Thursday, February 5, 2009

Pata Pata Pata Pon


PATAPON :: Sebagai seorang penggila game, PSP khasnya, mungkin mereka terlebih mengenali Patapon! Satu game yang seangkatan dengan Loco-Roco, game versi kiut-miut dan amat menghiburkan. Aku mula bermain game tersebut pertengahan tahun 2008 (mun aku sik salah). First time main agak susah la jugak, sbb kita terpaksa bermain mengikut rentak dan irama lagu-lagu patapon tk. Askar-askar kecik kiut ini hanya akan bergerak bila timing gendang kita ya betul. Mun ok, askar-askar ini akan memanah, memancung dan meniup trompet yang mengeluarkan bom nota-nota muzik ke arah pihak lawan. Memang menarik.


Apa yang inginku sampaikan di sini ialah Patapon 2 menunggu masa utk diedarkan ke seluruh dunia (mungkin sudah, kalau sesiapa sudah bermain, bagitau aku). Aku begitu teruja dan tidak sabar utk bermain game ini, apatah lagi semangat John Rambo senantiasa berkobar2 di dada ku. Utk pengetahuan semua, semasa tidur petang tadi, aku bermimpi John Rambo membantu penduduk-penduduk di kawasan rumah panjang yang terletak berhampiran sungai.

Scene-scene tersebut maseh segar di mindaku. John Rambo kali ini munchul berbaju puteh. Keluar dari persimpangan jalan lalu menembak bot2 musuh di sungai. Rambo kali ini ada membawa pedang samurai juga. (mungkin sedikit pengaruh Ong Bak 2). Pihak musuh menggunakan khidmat pawang utk menentang John Rambo dalam mimpi ini. Antara scene-scene yang melibatkan kekuasaan pawang ialah, John Rambo terpaksa berlari sekuat hati baghi mengelakkan gigitan jengking yang mengerumun badannya, bila masanya jengking itu sudah habis dibadan, kali ini pawang meniupkan pula ratusan belalang ke arah rambo. . .sejurus selepas itu, aku tersedar dan menjerit kerana kakiku krem~ Memang ntah apa-apa. Tapi itulah. . .mungkin scene-scene tersebut DEJA-VOO. Akan munchul dalam Rambo 5 barangkali. Sekarang, diusia dekat 62 tahun pun, ketepatan, kecergasan, keintelektualan, kemahiran, dan kegeniusan abg Rambo ini maseh belum pudar biarpun dimamah usia. Tengok sajalah badannya yang maseh kreng. Menangkap ikan dengan anak panah biarpun matanya terpejam cumalah sekadar makan kacang senyum a.k.a kacang bijak pandai sahaja. Diet yang seimbang yang diamalkan oleh abg Rambo mungkin menjadikan beliau perkasa, sehinggakan dia boleh membuat sebilah pisau "rambo" versi tersendiri dalam masa semalaman yang berhujan sahaja.

Semangat sebegini memang diperlukan ketika bermain Patapon. Baharulah ada ummphhh~

3 comments: