Monday, February 9, 2009

Bakat!?

Semalam aku tidur agak lewat, semuanya gara-gara wak sugeng yang berceloteh besar panjang mengenai hal kehidupan. . ."mun nak bercerita hal kehidupan, balit umah nun" (fonsui, 2004). Apa khabar semuanya hari ini? Sudah mencungkil sayur dan chilli d celah2 gigi? Jika saudara dan saudari makan sayur cangkok hari ini, berhati-hatilah ketika bersenyum. Takut ada sayor cangkok lekat d celah ghighi. Ditekankan di sini juga, pastikan tiada tahi hidung yang tergantung dlm lubang hidung anda sehingga mampu dilihat oleh orang dan rakan-rakan di persekitaran anda! Kerana sekali tahi hidung tergantung, seumur hidup anda akan dibelenggu tekanan jiwa dan perasaan. Ini pernah berlaku kepada seorang teman, biarlah ku namakan kesah itu sebagai kesah kes "tahi hidung, geografi dan Mary".







Bukan kesah tahi hidung yang ingin ku sampaikan tapi akan ku ceritakan satu kesah yang telah sebati dengan hidupku iaitu komik, lukisan dan fantasi diri. Mungkin ada di antara anda yang dilahirkan dengan bakat semulajadi utk melukis. Ingin ku katakan di sini, aku dilahirkan tanpa bakat utk melukis. Tapi minat tersebut mula timbul lewat tahun 1998, apabila adikku meminjam buku Dragonball bernombor 24-25-27 dengan Farouk. Di situ lah bermulanya aku jatuh cinta mengumpul komik-komik sehingga sekarang. Komik pertama yang aku beli ialah Mutiara Naga no. 27. . .dan dari situ komik-komik tersebut maseh beranak pinak, dan aku juga amat berterima kaseh dgn ibuku kerna sudah memahami minatku itu. Ini kerana ibuku pernah bertindak utk membakar komik2 ini kerana takut aku leka dan alpa dengan pelajaranku. Tapi alhamdulillah. . .kini aku tidak perlu risau lagi.








Selepas diracuni manga Akira Toriyama tersebut, aku timbul minat utk melukis. Aku akui pada awal pembabitan aku melukis dan mencoteng ini, boleh tahan huduh jugaklah lukisan ku itu. Lihat saja lukisan di atas. hahaha. Semasa di tingkatan 3, pernah sekali aku melukis satu karektor dari komik Blues Untuk Aku, dan mendapat pujian daripada kawan2. Bila ku kenang kembali lukisan ku itu, agak meremang jugak lah bulu romaku melihatnya kembali. Aku budak baru belajar pada waktu itu, kalau salah tolong tunjukkan. Pada masa itu, ada 2 orang kawan ku yang ku rasakan mereka memang begitu berbakat melukis. Mereka ialah saudara Adifingers dan Ismail Udin. Kedua2 mereka ini KIDAL. Memang tidak ku nafikan, aku agak sedikit cemburu dgn kemahiran mereka berdua ini. Tapi kecemburuan itu membuatkan kita lebih berusaha, dan janganlah kita patah semangat pulak.






Mereka berdua telah mendedahkan aku kepada komik Slamdunk, hasil karya Inoue Takehiko. Sebelum mengenali Slamdunk, aku sudah pun mula mengumpul komik Juara Bola Keranjang (Dear Boys), hasil karya Hiroki Yagami. Di situ jugalah timbulnya minatku terhadap bola keranjang sehingga pada suatu peringkat aku terpilih utk ke peringkat negeri. Tapi tidak kesampaian, kerana sebaik sahaja tiba di rumah selepas satu kejohanan aku terus disembor oleh ibuku! "Udah gik nak main-main, kau ya nak STPM, lepas tok eboh nak ngekot2 gik orang main ya". Beg yang ku sandang terus ku hempas! terus ku berlari masuk ke bilikku dan mengunci tombol pintu! Aku terus menangis sambil memegang bola keranjang di tangan ku. Impian ku untuk bermain di InterHigh dan menjadi Rokawa Kaede berkecai begitu sahaja! (tapi aku lebih meminati Akira Sendoh). . . (cerita nangis rekaan sahaja agar nampak lebih emosi, hahaha)




Di atas merupakan salah satu daripada lukisan terawal aku. Ini sahaja yang ku jumpa kerana mereka ini ku lukiskan di dalam buku yang ku jadikan diari ku suatu tika dahulu. Sketch book aku kebanyakkan telah ditunok bapaku ketika mengemas rumah. Boleh kamu teka watak siapa yang aku lukis itu? Hahaha. Lemak bukan? Inilah lukisan terawal aku. Semasa di tingkatan 2 rasanya.


