Saturday, January 17, 2009

Dayang Marikh Asthmarra

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman benar aku semasa mandi petang tadi.
Semasa sibuk membasahkan tubuh badan dan membersihkan diri, aku tiba-tiba tersentak
apabila mencium sejenis wangian. Pada mulanya, aku x ambik kisah tentang bau tersebut.
Aku meneruskan aktiviti mandi petangku, tapi bila aku cium dan amati bauan tersebut,
Sah!
Aku kenal bauan wangian tersebut. Aku cuba mengingati secara tepat apakah bauan yang
aku hidu. Ianya bukan datang daripada cecair mandian Shokubutsu yang aku gunakan.
Aku amati keadaan sekeliling.
Bauan ini juga bukan datang dari sabun mandian kanak-kanak yang selalu digunapakai
oleh anak-anak buahku.
Hmm, aku berfikir sejenak, sambil memejamkan mata, aku hidu secara lembut bauan tersebut.
mmmmmmmmmmm~
Owh~
Misteri terungkai, rupa-rupanya seorang gadis yang aku kenal menggunakan syampu
SUNSILK : smooth & manageable : shampoo with creamy yogurt energizers.
Aku tersenyum dan meneruskan mandianku dengan penuh bergaya.
TaMMat.
p/s :: patutlah rambut ktk wangi, ktk make SUNSILK duhal.

1 comment: