Monday, February 16, 2009

Memori Minuman & Aku.


Bahang kehangatan yang kian terasa kini amat menjerihkan. Di saat ini, sekiranya mendengar lagu Hopefalls atau pun band yang sewaktu dengannya sudah tentu mati kering begitu saja. Bagaimana dengan kalian semua? Tidak terasa panas ka? Atau pun kenapa tutup bawah itu? Bawah itu sejuk ka? Mungkin anda sekarang berada dalam kondisi yang berekon. Di saat berlakunya perubahan cuaca ini, aku berharap agar kalian semua menjaga kesihatan kalian. Sambil menikmati sirap laici ini dan mendengar lagu dari Cinematic Sunrise, tiba-tiba aku teringat kenangan silam suatu ketika dahulu...begini kisahnya...


Suatu masa dahulu. . .


Hari itu, selepas selesai berkugiran bersama rakan-rakanku di JoyJammingStudio, kami duduk menikmati minuman untuk menghilangkan dahaga setelah sejam setengah kia kaong dalam studio itu. Rakan-rakan itu terdiri daripada Adifinger, Max, Sugeng, AfiQ dan jemputan khas Dedek (kazenku). Aku memilih untuk minum laici hari itu. Sementara menunggu minuman dihantar, kami mengepak Max. Ini kerna akibat celak mata yang di sinsatnya ke dibah, seperti meniru gaya-gaya penggiat muzik emosi pada waktu itu, membuatkan matanya seperti lebam kenak tumbok. Kasihan juga melihat Max hari itu, asyik dipak saudara sugeng sahaja. Memang tiada belas kasihan lansung. Ini disusuli gelak tawa aku dan gelak tawa tanpa batas adikku si AfiQ. Mun tetak nang sik da lalek orang gik lah. Manakala ketawa kawalan yang dipraktikkan oleh saudara Adi memang efektif. Dia ni jenis ketawa bersopan.


Ketawa sudah, berdekah2 sudah, reguk pun sudah aus. Pakcuk pun sudah menghantar minuman kami. . Minuman laici kegemaran dihadapan ku. Tak sabar nak meneguk cairan jisim dan jirim tersebut. Tapi, agak sedih ku melihat apa yang terhidang di depan mata. Rupa-rupanya air laici yang ku order PUNYA perisa tambahan. Ini bukan yang aku order. Ini air laici kaki lepeh!. . .kelihatan kaki lepeh a.k.a lipas itu beralun-alun ke kiri dan ke kanan gelas tersebut mengikut kocakan air yang seiringan dengan tanganku yang memegang gelas tersebut. Aku dengan sopan menyuruh pakcik itu membuat air laici yang sebenar tanpa perisa tambahan. Agak kasihan ku melihat pakcik separuh abad yang membuat rilisan air ku tadi. Apakan daya, jika semut boleh ku terima, tapi kaki lepeh tidak sekali.


2 tahun yang lepas. . .

Sudah menjadi kebiasaan penghuni kolej menonton drama-drama bersiri yang mudah di dapati dari member-member yang suka mengdonlod2 ini. Aku tidak terkecuali. Malam itu, aku menumpang di bilik kolej kawanku untuk menonton movie2 terhangat masa itu. Sudah menjadi kebiasaanku, menonton muvie mesti disertai milo panas. Milo tersedia, muvie sudah terpasang dan lampu sudah ku tutup. Aku duduk di depan paparan monitor LCD tersebut dan menonton tayangan dengan kusyuk sekali. Sesekali aku meneguk milo panas sambil mataku tertumpu pada muvie tersebut. Aku menonton lagi. . .menonton. . .dan menonton. Oleh sebab kelesuan, aku membuka lampu dan keluar dari bilik itu untuk beberapa detik. Take 5 sekejap. Okey. Mari sambung semula. Aku terus mencapai milo ku. Ku teguk sedikit dan kemudian aku perasan ada sesuatu di dalam minumanku.


YAHHHHH!!!! kali ini bukan kaki lipas, kali ini SEEKOR LEPEH di dalam minumanku! Lantas aku meludah2 dan cuba untuk mengeluarkan minuman yang ku minum dengan meletakkan jari ke dalam rekongku. Amat menjijikan perasaanku pada waktu itu. Bila kah masanya lepeh itu berada di dalam milo panas ku? Adakah sepanjang masa ku bergelap di saat ku kusyuk menonton filim tadi? Adakah milo yang ku teguk tadi punya perisa lipas di dalam nya? Aku sedia maklum bahawa lepeh ini binatang yang kotor. Damn it! Bekas penyerang skuad bolasepak Sarawak suatu masa dulu iaitu Affendi Julaihi pernah mendapat gelaran Lipas Kudung Sarawak kerna kelincahan beliau di atas padang. Beliau juga pernah digosipkan bersama Amy Mastura! Tetapi seekor lipas di dalam milo panasku, merupakan satu mimpi ngeri.

Beberapa hari yang lalu. . . .


Selepas menonton satu majlis keramaian bersama Wak Sugeng, aku balik ke rumah dan tidak sabar untuk bermain game di PC ku. Sudah menjadi tabiat ku untuk mengumpul cawan bekas minuman ku di atas meja PC ku. Kadang-kadang bila sudah ada 5 atau 6 gelas di atas meja itu, baru aku bawa ke tingkat bawah untuk dibasuh. Beginlah kehidupan membujang. Baiklah, perlu ada ruang yang selesa baru, feel main game pun best. Aku pun mengumpul cawan dan gelas2 minuman ku. Baru jak ku nak angkat satu gelas itu, tiba2 air lebihan dalam gelas itu berkocak luar biasa!


Ku jenguk ke dalam gelas itu, SHIT!!! Seekor cicak sudah mandi berendam dalam teh 3 in 1 itu! Aku memang anti dengan cicak. Apatah lagi melihat cicak dalam keadaan sebegitu! Bisa mambuatkan bulu romaku terangkat. Untuk mengelakkan cicak itu tiba2 keluar dan menjalar di atas tanganku, ku ambil baju dan ku balut pada keseluruhan tangannku. Dengan ini, aku tidak akan merasa cicak itu enjelik nanti. Bila saja ku nak menyentuh gelas itu, cicak itu tiba2 melompat keluar dan berlari langkah seribu. . .fuh~ nasib ku agak baik. . .Selepas kejadian itu aku berjanji akan membasuh terus gelas yang aku minum. Tapi mungkin tidak, kerna semasa entri ini ditulis, ada empat igek gelas di atas mejaku. hahaha.

Sekian.

4 comments:

  1. ceritera lepeh yang mengelikkan!! huHhh!! =D
    saya berpendapat anda mungkin berpeluang menjadi Duta Lipas..sana sini lipas mengejarmu. KAU TAK KAN DAPAT ESCAPE!!!!!

    saya ingat post ini ada sebut band cinematic sunrise yang pofular dengan lagu payung dan gajah.

    rupa2nya, hanya ada lipas..lipas kudung dan gosip lipas ami meztura..

    OMG. otak saya semakin parah.
    saya harus ke tandas.
    sekian terima kasih. =O

    ReplyDelete
  2. Saudari marcella >> Ini berdasarkan kesah benar dan bukan fiksyen seperti ceritera Butang Benjamin! Saya minta maaf jika saudari harus ke tandas setelah membaca rilisan ini. Jika ke tandas jgn lupa tarik atau tekan punat yg membolehkan air mengalir membasuh mangkok tersebut. Sama2 diucapin.

    ReplyDelete
  3. tidak mengapa saudara cursive,
    hobi saya juga adalah melawat ke tandas.
    belum saya melihat ceritera butang benjamin.
    (walaupun baju saya banyak butang berwarna-warni)

    ReplyDelete
  4. BAIKLAH! jgn lupa saksikan butang benjamin. . .
    saya pun blum menonton lagi. Donlod sajalah nanti~

    ReplyDelete