Tuesday, January 13, 2009

Bulan Oh Bulan.

Malam tadi cuaca agak baik. Langit dan awan mendung masih kelihatan di bawah sinaran cahaya bulan. Sebaik sahaja pulang dari rumah Ogent, aku terus membawa teleskopku ke beranda rumah dan mencerap langit untuk yang kedua kalinya. Biarlahku ceritakan sedikit bagaimana aku begitu berminat dengan bulan, bintang-bintang di langit, dan cakerawala yang menyimpan jutaan misteri. Dulu aku menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan. " "Apa cita-cita awak bila dah besar kelak," Cikgu Aminah guru kelasku (darjah 1 Biru) "Nak jadi angkasawan," jawabku. Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin merupakan idolaku. Aku tidak pasti sama ada aku berada di sekolah menengah atau rendah sewaktu filem Apollo 13 ditayangkan buat pertama kali. Aku lantas menyuruh bapa meminjam 'tape' Apollo 13 dari Kedai Sin Hin (masa ya sikda gilak VCD). Aku dengan begitu xcited menonton filem tersebut dari mula sehingga berakhirnya cerita tersebut tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan diceritakan dalam filem tersebut (rindok ati nangga jak duhal,haha). Tapi sekarang aku sudah tahu. Akibat terlalu obses aku melakukan vandalisme dengan mencarik dan mengoyak bahagian-bahagian buku di Perpustakaan Awam Bintangor. Gambar-gambar space shuttle, angkasawan di bulan dan UFO (lihat gambar)memang menjadi mangsaku. Cita-citaku tidak kesampaian apabila title angkasawan Malaysia yang pertama dirampas oleh SMS (Syeikh Muzaffar Shukor). Dia cuma bernasib baik. Haha.

Inginku nyatakan di sini, aku merupakan beginner dalam ilmuwan mencerap dan mengkaji langit. Pencerapan kali ini baru kali kedua ya. Berbekalkan teleskop yang ku beli secara online dari http://www.lelong.com.my/ yang berharga kurang RM200, aku pun mula mencerap. Walaupun semalam keadaan agak berawan tapi lensa teleskop masih mampu untuk memberikan pemandangan bulan yang menarik. Aku berusaha untuk mengambil gambar untuk tatapn anda semua, tapi keputusannya agak
mengecewakan. Mungkin ilmu didada ku maseh blum cukup utk mendapatkan setting terbaik telefon kamera N95. Mungkin juga aku memerlukan sebuah kamera dan teleskop yang lebih canggih. Tapi, jika diperhatikan melalui teleskop, indah, memang indah. Biarpun permukaan bulan berlobang-lobang, bagaikan dihempas beratus-ratus tan meteor.

Gambar di bawah merupakan hasil pencerapan pertama dan keduaku.

4 comments: