Sementara menunggu muat turun game pspku selesai, inginku mengulas sedikit mengenai perlawanan Liga Perdana Inggeris yang baru sahaja selesai ku tonton di kaca tv sebentar tadi. Perlawanan yang melibatkan 2 kelab gergasi liga perdana inggeris iaitu Mancehster United dan Chelsea tersebut merupakan perlawanan tumpuan yang ditungu-tunggu oleh peminat-peminat fanatik kedua-dua kelab tersebut. Aku merupakan salah seorang daripada jutaan peminat Manchester United. Menyentuh mengenai perlawanan tersebut, aku agak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Pergerakan yang pantas, aksi-aksi lincah, permainan keras, dan lakonan yang baik oleh pemain kedua-dua pasukan telah menyebabkan separuh masa pertama bagaikan pesta mengumpul kad kuning! Lampard telah pun dilayangkan kad kuning sebaik sahaja perlawanan memasuk minit ke tiga.
'..udah dak capten pok lampard knk kad kuning..ronaldo xpat diketis,puah2..'
Pesanan ringkas yang kuterima daripada saudara Azhar a.k.a Jaha yang merupakan salah seorang peminat Man Utd. Memang, lakonan Ronaldo yang baik seolah-olah meminta simpati daripada pengadil kadang mengundang perasaan muak, apatah lagi kepada penyokong pasukan lawan. Hasilnya, beliau sering menjadi mangsa tackle keras pemain pertahanan pasukan lawan dan diboo setiap kali perlawanan. Tapi kali ini, beliau bernasib baik kerana bermain di tempat sendiri. Pada babak awal perlawanan, Chelsea sememangnya lebih banyak menguasai bola dan padang. Van Der Sar sering diuji dalam tempoh 30 minit perlawanan. Tapi mendung yang sedari tadi menyelubungi pasukan Man Utd sedikit-demi sedikit berarak, dan hasilnya, gerakan dan cubaan yang menarik oleh pemain Korea, Park Ji Sung, hampir-hampir menempatkan Man Utd di hadapan. Cubaan Berbatov dan tandukan Ronaldo yang mencecah gawang Chelsea tapi dibatalkan oleh pengadil merupakan titik tolak kepada kebangkitan Man Utd dimana Vidic akhirnya memecahkan kebuntuan dengan gol pertama Man Utd pada minit kedua masa tambahan sebelum separuh masa pertama!
Separuh masa kedua, usahlah diceritakan dengan panjang lebar. Bak kata Scolari di laman web rasmi EPL, united caused us 'big damage'. Ya, betul. Dua gol pada separuh masa kedua oleh Rooney dan Berbatov bagaikan sinaran mentari yang memancar selepas mendung dan hujan lebat yang berlaku sebelumnya. Kemenangan ini mungkin memberikan perasaan kurang selesa kepada peminat fanatik Chelsea di Bintangor, seperti Saudara Reezduan, Wandy, dan Mahathir (abg ipar aku) sekadar menyebut beberapa nama. Namun, kemenangan ini bukanlah sesuatu yang boleh diagung-agungkan kerana dalam bola sepak apa-apa saja boleh berlaku. Kalah dan menang adat perlawanan. Walaupun begitu aku juga berasa kasihan melihat riak wajah Scolari setelah gawang pasukannya dibolosi untuk kali yang ketiga.
Akhir kata, sama-samalah kita saksikan aksi seterusnya dalam perlawanan yang akan datang. Sebelum mengakhiri entriku pada pagi ini, ingin ku berkongsi keputusan perlawanan Sarawak menentang sebuah pasukan bertaraf kelab dari Johor baru-baru ini. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 0-0. Dan jurulatih Sarawak, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu permulaan yang baik kepada pasukan Sarawak. Namun bilakah, permulaan yang baik akan bermula ke atas diriku. Sekian, terima kaseh.
No comments:
Post a Comment