Tuesday, January 13, 2009

Televisyen 90-an



Semasa aku masih kecil, aku banyak didedahkan dengan siri-siri animasi 90-an yang rata-ratanya dari negara matahari terbit, Jepun. Siri-siri animasi yang ditayangkan di saluran RTM dan TV3 pada waktu itu sememangnya menghiburkan. Jadi, untuk entri kali ini, akanku persembahkan 5 animasi terbaik yang cukup memberikan impak yang mendalam terhadap diriku pada waktu itu.

Gordion

Tidak banyak yang aku ingat mengenai Gordian. Tiga robot yang terbang keluar dari sebuah gunung (kecil, sederhana dan besar) yang akhirnya bercantum dengan cara yang kecil masuk dalam yang besar, dan seterusnya adalah antara scene yang paling melekat di kepala aku. Pernah suatu ketika, diriku yang sudah mandi dan berkemas, begitu teruja sementara menanti untuk menonton kartun tersebut (biasanya pukul 5.00 petang). Kalau aku tak silap, hampir sahaja rancangan tersebut hendak ke udara, tiba-tiba sahaja 'black-out'!!. Aku masih ingat, disebabkan perasaan kecewa yang teramat sangat, aku memarahi ibuku, dan menyuruhnya untuk mengembalikan karan seperti sediakala. Minta maaf, ibu.



Satria Baja Hitam

Siapa yang tidak pernah menonton Satria Baja Hitam (Kamen Rider Black) sewaktu kecil-kecil dahulu. Rancangan yang disiarkan oleh RTM suatu ketika dahulu sememangnya amat seronok untuk ditonton. Belalang tempur, aksi tendangan padu maut & (motosikal yang satu itu aku dah lupa nama dia) . Aksi hero tersebut sebelum bertukar menjadi kamen rider juga sering menjadi ikutanku suatu kecil dahulu. Tapi seingat aku, cerita ini tergantung sebaik sahaja abang kepada kamen rider itu muncul. Aku tak berapa ingat, yang aku ingat ialah aku sering memijak tin cola agar lekat di tumit kaki ku agar dapat menghasilkan bunyi sepertimana bunyi yang dikeluarkan oleh abang kamen rider itu ketika berjalan.



Dash Yonkuro

Dash Yonkuro! Yonkuro watak utama dalam siri anime ini. Ketua kepada kumpulan Dash Warrior! Siri ini aku ikuti dari mula sehingga tamat siri tersebut. Satu siri yang amat berjaya sehinggakan permintaan untuk permainan kereta mini begitu mendadak sekali! Bagaikan satu fenomena! Siapa sangka, sekotak besar bungkusan yang mengandungi jenisan kereta-kereta Dash Warrior boleh LICIN bagaikan goreng pisang. Bungkusan yang baru sahaja dipunggah dari kapal kargo, tidak sempat untuk disusun, sebaliknya dibuka di depan kedai sahaja! Semata-mata untuk memenuhi keinginan kanak-kanak dan remaja yang mengidam-idamkan kereta mini Dash Warrior! Mungkin mereka yang berada di Bintangor masih ingat, situasi ini berlaku di depan kedai yang menjual kaset dan peralatan elektronik (dekat kedey Konica ya bah) Begitu hebat sekali penangan Dash Yonkuro, sehebat aksi Super Emperor ketika melakukan aksi luar dalam luar! Ya, pada episod terakhir cerita ini, Yonkuro mengeluarkan teknik rahsia keretanya ketika beraksi di Litar Suzuka (track kereta mini)! Sehingga kini, apabila terjumpa apa-apa yang berkaitan dengan Dash Yonkuro pasti aku tidak ketinggalan untuk membelinya sebagai salah satu koleksi yang berharga!

Kickers

Yes! Kickers! Anda pasti kenal akan watak Kakeru Daichi ! Bintang utama dalam siri kartun animasi 90-an, Kickers. Sebuah lagi kartun animasi yang memberikan impak yang begitu mendalam terhadap diriku ini. Aku mengikuti siri ini dari awal sehinggalah perlawanan mereka menentang pasukan Nanio (kalo aku x silap). Aksi perlawanan akhir yang cukup mendebarkan. Kehebatan pasukan lawan memang tidak dapat dipertikaikan. Kombinasi serangan yang menggunakan 3 orang penyerang, berpusing-pusing di udara untuk mengelirukan penjaga gol pihak lawan dan kemudiannya merembat padu, terus ke pintu gol merupakan strategi pemusnah terulung pasukan tersebut. Saya pasti anda pasti akan teringat, bagaimana penjaga gol, merangkap Kapten kepada Kakeru mengatasi serangan tersebut.Ya, beliau mengatasinya dengan berdiri di atas tiang GOL! sambil membaca gerakan pemain lawan! Dia memang betul2 genius! Kesimpulannya, Kickers sebuah animasi yang seronok ditonton, padat dengan humor, sedikit romantik dan memberikan 1001 inspirasi.


Cybercop


Tidak banyak yang mampu ku ulas mengenai sepasukan polis khas yang dilengkapi teknologi canggih seakan2 dari angkasa lepas (mungkin), memiliki alter-ego masing-masing yang menggunakan nama-nama planet seperti, Jupiter, Saturn, Mars (sorang lagi aku x ingat). Elemen2 tersebut sememangnya daya penarik siri tersebut. Apa yang aku ingat, sewaktu kecil dahulu aku sememangnya ingin memiliki sut khas seperti yang digunapakai oleh hero-hero dalam Cybercop. Dengan daya imaginasi dan kesungguhan untuk memiliki sut tersebut, aku dan adikku telah mencipat sut Cybercop sendiri dengan menggunakan kotak mee! Kreatif sungguh! Kalau senjata Cybercop boleh diakses dan dihantar ke mana sahaja di saat Cybercop memerlukannya, aku pun boleh. Setelah meningkat dewasa dan menonton Cybercop sekali lagi, baru aku sedar betapa teruknya CGI (aku pun x pasti) yang digunakan dalam siri tersebut.

Itulah 5 siri animasi dan hero2 yang cukup memberikan kepada aku sewaktu kecil dahulu. Aku terlupa untuk menyatakan siri-siri lain seperti Flashman, Ultraman, Maskman dan Mospeada. Mungkin lain kali. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin berbeda citarasanya, apatah lagi dengan adanya saluran berbayar seperti Astro yang menawarkan pakej2 khas (Disney, Cartoon Network, Nickelodeon) hanya untuk kartun sahaja. Animasi dari barat seperti Ben10, Powerpuff Gal, Sponge BoB, dan Kim Posibble merupakan animasi yang hangat diperkatakan sekarang. Saluran Animax pula mempertontonkan anime2 Jepun yang jauh berbeza kualitinya dengan anime pada zaman aku dahulu. Cukup beruntung dan bertuah budak-budak zaman sekarangkan? Baeklah, cukuplah sampai di sini dahulu. Aku menantikan kemunculan bulan dan langit yang cerah agar aku dapat mencerap langit malam ini. Yoshhhh!!

1 comment:

  1. :-P Tosho Daimos sikda ka bos ? :-) cerita katon fav aku juak ya :-P

    ReplyDelete