Thursday, February 26, 2009

Skateboarding is all about having fun (Part I)

Part I : Papan Selaju.


Aku tiba-tiba terfikir untuk membuat entri khas ini bila membaca entri saudari Arisa sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua, pada suatu masa dahulu, wujud sebuah scene skateboarding yang cukup meriah di Bintangor. Biarlah ku cheritakan serba sedikit mengenai kemunculan terawal scene skateboarding di kawasan ini. Menurut sumber yang ku perolehi suatu masa dahulu, Duanskate merupakan antara manusia terawal yang bermain skate di bumi Bintangor. Tapi tidak lama selepas itu dia berpindah dan menetap di Sarikei. Kemudiaannya Saudara Rogi yang pada masa itu menuntut di Sekolah Agama d Kuching telah membawa permainan tersebut ke Bintangor. Pertama kalinya dalam hidup aku, aku melihat manusia bermain papan selaju ini di Dewan Perdana Sk Abg Amin. Aku di tingkatan 2 jika aku tidak silap. Aku hanya pernah menonton permainan ini dimainkan oleh Marty dalam filem Back to the Future.

Pada masa itu, aku hanya menonton dari tepi sahaja. Menonton mereka membuat aksi BLUNT! Pernah juga semasa aku melepak di Sarikei dan menonton saudara Dwan dan rakan-rakan skate terawal Sarikei bermain skate di sebelah kedai Bata berhadapan dengan Dragon Inn. Saudara Dwan bertanya kepada aku, " Apa trick main miak Bintangor nek tok". Aku dengan selambanya menjawab, "cdak main blunt nek tk". Aku tidak pasti apakah reaksi saudara Dwan ketika itu. Tapi yang pastinya aku pada masa itu sudah pun cuba mengollie2kan diri dengan menggunakan papan selaju. Sebenarnya apa yang disebut Blunt itu ialah Nosestall sebenarnya. Hahaha.

Kemudiannya aku dan saudara Ogent membeli papan selaju pertama kami berdua di Ngiu Kee Sarikei dengan ditemani ayahanda beliau. Menggunakan skateboard supermarket terlebih dulu untuk bermain ollie dan buat blunt. Pada masa itu dewan tersebut cukup meriah dengan banjiran remaja-remaja yang berminat untuk bermain papan selaju. Akibat terlalu asyik bermain nose stall, habis patahlah nose deck ngiu kee ku tersebut. Truck deck ngiu kee eboh kira gik lah. Main sampe wheel nya hangus berkecai! Tiba di suatu masa scene tersebut senyap seketika. Dan ianya kembali aktif penghujung tahun 2002 kalau aku tidak silap.

Saudara Rogi dan Ijan yang kembali dari Bintulu telah mengumpul muka-muka lama yang berminat untuk bergelumang dengan skateboarding sekali lagi. Di antara muka-muka yang bertanggungjawab mengembalikan scene ini ialah, Rogi, Ijan, Ogent, Harm, Dino, Ben dan Aku.
Kesemua trick yang kami pelajari adalah hasil usaha dan eksperimen kami sendiri. Kerana pada masa itu bekalan video dan otai-otai pro yang adalah kurang sekali. Bangku kantin sekolah Kai Chung dijadikan tempat untuk belajar boardslide. Satu deck kongsi sepuluh ORANG! Kasihan sungguh. Terminal Bas Bintangor yang diabaikan merupakan port pertama kami menagih ilmu bermain papan selaju. Pernah suatu ketika, entah apakah mimpi budak-budak pada hari itu, tempat itu memang penuh! Sungguh sempit tapi happening. Hinggakan saudara Asyura dan E E turut membawa deck masing-masing biarpun deck Ngiu Kee. Pada masa itu, istilah POSER tidak wujud dalam scene kami!
Nampaknya kali ini kami memang serius. Saudara Ogeng sudah pun membeli deck pertamanya yang bukan deck NgiuKee. Kini beliau sudah ada, Powell Blank warna biru. Tidak lama selepas itu, aku turut serta dengan membeli Powell Blank warna coklat. Bilangan deck bertambah dan masing-masing berusaha untuk mencapai tahap skill individu yang diingini. . .( bersambung). . .

25 comments:

  1. Skateboarding pada pikiranku adalah sebuah game extreme(sukan lasak) yang membuatkan seseorang itu kelihatan seksi.. (+_+)

    ReplyDelete
  2. "ya I madah mun you apndey **** ***** memang you dapat" - kata2 ransangan oleh roGI kepada kami semua ketika itu.masih panjang sebenarna kisah ini...memang panjang.

    ReplyDelete
  3. been there!
    wat happen to that place?
    dah lah sebelah kubur cino gik ya. sikda pengalaman misteri nusatara kah ktkorg?

    ReplyDelete
  4. Papan selaju... ekeke cak naa nama ya dah di translate lam BM eh ekeke. Anyway, nang best la main PAPAN SELAJU tok ehek. Penah main.. tapi dah bersara. Neypat main gik. Ada lak patah reyok tulang ku tok lak ekekeke..

    ReplyDelete
  5. marcella > nampak seksi ya. . .agak rugi kami ketika itu kerana tiada adik2 manis yang menonton kami bermain papan selaju. . .

    emosi : kerugian

    1kcl > memang benar. kesas ini masih panjang. perlu kajian sebelum entri seterusnya. (serius)

    amizonema > sekarang sudah jadi tempat budak2 main futsal sepenuhnya. Dulu mereka hanya menumpang sedikit sahaja. sekarang 100%.

    audio > saya pun tak tahu term yg saya gunakan itu betul @ salah. haha. sbb dalam blog tk saya guna bahasa sukati saya mpun jak..wahh..nampaknya kamu pun seorang pemain papan selaju! syabas!

    ReplyDelete
  6. ya dulu kita sangat riang..ride malam awal pagi tour dan sebagainya

    ReplyDelete
  7. haa..haha.. i miss Dino so much..!
    Memori Daun Pisang...

    Sapa mbak nasi lemak kt kelas lok? harm nak?

    I wish i can turn back time

    ReplyDelete
  8. i dont want to turn back time...eywww....not for me arisa

    ReplyDelete
  9. vivian > hahaha...harm lah pembekal nasi lemak terhebat waktu ya. Nasik lemak yan sedarp!

    1kcl > hahaha. apa kata kita kembali ke masa di mana semuanya terkena hukuman berdiri setengah sambil angkat kerusi! abg senior Fung Chun Sun (ya ka nama orang tua ya)!
    Meradong is like a HELL!!! hahahahah

    ReplyDelete
  10. aku dolok nang teringin mok blaja n minat...sampey dihadiah mak ku deck world industry... tapi last2 deck ya pakey ku perhiasan bilit jak coz aku buzy ngan study ..lagikpun dah berpisah ngan kawan2 skater ku... mok blaja tapi dah tua n dah berat.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. 1k Clever Lines : Why not?

    Cursive : Nasib bait muka abg Fung ada iras2 muka alex yong..pelumba kereta ya..nak? boleh tahan gaog!

    ReplyDelete
  12. neh, aku baru nak bangun pagi..tapi lagu tbs suruh aku sleep..ngeh! =P

    naa, aku pun pernah try main skateboard selepas tamat tingkatan 5..tapi aku give up nak blajar main selepas hampir 99% nak accident masuk parit blakang stadium lundu..nasib baik ketika ya ada encik kacak yang selamatkan aku.. (*_*)

    tapi main papan selaju nang best lah <-rasa superman!

    ReplyDelete
  13. aku rasa masa ini kita belum rapat seperti sekarang. Aku main futsal saja, kamu main papan luncur. sesekala aku melepak menuntun aksi skaterz vintangorville, memang boleh tahan, abg aku selalu berceritakan tentang trick2 baru yg dipelajari hampir perfect!

    ReplyDelete
  14. fadli > yalah tek, mun nak main gik nek tok badan dah keras, macam2 dpikir mun nak molah trick, last2 raon jak make skate ya..heh

    vivian > yahhh. . .jauh sekaliii jak fungchunchun ya ngan alex yong. sbb hukuman nya yalah sakit kaki mun nak berak! haha

    marcella > hahaha. . .rasa suparman indah! sapa penah nangga ceta suparman malaysia? angkat tangan.

    think > betul itu. pernah sekali kita lepak2 bersama sambil makan kachang di situ. " ambik gambar makan KACHIANGGGGG~

    ReplyDelete
  15. malaysia ada cerita suparman ka??????????!!
    eikkkkkkkkkkk!!! O_o nan desu ka?

    ReplyDelete
  16. yahhhh. . .ADA. PERNAH ADA. SUATU MASA DAHULU. hahahaha

    ReplyDelete
  17. SUPARMAN : Semasa kecil beliau di jumpai oleh sepasang suami isteri tua yang tinggal di dalam hutan.kebolehan beliau terbang mula di sedari ketika beliau berjaya melompat sebauh jambatan yang roboh (di kejar kawan2 yang jahat). beliau hanya menyembunyikan identiti beliau dengan menggunakan kaun sarung pada permulaan. juga dikenali sebagai orang terbang!wataknya di pegang oleh hero siri pujaan ramai : HATI WAJA!

    ReplyDelete
  18. HATI WAJA: inilah cerita pertama dlm slot "Keluarga Ria" di RTM...selepas itu slot ini tukar nama jd Spektra...

    p/s: rusdi ramli mengalahkan sompet yang meniru sepakan tanpa bayangannya dengan SEPAKAN LAYANG!

    ReplyDelete
  19. SHAHADAN!! Tidak lu juga kepada CHEMPIANG!!

    ReplyDelete
  20. ~~~*pa
    terjatuh pulak "pa" itu..

    ReplyDelete
  21. HUH!!!!! alu bergabung cursive, 1KCL & THiNK248 ngenjen aku hoh! pihhhh! neyda malaysia cerita SUPARMAN!! sudirman adalah!! penyanyi 70'an!! heeeeeeeeee!!

    =P monyet!!

    ReplyDelete
  22. HELLO.MARCELLA...INI ANTARA SIRI YANG MENARIK DI TV 1.WALAUPUN UCEKS TAPI USAHA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN ITU NAMPAK. SEKARANG MANA ADA LAGI KITA TENGOK CERITA YANG SAMA KUALITI DENGAN:

    NAIK TANGGA TURUN TANGGA
    OPAH
    PI MAI PI MAI TANG TU
    HATI WAJA
    MANA DA LAGI SEKARANG...SPA Q??? cccheelloooo! ...WHAT IS DAT? SUMA MAHU TUNJUK KAYA. MACAM PALAT. JELITA? WHY? KITA PERNAH BERADA DI DEPAN INDONESIA DARI SEGI KARYA2 SENI MUSIK DAN LAKONAN. SEKARANG MUNGKIN KITA SUDAH KETINGGALAN 50 TAHUN DI BELAKANG MEREKA DAN THAILAND.BUKAN MENYANJUNG MEREKA...PEMINAT JELITA YANG MENYANJUNG MEREKA...KERANA KARYA KITA JUGA TIDAK BAGUS...TOTALLY MCM TAIK!

    ReplyDelete
  23. pi mai pi mai tang tu, ya saya masih ingat..
    err..kalo suparman, saya indak ingat..gomen neh.
    hmmm...kali terakhir saya minat lihat drama malaysia adalah siri remaja 'KAMI'..sebab ianya real..adaptasi dari kehidupan seharian ade makna nye! memang betul ada orang berdating dari chatting MSN..(^_^)V

    jelita mungkin pasal orang suka agnes monica...saya pun tidak tahu..jarang menonton tv petang hari..cuma pukul 5 petang ada spongebob channel 119..

    ReplyDelete
  24. marcella, think & 1kcl :: satu entri khas buat kalian semua. Orang Terbang (satu nostalgia) hahaha

    ReplyDelete