Monday, January 12, 2009

Distant Memories

Tergerak hati ini untuk menulis entri yang seterusnya. Dalam episod kali ini, aku akan membawa kamu semua untuk bersama-sama aku untuk mengimbau kembali episod cinta lara zaman persekolahan. Memang tidak dapat dinafikan, aku begitu terharu melihat episod suka duka perchentaan remaja alaf baru. Apabila melayari laman web seperti Friendster, Myspace dan Facebook pasti kalian bisa melihat awek2 atau adik2 manis yang biasanya baru berumur belasan tahun sudah mempunyai hubungan khusus! Siap letak 'married' lagi itu. Ya...zaman muda dan remaja sememangnya zaman yang begitu indah. Aku juga tidak terkecuali. Marilah bersama-samaku kembali ke tahun 1998 untuk mengembalikan kenangan luchu dan suka duka ku dalam mencari makna apa itu cinta. Hahaha.

Tahun 1998, aku di tingkatan 2. Aku sememangnya berminat dengan seorang gadis Cina yang berada di kelas sebelah ku. Tak perlulah ku nyatakan siapa orangnya, cukuplah dengan memanggilnya, S. Mungkin ada di antara kamu yang mengenalinya. Kira crush gila lah aku ngan miak tok. Pada zaman itu, kecanggihan teknologi telekomunikasi yang sedia ada cumalah telefon awam. Telefon awam yang terletak berhampiran Klinik Kesihatan Bintangor, sering menjadi pusat operasiku untuk bertanyakan khabar berita terhadap gadis yang aku minati. Komik Dik Cerdas merupakan topik hangat yang sering kami bincangkan disusuli dengan gelak tawanya yang lembut. Tapi muka nye kiuttt (mat lelek, 2008)




Mungkin juga diriku yang terlebih2, dan mungkin juga diriku bertepuk sebelah tangan. Tapi selepas setiap kali bercakap2 dan menghabiskan sisa2 syiling yang ada, aku akan pulang ke rumah dengan hati yang riang dan senyuman yang penuh lebar sambil mengayuh basikalku. Indah, memang indah. Tapi di sekolah, tidak pernah sekalipun aku bercakap2 mahupun bercakap dengannya 'face to face'. Kami berdua hanya akan melepak bersama2 melalui telefon sahaja. Tiada sms, tiada Friendster seperti sekarang. Tapi panas yang ku harapkan sehingga petang, rupa-rupanya....




Semuanya bermula, apabila aku menerima secebis nota daripadanya...









Betul. Cebisan kertas di atas lah yang membunuhku ketika itu. Di sini akan ku kongsi perasaan aku pada waktu itu.


"nota tuk aku terima pada hari khamis. Mula-mula, macam tuk kisahnya. Waktu rehat, Kiko (bukan nama sebenar) datang kelas. Sangkanya Neil (juga bukan nama sebenar) tapi wrong person, lepas KH (Kemahiran Hidup) Kiko datang kelas kamek orang! Minta maaf sebab salah beri. Apabila aku baca, kecewa ada, marah ada, sedih ada tapi 90% kecewa. Pulang sekolah yalah, kali terakhir aku bercakap dengan S, bukan dalam telefon tapi face to face. Sampai hari ini, dan selepas aku terima nota tuk aku takut nak telefon lagi, tetapi aku sampai hari ini (18-7-1998) ada rasa nak telefon tapi aku takut.....(trunkshope 11.52 pm : 18/7/1998)"



Bahagian di atas aku copy dari diari aku yang aku simpan. Aku yang menulisnya kembali pun tergelak seorang diri di sini. Hahaha. Sehingga sekarang, setiap kali menyelak helaian-helaian diari tersebut aku pastinya akan teringat peristiwa tersebut. Setiap kali bila melihatkan kelibat pasangan remaja bercinta, aku pastinya akan teringat peristiwa yang pernah aku alami sendiri. Biarpun tidak sehebat mana tapi aku tetap menghargai setiap detik waktu yang berlalu pada ketika itu dengan membaca komik Dragon Ball dan Dear Boys sambil ditemani lagu2 Third Eye Blind dan Blink182. Sehingga berjumpa lagi. Hidup cheriya!




p/s : Jangan lupa untuk bersama-sama menyaksikan Dragonball:Evolution di pawagam berhampiran anda! (Mac)



2 comments:

  1. "Tak perlulah ku nyatakan siapa orangnya, cukuplah dengan memanggilnya, S"


    Sudah berair mata ini. Syahdunya kisah percintaan saudara ini. Semoga saudara dapat menempuhi hari2 seterusnya dengan aman dan gembira.

    p/s : bercakap mengenai topik dik cergas??? cliche

    ReplyDelete
  2. memang. biarpun pahit. dia sentiasa hidup d dlm diriku.

    ReplyDelete