Sunday, January 18, 2009

Subtwo, Ahardku & Kedai Kopi.

Hallu. Apa khabar semua? Diharapkan anda semua sihat dan sejahtera, dengan hujung minggu yang dipenuhi gelak tawa dan kecheriyaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Nampaknya Subtwoday dan Ahardku dipenuhi dengan kunjungan ke kedai kupi! Marilah merungkai kronologi Subtwo dan Ahardku bersama rakan karibku dari Planet Saiya, Reezduan a.k.a Ogent Nirvana.


Sebermula celiknya mataku pada Subtwo,17 Jan, pukul 4 petang, aku terus mandi dan berkemas kerana byk aktiviti yang bakal ku lakukan pada hari ini. Pertama, menggunting rambut, dan kedua TopUp tepon. Pukul 5 petang, aku dan rakanku memulakan petang Subtwo yang ceria dengan mengunjungi salon yang sudah tentunya dipenuhi adik-adik manis! Aku sedikit keciwa kerana rambutku tidak mendapat belaian tangan2 lembut adik2 manis. Kekecewaan tersebut telah membawa kami terus ke Yusuf Islamic untuk pekena teh tarik dan juga canai susu kegemaranku. Hampir satu jam setengah borak2 kosong, huha-huha, kami mengambil keputusan utk beredar. Jam 7 petang - aktiviti kedua bermula, iaitu Topup tepon. Di kedai Topup tersebut, kami terserempak pula dengan saudara Syam dan Samsu. Disebabkan masing2 baru saja bersua muka, maka depan kedai topup tersebut dijadikan tempat melepak.

Masing2 menyalakan rokok dek keseronokan berbual yang tiada batasnya. Syam menyatakan hasrat hatinya untuk makan kerana lapar. Jadi aku dan ogent telah dijemput ke Kedai Kindu pula. Oleh kerana tiada program pada malam ini, kecuali EPL, maka kami berdua turut serta ke Kindu. Pukul 7.30 - Kerancakan berbual berterusan. Macam2 perkara berbangkit yang kami bualkan seperti masalah persatuan belia yang tidak aktif, konspirasi 'minyak' di Sri Aman, Alexander D Great, perang Gaza, bowling, perkemahan di G.Ledang, burung encirak, duit syiling lama, scene lama underground Bintangor, peristiwa main 3-9 kalau kalah tunjuk alat sulit, Bush yahudi?, dan macam2 lagi. Satu sesi yang cukup menghabiskan setengah kotak Kretek L.A 100% menthol alam.

Sesi berakhir pukul 10.10 dan selesai sahaja menghantar Ogent balik aku mandi dan terus menyaksikan EPL. Pukul 2 pagi - aku bercadang utk tidur tapi atas desakan mataku aku bgn dan terus mengonlinekan diri. Satu tindakan yang bijak, kerana perbualan menerusi YM bersama seorang sahabat malam itu menjadikan malamku penuh makna. Kami akhirnya menghentikan sesi tersebut pada pukul 4 pagi. Aku yang keboringan memaksa sekali lagi mataku utk tidur namun tidak berjaya. Bilikku yang gelap akhirnya diterangi sinaran mentari pagi. Damn it! Udah siang! Aku terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Ogent " jum, pekena teh tarik sechawan d kedai 60 minit!" dia bersetuju. 8.15 - Sarapan pagi pekena roti canai dan teh tarik. Berlaku satu insiden pilu di sebelahku namun ianya tidak kekal lama. Hanya saudara Ogent yang mengerti, kerana beliau seorang Mutan!

Pukul 10 pagi, Ahad - Aku tidak balik ke rumah sebaliknya lepak2 di rumah Ogent. Sambil mendengar riff-riff Enter Shikari yang dimainkan olehnya dengan menggunakan SG kesayangannya aku berusaha untuk melelapkan mataku. Pukul 11 pagi akhirnya aku berjaya melelapkan mataku~ Pukul 5 petang - aku bgn dan terus mendengar lagu korea yang ku minati. Sambil menghisap rokok sebatang, kepalaku melayang2 memikirkan mimpiku sebentar tadi. Memang aku mempunyai kebolehan untuk mengingati setiap mimpiku dengan cukup terperinci. Adakah aku seorang mutan jugak? Perutku terasa lapar, dan Ogent pun ingin pekena canai. Pukul 6 ptg - Dan sekali lagi kami ke kedai Kupi. Kali ini di gerai makanan Islam, gerai No.5 Dayang Mastura. Menu, teh tarik, rojak dan nasi disertakan lauk pauk berintensifkan sos.


Pukul 7 malam, 18 Jan - Aku balik ke rumah dan bertekad utk tidur awal pada malam ini. Tammat.

8 comments:

  1. Marilah merungkai kronologi Subtwo dan Ahardku bersama rakan karibku dari Planet Saiya, Reezduan a.k.a Ogent Nirvana.- agak sinis kenyataan ini padahal aku merupakan seroang smashing pumpkin! bukan nirvana. kamu ini memang WAWAN!!!(tudung kaler pink!)

    ReplyDelete
  2. Berlaku satu insiden pilu di sebelahku namun ianya tidak kekal lama. Hanya saudara Ogent yang mengerti, kerana beliau seorang Mutan!
    [tolong elaborate....sungguh tergantung ayat itu, tidak nyenyak nanti malam!]

    ReplyDelete
  3. menarrr juakkk....kat beg siap da logo SP dilukis make blanko! bukan legend dibuat2 abang 1000 Clever Lines ini rupanya!

    ReplyDelete
  4. mun dielaborate kelak makin tulah jak sa ku~ alu sama ketulahan ku ngan level tulah ogent kelak.. jgn tidak nyenyak tidur malam ya!?

    ReplyDelete
  5. Onggon >> sik lamak gik jadi bapak aha ya~

    ReplyDelete
  6. aok... bapak hayyams... hahaha... pa polah knektok?? Masih di bintangor kah??

    ReplyDelete
  7. nice blog bro...i'm fr btu.. do visit justice blog
    http://justice4sarawakian.blogspot.com/

    ReplyDelete