Lukisan ini pula aku lukis semasa di Tingkatan 6 dalam buku MUET. Hahaha. Adalah juga sedikit peningkatan. Lukisan ini dilukis semasa keboringan belajar MUET.




Yang ini pulak aku lukis semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pulak. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Semasa menuntut di sini, aku berpeluang berjumpa dengan mereka2 yang seminat dengan aku. Brazil, Madan Dewa dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat merupakan pelajar fakulti seni yang memang ngetop! Ada lagik yang lebeh hebat tapi Madan Dewa. . .budak ini memang gila! Dia juga merupakan seorang sahabat yang baik, pembekal cerita2 dewasa dan komik2 terbaek semasa aku menuntut dan juga seorang pemain drum dan gitar sewaktu jamming2 dahulu.





Yang di sebelah dan di atas pula adalah di antara sketch2 aku yang terkini yang ku lukis semasa bosan di tempat kerja. Kini lukisan aku banyak terpengaruh dengan game-game yang aku main, lagu yang berkumandang, drama tv yang aku tonton dan sebagainya. Ada di antara teman-temanku yang madah, "ilek jak kau melukis", "raget eyh". "lukis ngan kmk lok, ktk terer bah melukis", dan macam2 lagik lah. Aku sik rasa lah lukisan aku raget gilak. Tapi byk lah perkembangan nya mun ditangga lukisan aku masa tingkat 2 dolok ndak? Ada yang benar2 berbakat memang sedari awal lagi lukisan mereka memang dan cun! Tapi aku yang dilahirkan tanpa bakat melukis memerlukan 1998 hingga 2009 dan masih berusaha sehingga kini untuk memantapkan lukisan2 aku. yang aku rasa belum mantap2 lagik. hahaha. Tapi itulah. Persolannya, adakah adik manis berminat dengan nukilan dan hasilan sebegini sehingga mampu menghasilkan bibit perchentaan sejhati di hati? Sehingga berjumpa lagi.

p/s :: Lukisan-lukisan ini aku lukis guna ball pen sahaja. Agak kotor guna ball pen ni, kalau guna pen lukisan khas mungkin lebih baek. Lain kali aku akan bawa dia dalam kocek bajuku.




23 comments:

  1. nang detail sampei no komik pun ingat.. kekekeke.. mun dah pandei lukis, trylah sopware adobe illustrator... best woo...

    ReplyDelete
  2. haha..nak pya ingat, mun nak dblaja..huhu..penah juak try adobe ya tapi sik sampe tahap gaban macam saudara Onggon..hehe

    ReplyDelete
  3. liQ..ku ada bukti ko minat melukis juak..
    ingat x kau da minjam buku panduan FSKPM ku dolok?
    berkurun dgn kau..pasya kau berik balit..
    ada contengan2 gratis dlm ya..sebijik muka laki ensem ya koh..mun dpt ku upload..
    upload ku! hhahahah

    ReplyDelete
  4. oi, kameklah adik manis ya!! bila gik nak dero (draw) muka mek???

    ReplyDelete
  5. Aaa...very good drawing. Katon ko ada imej tersendiri. Keep it up! who knows one day bleh polah komik ya bah ehek XD

    ReplyDelete
  6. ANDA SEMUA INI TELAH SALAH PENERIMAAN PENULISAN DI ATAS! APA YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PENGARANG IALAH KISAH TAI IDUN YANG BERGANTUNG! BUKAN PASAL LUKISAN. MISTAKE! MISTAKE! UPSET LA AKU DENGAN PEMAHAMAN SEMUA ORANG! MESTI PANDAI MENCARI ISI PENTING! SIAPA YANG MAKAN CILI DIA BERASA PEDAS SIAPA YANG MAKAN SAYUR CANGKUK DIA BAKAL MENANGGUNG MALU! MAKAN CHILI PUN SAMA!

    ReplyDelete
  7. Vivian :: Gik ingat juak ktk ya tek...hahaha. tangan tok nang ada jak nak diconteng koh. Mun gik da pic ya, jgn malu2 upload ok? hehe

    aidafazura :: akhirnya...da jugak adik manis yang berminat...kamu memang benar2 manis lah aida..hehe..lak mek dero ok? carik ilham nangga ktk lok..haha

    ReplyDelete
  8. 1KCL :: KENAPA NI SAUDARA? SETAHU SAYA, SAYA TIDAK MELETAKKAN SEBARANG PERISA TAMBAHAN MAHUPUN CABIK BUNGA UTK MENAMBAHKAN KEPEDASAN PENULISAN SAYA NI. KALAU ADA SILAP DAN SALAH ITU SAYA MINTA MAAF. KALAU DA SAYOR CANGKOK LEBEH ITU, CTOK LA KU NGGEEETEEESTTT!~

    saudari apijah :: haha sahaja sebanyak 2x.

    ReplyDelete
  9. saudara Audio :: terima kaseh!! saya akan lebih berusaha!! hehe

    ReplyDelete
  10. aidafazura :: akhirnya...da jugak adik manis yang berminat...kamu memang benar2 manis lah aida..hehe..lak mek dero ok? carik ilham nangga ktk lok..haha

    APA JENIS KOMEN INI! KAMU INI MEMANG NAK BEBINI. HATI2 SAUDARI AIDAFAZURA...NANTI KAMU KNAK TESSSS!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. AMBOI..AMBOI..AMBOII..SAUDARA 1KCL INI MEMANG TAK MENGERTI APA YANG INGIN KU SAMPAIKAN!!! MULUT PUAAAAKEEE...DA SAHAJA YANG TIDAK KENA NI!!! KAMU NI TAK USAH NAK BERDALIH2 LAGI, CAKAP SAYA NAK BEBINI, BEBINI NI BUKAN PERKARA MAIN2!! SAYA TAHU SAUDARA SUDAH MEMPUNYAI TEMAN RAPAT DAN INGIN MELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN!! KISAH PERCINTAAN SAUDARA PUN PERNAH TERSIAR DALAM MAJALAH HIBURAN MANGGA!! JANGANLAH MENYINDIR SAYA SEBEGINI PULA!! AMBOII..AMBOII..AMBOIII

    ReplyDelete
  12. Jika anda berdua ingin menderma darah,
    pergilah ke B.P. Clinical Lab Sdn. Bhd.
    Sim's Medical Clinic, Sarikei.

    ReplyDelete
  13. AMBOI AMBOI AMBOI....MULUT PUAKE YE...SALAH KE AKU NAK MENGUJI ARUS PERDANA HIBURAN TANAH AIR KITA NI HAA? AMBOI AMBOI AMBOI...

    ReplyDelete
  14. setuju saya dengan saudara jaha, tak seperti seorang tu, yang suka buang 'tuutt'...TAK SUKA LAH SAYA..habis page saya ni bernajis sudah..

    ReplyDelete
  15. yahhh...ya ko sik tauk~ diskusi apakah ini!!!??

    ReplyDelete
  16. YA LAH AKU NGETESSSSS!

    ReplyDelete
  17. aku sabar jak ngan kau palak botak. . .

    ReplyDelete
  18. dari tahun ke tahun,
    lukisan mu telah menjadi lebih matang dan KACAK!
    SYABAS! emosi: IBU JARI DIANGKAT! <-thumbs up

    ReplyDelete
  19. Marcella >> terima kaseh banyak2. emosiku juga: Terharu

    ReplyDelete
  20. Adakah sekarang ini masih giat melukis tangan?

    ReplyDelete
  21. maseh. . .menconteng segala apa yang terhidang.

    ReplyDelete