusahakan bait-bait patah kata ini menjadi sebuah lagu. Sekarang ini sudah ada 6 lagu. Proses-proses merakam sedang berjalan lancar di Adifingers Rec. Sekarang semuanya sudah dalam 60%.

Berusahalah.
nota emo ::
Artis Contoh!

Walaupun sudah popular dan sibuk dengan dunia artisnya, Nubhan masih tidak sombong dan tidak malu untuk makan di gerai-gerai tepi parit.

10 comments:

  1. KAMU ORANG NI MEMANG BAGUSLAH.

    ReplyDelete
  2. semoga bait-bait kata madah berlagu en.cursive tidak berfantasi percintaan sahaja, malah lebih elok jika pelbagaikan seperti kehidupan, x semestinya satu perasaan cinta sahaja semata2 untuk menchipta sesebuah lagu. Sekian.

    ReplyDelete
  3. siapa sik mok makan di gerai tepi parit ya, kalo ada cik adik manis yang sekkkkksi??? huahahahaha XD

    teruskan berusaha membuat musik! =) =) =)

    ReplyDelete
  4. "rimas hatiku tidak terperi
    menanggung rindu yang memakan diri
    " - ibu peri bawang merah bawang putih...

    bila membaca itu, hati saya memang seeeaaakkkbang perut.hahaha...rasanya lirik itu sampai kepada saya.

    ReplyDelete
  5. btw.kata2 enchek think itu betul.kesusahan sebenar lebih bermakna.

    ReplyDelete
  6. liq.adi kt cney kinek tok?dah ada studio mpun?
    good..good..

    kalah jiwang aku dlm mode jiwang tok liq

    ReplyDelete
  7. utk semua:: aku rasa tema mek org kali tk nang PATAH HATI, MENANTI, KECHEWA, BERTEPUK SEBELAH TANGAN, DIKHIANATI, DIJAHANAMKAN dan SEBAGAINYA! semua perisa org down, frust semua ada...jadi lirik2 nya memang ditujukan khas kepada mereka2 yang PATAH HATI! hahahaha. sedikit sebanyak, apa yang aku rasa sekarang aku ubah ke dalam bentuk bunyi2an agar aku lebih mampu mendominasi permainan dalam PERSONA 4!

    1kcl: ya, asalkan JANGAN MALU. itu sahaja.

    think: emosi perchintaan menyelubungi diriku sekarang. jadi amat mudah bagiku membuat lirik sebegini. mungkin nanti saya kan nonton SAVING PRIVATE RYAN. . .mungkin da idea d medan perang yang datang.

    marcella: ya. terima kasih. memang sedang berusaha!

    vivian: aok da adi d ctk. DIY pun studio jak. setiap insan da stail jiwang tersendiri. hehe.

    ReplyDelete
  8. alah publisity ba ya...hahahah kidding..kidding..

    ReplyDelete
  9. hahahaha. . .benar2 itu bah. HARUS! wakaka

    ReplyDelete
  10. uina! byk yer koje, knapa tak beli satu set wawa tu (tul kah aku ckap nama alat tu, kawann sa yg kata namanya gitu)

    ReplyDelete