Monday, January 12, 2009

Petangku ditemani hujan.

'petangku ditemani hujan.'

1.30 pm :11 Jan: Hujan yang menghentam bumi lebih atau kurang 48 jam akhirnya reda. Dapat ku perhatikan di luar, langit maseh mendung dan kesejukan maseh menyelubungi diriku. Dan semalam aku terlepas peluang untuk menyaksikan dan mencerap sendiri fenomena bulan penuh yang terbesar dan paling cerah pada tahun ini, 2009. Aku terlepas menyaksikan fenomena tersebut disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Menghabiskan masa dengan melayari internet, bermain psp, dan cubaan untuk membuat lagu 'pop-punk' acuan melayu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang aku lakukan semalam. Keboringan semalaman berakhir apabila saudara Reezduan membuat pelawaan untuk menikmati hidangan 'laksa sarawak' di Kindo. Kedey Kindo merupakan lokasi tumpuan yang tidak asing lagi bagi mereka yang menetap di pekan terpencil ini. Para guru, kakitangan kerajaan, pesara, remaja, warga asing dan kucing-kucing terbiar merupakan pelanggan tetap di tempat tersebut yang terkenal dengan masakan MEE UDANG yang boleh dinikmati dengan harga Rm12 sepinggan. Aku dan saudara Reezduan tidak terkecuali.
Roti kahwin Kindo sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan 'lepak-lepak'.
Assalamualaikum dan salam sejahtera ku ucapkan kepada mereka yang berada di depan paparan skrin komputer masing-masing ketika ini. Terima kerana sudi membaca blog pertama yang aku lahirkan. Aku merupakan pendatang baru dalam empayar penulisan blog, segala kesilapan dan kebosanan yang menusuk di dalam sanubari setiap pembaca akan ku jadikan pembakar semangat untuk menghasilkan nukilan-nukilan yang lebih mencengkam jiwa agar dapat menyuntik serta meransang pemikiran saudari dan saudara untuk terus sama-sama melayari bahtera penulisan digital yang ditaja penuh oleh blogspot.com bersama-sama diriku. Sekian, terima kaseh. Jumpa lagi dalam keluaran yang akan datang. (Offline 2.45pm - hari hujan, aku nak tidur)

7 comments:

  1. mahal nang juak mee udang?

    perh, gamba roti ya. meyelerakan, dah la aku belum breakfast pagi tuk tek, bukak internet jak nangga blog ogent ngn kawu.

    please continue writing, kei ngisik keboringan aku di perantauan.

    ReplyDelete
  2. btw
    aku sokong chelsea juak
    sebab?
    sebab baju nyeh kaler biru
    hanjing kan.

    ReplyDelete
  3. Alic.
    CONGRATULATIONS on your new born blog.
    =)

    ReplyDelete
  4. Mee udang nang mahal. tp aku sik pernah makan gik. Enon ngan ogent dah encerik Mee Udang tersebut.

    ReplyDelete
  5. enon....ni enon ni? suruh nya blog juak semadi duduk rah kedei eh

    ReplyDelete
  6. Assalam amie..Suka baca penulisan amie..~ Faizal ~ Nuno Akira ~

    ReplyDelete