Kesah ini mengambil tempat di fakulti aku semasa aku di tahun pertama pengajianku. Semasa hendak mendaftar kursus yang aku ambil untuk semester itu, aku terpaksa berbaris panjang sebelum dapat melunaskan hajatku itu. Memang pada waktu itu, sistem pendaftaran kursus di fakulti tersebut amart teruk sekali! Ada pelajar yang datang awal-awal pagi semata-mata hendak mengambil nombor giliran, agar senang mendaftar kurus yang diminati. Aku seperti biasa, dengan perangai yang rilek2 sahaja sambil mendengar dendangan lagu Boxcar Racer di telingaku, datang dan sanggup berbaris panjang. Ini sedikit sebanyak dapat menguji kesabaranku dan membolehkan aku melakukan environment scanning terhadap adik2 manis disekitar capaian radiusku. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu meringankan beban dan tekanan akibat panas & berbaris terlalu lama.
Setelah lama menunggu kini, aku telah berada di dalam fakultiku. Terdapat 3-4 orang budak di hadapanku. Seingat aku, pada waktu itu, cuma satu komputer yang dapat berfungsi. Jadi aku menunggu dengan sabar utk suatu tempoh lagi. Sementara menunggu aku tiba-tiba terpandang seorang gadis. Aku tersenyum padanya. Dia mengembalikan senyumannya. Aku mengenalinya sebagai rakan sekelasku, tetapi tidak mengetahui namanya. Aku memang mempunyai kesukaran utk mengingati nama rakan sekelasku apatah lagi pada masa itu terdapat lebih daripada 100 orang pelajar di dalam kelasku. Aku memulakan bicara,
aku : Hi
Gadis : Hi. Kita sama kelas kan?
aku : Yes..hehe.
Gadis : You sudah daftar semua subjek ka?
aku : Belum lagi, sekarang baru nak register.
Gadis : You ambil pelengkap apa?
aku : Belum tau lagi, saya tidak tau mau ambik subjek apa utk pelengkap.
Gadis : Owh~ Dekat luar sangat panas owh..U datang awal ka tadi.
aku : X awl sangat. Ya la, sangat panas. Nasib baik sudah masuk dalam. Ada aircond, sejuk ckit..hehe (dlm pada masa yang sama aku cuba utk mengingati nama gadis INI!)
Gadis : Ya la..hehe
Aku yang tgh seronok berbual tiba-tiba mengalihkan pandangan ku terus komputer yang digunakan utk mendaftar subjek. Dan aku dapati komputer tersebut tiba-tiba GAGAL berfungsi. Budak yang sedang mendaftar subjek itu turut mengeluh. Aku dengan nada kecewa dan sedikit marah terus bersuara...
Aku : Celaka juak, HENG indah pc ya....
Gadis tersebut tiba-tiba turut bersuara...
Gadis : Eh...? Macam mana kamu tau nama saya??
Aku : A...secara spontan refleksigarsi dan sepantas kilat aku menjawab. Owh...kawan saya bagitau. hehe. ( Heng nama miak tuk padu )
Gadis : Owh, hehe.
Komputer yang digunakan utk mendaftar akhirnya kembali berfungsi. Selesai saja melakukan tugasanku pada hari tersebut, aku keluar dari fakulti sambil tersengih2 seorang diri mengenangkan peristiwa yang baru aku alami sebentar tadi. Heng Chin Lee, merupakan nama penuh gadis tersebut (mun aku sik salah lah). Mun lah nya tauk apa sebenarnya nak heng dipadah aku ya. Hahaha. Ya jak tek. Itu sahaja. Manerkem. Apa kabar. Hello~
No comments:
Post a Comment