

Genap 20 hari serangan ke atas Gaza. Nampaknya rejim Zionis ini semakin kurang ajar. Tempat-tempat awam, tempat penempatan dan berlindung bagi mangsa-mangsa perang turut menjadi sasaran bedilan rejim Zionis ini. Daripada apa yang aku dengar, masjid turut menjadi sasaran-tindakan paling kurang ajar dan biadap! Di mana POLIS DUNIA ketika dunia memerlukan mereka? Oh Obama, dimanakah PERUBAHAN yang dicanang-canangkan dengan suara mu yang lantang semasa berkempen sebelum menjadi Presiden dahulu. Perang nampaknya terus berleluasa.

Serangan dan kehancuran yang dilakukan oleh rejim Yahudi itu telah membuatkan muka bumi Gaza seperti keadaan dunia masa depan Trunks. Di mana 2 buah cyborg (17 dan 18) yang tanpa belas kasihan terus membunuh dan menghancurkan dunia. Trunks pernah berkata
kepada Goku ' masa depannya seperti Neraka!'. Mungkin bayi-bayi dan kanak-kanak yang terselamat dari perang Gaza akan turut berpendapat sedemikian. Mengutuk, mengutuk dan terus mengutuk adalah sebahagian besar daripada tindakan yang diambil oleh kebanyakan negara di dunia terhadap Israel. TAPI, adakah Israel mempedulikan kutukan ke atasnya? Sudah tentu tidak. Mereka angkuh, bongkak, jahil, ada perlindungan besar daripada Polis Dunia dan memiliki beraneka senjata pemusnah.

Ada betulnya. Saudara saya, iaitu Reezduan sering tidak puas dengan tindakan kutuk mengutuk ini. 'yalah, setakat kutuk mengutuk tok sik ada apa-apa' Hasilnya sama sahaja. Hmm, sama-samalah kita berdoa untuk keamanan dunia. Nampaknya, aku sedikit emosi dalam penulisan kali ini. Mungkin aku sedikit dipengaruhi oleh muzik Hopesfall yang kedengaran ketika entri ini ditulis. Akhir kata, aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi ini. Fuck Israel! (mmm, ada apa2 perubahan...??....?? nane'??)
marek aku pergi ke kedai barangan middle east bersebelahan ampang point....jurujual seorang afghan....muka nya bengis dan tidak mesra.
ReplyDeletemungkin hasil derita masa lalu...
derita masa lalu memang susah hendak dilupain~
ReplyDelete