Wednesday, January 28, 2009

Bintulu : Live for nothing or die for something ( Part I )

Hi rakan2. Selamat Tahun LemBoo, selamat kembali bekerja dan selamat bercuti kepada yang maseh bercuti. Aku baru sahaja menjejakkan kaki di rumahku tepat 11.05 min. pagi tadi. Jadi untuk entri kali ini, marilah kita sekali lagi merungkai kronologi perjalanan 3 sahabat ke bandar minyak dan gas asli iaitu Bintulu. Jumaat, 23 Jan, 12.00: Sebaik saja tiba di rumah, aku terus berkemas dan menyiapkan segala keperluan yang perlu utk dibawa. Masih ada beberapa jam sebelum berangkat. Setelah selesai, aku terus ke terminal bas, tepat jam 3.00 ptg. Aku bercadang untuk menggunakan bas pukul 3.30 ke Sibu tetapi malangnya tiada bas. Bas yang terdekat yang ada akan berangkat pukul 4.00 ptg. Mungkin masih sempat detik hatiku. Aku segera menyampaikan semboyan kepada saudara Reezduan. "Pok, aku make bas kol 4.00, sikda bas 3.30". Reezduan a.k.a Ogent Nirvana terus menaliponku. 'Oi, kita berangkat ke Bintulu pukul 4.30 lah'

Yahhh! Rupa-rupanya aku tersilap informasi. Aku ingatkan jam keberangkatan ke Bintulu adalah pada pukul 6.30! Otak ku segera berfungsi utk menyelesaikan krisis ini. Aku menyuruh Ogent utk ke Bintulu terlebih dahulu dan aku akan berusaha utk mengambil bas lain ke destinasi tersebut. Aku dan Ogent bercadang utk bersama-sama bercuti ke Bintulu sekaligus melawat dan mengkambohkan rumah kediaman seorang sahabat kami yang bekerja di Bintulu, iaitu Azhar a.k.a Jaha. Aku menaiki bas ke Sibu pukul 4.00 petang dan berharap agar tiket utk ke Bintulu maseh ada. Kemungkinan besar byk tiket ke Bintulu sold-out memandangkan CNY yang semakin hampir.


Pukul 4.30 : Ogent memberitahu yang bas ke Bintulu ada pada pukul 6.00 petang tetapi beliau tidak yakin samada tiket tersebut maseh ada atau tidak. Ogent berlepas ke Bintulu tepat 4.30 petang. Manakala aku maseh lagi di dalam bas ke utk ke Sibu. Setibanya di Sibu, 5.05 petang aku terus bergegas mendapatkan khidmat teksi utk ke terminal bas Sibu pula. Pakcik di sebelah merupakan pemandu teksi ala-ala bapak Takumi Fujiwara dalam Initial D! Sebelum menghantarku ke terminal, teksi tersebut terlebih dahulu menghantar 2 orang penumpang lain ke Hulu Lanang! Ya..satu perasaan yang lemeak dalam diriku pada saat itu. Pukul 5 merupakan waktu sibuk. Ditambah lagi dengan kesibukan trafik pada saat itu membuatkan aku asyik melihat jam. Setengah jam sudah diambil untuk menghantar 2 penumpang tersebut ke Hulu Lanang, tinggal setengah jam utk aku ke terminal! Aku memberitahu pakcik tersebut bahawa aku perlu cepat ke terminal kerana aku tidak ingin terlepas bas pada pukul 6 ptg itu! Pada saat inilah aku mengalami sendiri keekstriman dan keberanimatian pemandu-pemandu di bahagian Sibu! Pakcik tersebut tanpa byk budi bicara mencelok, memotong dan merampas setiap peluang d depan matanya utk terus mara ke hadapan! Selagi ada ruang yang cukup utk memuatkan teksi tersebut di situlah dia mencelah dengan mukanya yang selamba. Aku pun ikut 'cool' di sebelah.

Aku tiba di terminal tersebut tepat jam 6. Setelah membayar dan mengucapkan selamat tahun lemboo kepada pakcik tersebut aku sekali lagi bergegas mendapatkan tiket. Terminal tersebut sememangnya penuh dengan manusia yang ingin pulang bercuti. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan tiket dan akan bertolak pada pukul 6.30. Bas bertolak, dan aku duduk di seat no. 10 dan disebelah ku pula seorang akak yang...mmm...body bolehlah, muka sik berapa dan mulutnya berbau! Bas tersebut juga dipenuhi oleh adik2 manis! Aku mendapati yang akak tersebut merupakan seorang yang ringan mulut utk dibawa berbual. Byk perkara yang dia tanya padaku, tapi aku hanya menjawab sepatah dua sahaja sambil tersenyum dan melayan Tony Hawk Project 8 di PSP ku. Malam menjelang, dan aku mendapati jalan utk ke Bintulu memang boleh tahan teruknya. Bas tersebut, berhenti utk berehat dan pada masa ini penumpang telah diarahkan utk berpindah ke bas sebelah kerana bas yang kami naiki mengalami sedikit kesulitan. Pertukaran tersebut merupakan satu rahmat kepadaku.
Kerana pertukaran tersebut, aku kini tidak lagi dibelenggu masalah mulut berbau. Disebelahku kini merupakan seorang wanita yang sedang mengikuti kursus kejururawatan di salah sebuah kolej di Sibu. Mulutku menjadi ringan utk berbicara, dia juga begitu. Hahaha. Adik manis ini, memang boleh tahan! Sambil meneruskan perjalanan, aku menjadi pendengar yang baik kepada budak perempuan di sebelahku. Nya nang banyak kelakar, tapi memandangkan mukanya yang KIUT, jadi ada pengecualian. Sambil berbual tangannya bermain-main di pahaku~ (eh, ya dah ceta lain ya) Hahaha. Dia memberitahu yang dia dalam perjalanan utk pulang ke Miri. Owh, ok. Sambil menyaksikan dia mengntahapa-apakan PSPku, kami sama-sama mengunyah bebola coklat NIPS bersama-sama dengan mesra. Hatiku terdetik dan berkata 'adakah aku telah menemui chenta sejhatiku?' Hahaha. Dia memang mesra. Aku berusaha untuk mempergunakan sebaik-baik masa yang ada untuk mendapatkan nombor telefonnya. Tetapi aku tidak berjaya. Mungkin dia juga berasa kecewa. (ilek jak aku..haha)

Tepat jam 10.05 aku tiba di Bintulu. Setelah mengucapkan selamat jalan dan bye-bye kepada gadis yang aku sendiri pun sik tauk namanya, aku dengan langkah cool keluar dari bas tersebut. Aku terus memberitahu Jaha akan ketibaanku. Dia bersama-sama Ogent sudah pun selesai makan malam. Perutku yang mula berkeroncong, mengkehendakkan aku untuk pergi makan dan kami terus ke tempat makan yang aku sudah lupa namanya utk pergi makan! Selesai makan, kami terus ke rumah Jaha untuk berehat-rehat. Rumah tersebut memang boleh tahan. Setelah mandi dan kesegaran kembali pulih. Kami bersama-sama menonton Rambo 4! Mmm, Rambo memang sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan! Ini merupakan kali pertama aku menonton Rambo 4 dan aku berikan 4/5 bintang kepada cerita tersebut!

Nampaknya pelbagai ragam dan situasi yang aku tempuhi utk ke Bintulu. Alhamdulillah aku selamat tiba pada hari tersebut. Sehingga berjumpa lagi dalam Bintulu : Live for nothing, or die for something ( Part II).

p/s : Ingat pesan John Rambo, Live for nothing, or die for something.

12 comments:

  1. Live for Nothing or Die For Something ya adalah phrase diguna dlm siri 24..anyway, nang detail cerita perjalanan ktk..:)

    ReplyDelete
  2. haha.. Rambo duhal.. pa polah di bintulu pok??

    ReplyDelete
  3. Ahmoy >> Rambo pon make phrase ya juak..creta xtion nang byk guna ungkapan ala2 hero gya kali.

    Saudara Onggon >> cuti2 makan angin boss. btw, nang havoc lah OBA ya..siap da campor tangan obama indah~ hahaha

    ReplyDelete
  4. ---->>Kerana pertukaran tersebut, aku kini tidak lagi dibelenggu masalah mulut berbau. Disebelahku kini merupakan seorang wanita yang sedang mengikuti kursus kejururawatan di salah sebuah kolej di Sibu. Mulutku menjadi ringan utk berbicara, dia juga begitu. Hahaha. Adik manis ini, memang boleh tahan!<<----ada ura-ura mengatakan bahawa muka adik manis ini kedak athilia!adakah benar doc?mengapa doc tidak menceritakan beberapa perkara penting ketika vacation ini seperti "keluar aik???"

    ReplyDelete
  5. hahahahahahaha besh comment ogent.
    n btw...berapa ringit tiket ke btu?

    ReplyDelete
  6. 1000 CL >> nang benar ya pok. cuma rambut nya panjang dan sik buntat gilak. Lupak dinyatakan. Insiden 'keluar aik' sikpat ngkah, sensitip! hahaha

    AmizOnema >> tiket ke bintulu rm20 sahaja. murah2.

    ReplyDelete
  7. AHHH...NKAU MEMANG...DIMANA-MANA SAHAJA BERSELINDUNG DI SEBALIK RUPA MU YANG KAU ANGGAP PERAWAN.PADAHAL ENKAU PLAYER! ENGKAU PLAYER!


    >>BAI<< : benar.tiket nya hanya RM20 sahaja untuk bas MTC (V.I.P coach)...bas lain yang boleh digunakan adalah bintang jaya...bas lain mungkin tidak menawarkan keselesaan seperti 2 syarikat ini.

    ReplyDelete
  8. SAUDARA 1000CL USAHLAH KAMU BEGITU, AKIBAT DERITA YANG DITANGGUNG SEHINGGA MENYEBABKAN KETIDAKWARASAN KEPADA PEMIKIRANMU!!!
    ILMU YANG ENGKAU TURUNKAN TELAH MENJADIKAN AKU SEBEGINI!!!ENGKAU SEMEMANGNYA LEGEND!! KERANA SUDAH MENGENAL ERTI CHENTA SEAWAL UMUR 12 TAHUN!!!

    ReplyDelete
  9. rilex ajak cdak duak tuk..
    sudah-sudah lah ogent dan alic,
    mari bersepakat dalam kesepakatan.

    p/s: jgn anok saya,saya tiada anok kamu berdua ok?

    ReplyDelete
  10. komen saudara pengarang sendiri sangat panas untuk di telan saya nampaknya.ini boleh mendatangkan marah.hahaha.mungkin saudara pengarang tidak di maklumkan mengenai umur sebenar legend ini mengenal erti cina.perlu kajian yang lebih mendalam.adakah 12 ATAU 9 TAHUN! kerana ada beberapa cerita cinta menarik yang tidak di kongsi bersama saudara pengarang mengenai seorang cinta hati yang hanya di kenali sebagai SABRINA! darjah 3 taat!

    ReplyDelete
  11. hahahahhahaha~ shit!! gik ingat juak kau ngan miak ya! SABRINA! Ituuuuu diaaaaa~ TIGA TAAT!!! Ngehahahahahaha

    ReplyDelete
  12. haha.nampaknya ingatan saudara pengarang masih baik dan kuat.ingat nama itu...SABRINA!-->diriku tertanya2,rumah panjang manakah beliau diami sekarang ini.atau adakah beliau sudah dibawa lari oleh lelaki tibet untuk berumahtangga di luar negara...hmm...?

    ReplyDelete