Thursday, February 19, 2009

the sunshine above the weather

Pagi tadi hujan turun dengan sangat lebat, jangkauan penglihatan cuma 5cm. Kelajuan jentera hanya dihadkan kepada 40-60km/j sahaja. Memang berbahaya kepada kenderaan-kenderaan kecil. Pagi semalam cuaca amat indah sekali. Dari jauh dapat ku perhatikan matahari yang sedang naik memancarkan sinar sang suria yang hebat sekali. Lagu beneath the burning tree dari FFAF yang mengiringiku pagi semalam sudah cukup memberikan aku satu pagi yang cheriya untuk pergi bekerja. Tiada depresi, cuma senyuman yang terukir di bibir.


Sehari sebelum hari semalam, aku telah dijemur seperti sotong bakar dan ikan masin di tengah-tengah padang bolasepak. Ini kerana aku terpaksa mengadili pertandingan tersebut. Memang panas. Bermain bola sepak pada pukul 12.30 di mana matahari berunjam di atas kepala sudah cukup membuatkan diriku tidak senang berdiri. Air mineral bertalu2 disumbatkan ke dalam mulut. Ini baru bahang yang terasa bila mana matahari berada beratus ribu kilometer dari bumi. Belum lagi ianya berada sejengkal di atas kepala. Jauh2kan lah~ Temasya yang berakhir tepat 4.15 petang itu membuatkan kulitku terkena bakaran sinaran mentari. Topi apek kebun yang aku guna juga tidak bekesan.

Agak kasihan aku melihat rakan sejawatanku yang bakal mengakhiri zaman bujangnya Mac ini. Dia turut menjadi sotong bakar pada hari itu. Dia bercadang untuk mengembalikan kecerahan kulitnya menjelang hari bahagia. Hari ini, aku memperkenalkan Dempo Cream, Krim Ekstrak Bengkuang yang aku beli secara dipaksa daripada akak promoter tempoh hari kepada rakanku. Aku sebenarnya tidak bercadang untuk membeli krim tersebut. Tapi oleh karna aku memerlukan sunblock untuk hari pemanggangan tersebut. Aku ngetest sahajalah. Akak itu bagi aku sebotol free. Aku suroh dia test sajalah. Malamnya pula aku bercadang untuk tidur seharian setelah puas dijemur. Malangnya, aku leka berperang sehingga tidak sedar jam menunjukkan tepat 1.30 pagi. Agak alpa dan leka dek keseronokan memerintah askar-askarku untuk pergi berperang. Kesannya boleh aku lihat pada keesokkan harinya. Mataku memang tidak dapat dibendung lagi. Dunhill 14 yang ku hisap bersama sirupan Nescafe pun tidak membuahkan hasil menyegarkan mataku. Tanpa mempedulikan orang di sekitarku, aku berpura-pura melanggokkan kepala di atas meja sambil eksyen2 menulis tanda bekerja, dan akhirnya aku pun terlelap untuk beberapa ketika. . .

Inilah akibatnya jika tidak cukup tidur. Hari ini aku tidak bercadang untuk tidur petang pula, kerana seorang sahabat mengatakan bahawa tidur siang boleh mengundang bentat. Anda tahu apa itu bentat? Jika tidur siang dalam keadaan panas yang membahang juga kurang baik untuk kesihatan. Saudara Think ada menyarankan untuk tidur siang tidak lebih 2 jam jika mau senang tidur malam. Jadi aku bercadang untuk membaca entri rakan2 sebelum pergi berperang bersama askar-askarku. Sinaran mentari yang menyinar bagaikan memberikan seribu ketenangan dan harapan kepada askar-askarku. Jika kalah pun, aku boleh load balik game tersebut dan mencanang kembali strategi yang bisa membuahkan kemenangan. Tapi di dunia insan, peluang yang ada kadang-kadang datang hanya sekali. Tiada pause, save point & load game.

21 comments:

  1. helo encik cursive~ page kamu adalah terlalu gelap gulita sehingga tulisan ayat post kamu malu-malu hendak memunculkan dirinya..mungkin kamu boleh rujuk tenaga nasional berhad untuk minta jana kuasa elektrik dengan lebih lagi.. (*_*)

    ReplyDelete
  2. terima kaseh di atas komentar saudari marcella...
    komen sebegini amatlah dihargai. Sempena dengan itu saya terus mengubah warna font saya kepada warna putih...Terima kaseh sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. helo en. cursive, kalaulah kulit anda yang sunburn itu boleh dicerahkan seperti font ini alangkah baik bukan? Tapi di dunia insan, peluang yang ada kadang-kadang datang hanya sekali. Tiada pause, save point & load game.

    ReplyDelete
  4. cursive: sakit mata saya baca entri awak ini, itam n putih mmg contrast tapi terlalu contrast yg menyakitkan bijik mata ini.
    agaknya semenjak tiada rambut ni deria lihat saya bertambah tajam sangat. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. 1KCL > hanya Solid Snake yang mampu berubah sedemikian rupa. . .

    Amizonema > untuk mengurangkan sedikit kesakitan mata itu saya telah menukar warnanya dengan kekuatan yang kurang. Kali ini warna kelabu pula.

    ReplyDelete
  6. damn it, saya terlepas entry berwarna gelap dan putih!

    ReplyDelete
  7. sila beri kelabu ini gelap sedikit,
    baru enak mata memandang!
    *nampaknya kami pengomentar2 ini suka menyusahkan hidup kamulah, encik curvise. kami sengaja sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. cis..baru aku dapat membaca dengan jelas!
    rupaannya, kamu juga bisa tidur di atas meja bekerja.
    kita adalah sama! <- mungkin kita adalah saudara

    =O woOt!!

    ReplyDelete
  9. mungkin bukan saudara saya kerana saya tidur di bawah meja, dalam kabinet panjang dan bawah meja mesyuarat juga surau tingkat 9.

    ReplyDelete
  10. aidafazura > tidak mengapa mungkin warna akan diubah2 ikut kesesuaian. jgn keciwa.

    Marcella > tidak mengapa. Ini memang sudah menjadi tanggungjawab pejuang2 Flash. Mungkin juga kita bersaudara semasa berpisah diculik makhluk asing 10 tahun lalu..mungkinkah?

    1kCL > lain kali jgn lupa bawa kain kumbuk ya?

    ReplyDelete
  11. encik cursive -> mungkinkah kita adalah pemegang watak2 utama dalam drama hitz teenagers alien: ROSWELL????? (*_*)

    1KCL -> mungkin kita ada bau-bau kacang (saudara jauh)

    ReplyDelete
  12. Saya tak pernah minat crita Roswell itu. Saya cuma nongkrong X-files. Saya tolak tawaran berlakun dalam siri hitz remaja makhluk asing itu. Jadi x mungkin ituuu~

    ReplyDelete
  13. beliau tolak kerana mendapat tawaran untuk siri manson storm ketika itu...itulah dia tolak roswell.

    ReplyDelete
  14. bukan mansom storm...Mason Stoem...ni kau madah ko ada Jenna Haze pun ceta...?

    ReplyDelete
  15. bukan jenna haze tapi jenna jamesson...aku tidak suka cerita CLASS B!!! aku hanya menongkrong keluaran VIVID DVD,CLUB JENNA,NAUGHTY AMERICA etc...bukan seperti kamu...video berkualiti 3gp dari handphone budak sekolah, mat rempit, kaki sekodeng pun kamu sanggup buat koleksi dan nongkrong berkali-kali. jatuh standard beb! jatuh! all-hail-megatron!...all-shave!yeah!!!hahaha.sensuality ...

    ReplyDelete
  16. kenapakah kamu semua off topic?
    (~_~) pokoknya, saya sudah shave misai..phewww..

    bye! <-tiru suara shin chan*

    ReplyDelete
  17. 1kcl > xnak menonton filem class B lah~ ~ ~

    siapakah yang tuang kelas dengan alasan hujan lebat semata2 hendak menonton pita video panas seorang artis suatu tika dahulu~ ~ ~hahaha
    jatuh standard lah~ ~ ~ ~

    marcella > kami memang macam ini.kumis saya pun blum bercukur lagi ni. kumis 1kcl sangat produktif pertumbuhannya. saya da nyuruh nya bersoumit agar nampak lebih ke arah kematangan yang sensasi.

    ReplyDelete
  18. oh...kaklu itu persoalannya...biar saya tanya kamu satu soalan juga:

    SIAPAKAN YANG SANGGUP TUANG KELAS TINGKATAN 6 DAHULU...DENGAN ALASAN HUJAN LEBAT KETIKA LALUAN KE SEKOLAH PADAHAL BELIAU MERENDAM BAJU SEKOLAH DI DALAM BESEN YANG PENUH BERISI AIR (AGAR NAMPAK LEBIH REAL DI TIMPA HUJAN) DAN MENONTON VIDEO RAKAMAN GHAIRAH RAHSIA SEORANG ARTIS TEMPATAN.

    ReplyDelete
  19. KUMIS <- BAHASA YANG KETAT! ;-D

    filem kelas B adalah kelas Beruang Kutub.
    kutub utara bertemu kutub selatan.
    di mana paksi x, paksi y?
    sumpotan, oblongata, ...

    *saya sudah makan nasi lah!

    ReplyDelete
  20. 1kcl > itulah buktinya kamu juga turut nonton ceta BF kelas B! hahahaha

    Marcella > memang. dia juga suka mengenakan suar yang ketat kerana beliau sungguh EMO!

    ReplyDelete
  21. saya suka potong kumis.macam pengarang, beliau lebih suka menyimpan helaian kumis yang boleh di kira.itulah memang SAUMITT!
    kelas A dan kelas B tidak apa.tetapi 3GP hanya untuk mereka yang sangat SUNTOK...

    ReplyDelete